NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bakke Salleh ganti Rosli Man sebagai pengerusi TM


KUALA LUMPUR: Mohd Bakke Salleh dilantik sebagai pengerusi Telekom Malaysia Bhd (TM), berkuat kuasa 11 Mei 2020, menggantikan Rosli Man.

TM berkata Mohd Bakke merupakan tokoh korporat yang dihormati dan berpengalaman luas, selain amat dikenali kerana integriti dan tahap tadbir urus terbaik.

“Kami berharap untuk mendapat bimbingan, nasihat dan kepimpinan ketika syarikat meneruskan perjalanan transformasi dan fasa pertumbuhan seterusnya.

“Pelantikan ini akan menjamin kedudukan institusi kami sebagai pemboleh utama dalam aspirasi negara digital bagi menyempurnakan janji kami ke arah menjadikan kehidupan dan perniagaan lebih menyenangkan untuk Malaysia yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosli mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pengerusi TM selepas dilantik oleh lembaga pengarah TM pada Disember 2018.

“Semasa menjadi pengerusi, Rosli memainkan peranan penting dalam mengubah TM sebagai penyedia infrastruktur telekomunikasi kebangsaan atau InfraCo, ke arah membangunkan infrastruktur 5G negara,” katanya lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo