NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN letak calon tanding kerusi DUN Chini

KUALA LUMPUR, 14 Mei -- Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk meletakkan calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Chini (N23) dalam pilihan raya kecil akan datang, kata Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata BN akan terus bekerjasama dengan PAS atas dasar Muafakat Nasional seperti pilihan raya kecil sebelum ini.

"Perkara ini dibincangkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dua hari lalu, bagi perkara lain kita menunggu sebarang pemakluman yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berapa lama lagi.

"Memahami keadaan negara yang masih lagi berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) maka BN akan membuat 'pengubahsuaian' tertentu supaya sebarang kempen jika berlaku nanti adalah dengan mengambil kira secara serius dan bersungguh-sungguh keperluan kepada PKPB," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Annuar berkata persiapan awal bagi menghadapi PRK ini telah mula digerakkan di peringkat parti manakala Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi BN Negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang akan bertindak sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi PRK tersebut.

PRK itu diadakan susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini dalam Parlimen Pekan, Pahang iaitu Datuk Seri Abu Bakar Harun akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo