NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Malaysia lebih baik banding Singapura


Situasi Wabak COVID-19 antara Malaysia dengan Singapura, sudah pasti jauh berbeza. Hubungan rasmi Tambak Johor menjalinkan dua negara tidak mendekatkan situasi penularan Wabak COVID-19. Sebaliknya, pintu masuk sempadan yang telah ditutup mewajarkan statistik penularan wabak pandemik global itu amat jauh berbeza. Pastinya, data menunjukkan Malaysia lebih baik berbanding Singapura.

Lakaran Kelok linear di bawah sudah menggambarkan secara bandingan atas satu kes yang signifiken bagi menggambarkan situas penularan Wabak COVID-19 di dua negara bagi tempoh seminggu ini (7-13 Mei 2020). Merujuk kepada jumlah kumulatif kes aktif (pesakit sedang dirawat), Malaysia dengan kelok menjunam (situasi melegakan) dan Singapura dengan kelok mendongak (situasi menggerunkan).


Data-data dalam tempoh seminggu penularan Wabak COVID-19 di dua negara berjiran ini membuktikan di dalam empat kes utama, keseluruhan kes, kes baharu, kes pesakit pulih, kes sedang dirawat dan kematian membuktikan Singapura sedang dilanda teruk COVID-19. 



Di Singapura perkembangan Wabak COVID-19 mengalami pertambahan bagi keseluruhan kes, daripada 7 Mei sebanyak 20,939 kes kepada 13 Mei sebanyak 25,348 kes (+4,407 kes); lebih rendah di Malaysia dalam tempoh sama, iaitu hanya bertambah +312 kes. Sebagaimana dilaporkan penyumbang kepada penularan ini adalah daripada kes-kes import, pihak Singapura melaporkan hari ini 580 daripada 676 kes baharu merupakan kes import.

Di Malaysia pula, KKM melaporkan 21 daripada 37 kes baharu adalah daripada Bukan Warganegara Malaysia, dan 4 daripadanya adalah kes import, bermakna 33 lagi adalah membabitkan penularan tempatan. Inilah beza dan puncanya Singapura mempunyai saiz besar jangkitan COVID-19 dan ada kaitannya dengan fungsi entreport Singapura yang menjadi tumpuan pekerja asing terbesar di rantau Asia Tenggara.

Demikian pula bagi peratus pesakit yang pulih, di Singapura polanya terendah, iaitu pada 7 Mei kadarnya 8.18% dan pada 13 Mei kadarnya 15.19%. Dalam kes ini, Malaysia jauh lebih baik jumlah rawatpulih, iaitu pada 7 Mei kadarnya 73.85% dan pada 13 Mei kadarnya 77.90%. Namun dari segi prestasi Singapura mencapai tambahan 7.02% berbanding Malaysia hanya bertambah 4.05%.

Apapun apabila dibandingkan, jumlah pesakit bergejala dan sedang dirawat, status terkini (13 Mei) data Singapura berjumlah 21,474 orang dengan pola bertambah (pada 7 Mei sebanyak 19,207 orang) dan di Malaysia hanya 1,387 orang dengan pola menurun (pada 7 Mei sebanyak 1,5387 orang). Pola ini telah digambarkan melalui kelok linear di atas.

Dari segi peratusan pesakit yang sedang dirawat berbanding keseluruhan kes Wabak COVID-19, pada hari ini (13 Mei) 84.72% di Singapura dan 20.46% di Malaysia.

Rumusan daripada perbandingan kes-kes bergejala di antara Singapura dan Malaysia, beban pengurusan kesihatannya amat besar di Singapura dengan jumlahnya empat kali ganda lebih besar. Tambah membebankan lagi ialah saiz pesakit yang pulih agak kecil di Singapura (3,851 daripada 25,346 kes) berbanding Malaysia 5,281 berbanding 6,779 kes).

Kita doakan, agar pasukan perubatan dan saf hadapan dilimpahi Allah SWT dengan kesabaran dan kegigihan serta keupayaan terbaik bagi memastikan kesemua pesakit berjaya dirawatpulih. Ya Allah permudahkan urusan rawatan Wabak COVID-19 di Negaraku ini.

Wassalam.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo