NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Antara Industri Kayangan Dan Peniaga Kecil..


oleh:Ipohmali

Membaca muka depan Akhbar Berita Harian Hari ini.. " Industri Boleh Beroperasi atas kapasiti Penuh, Tiada Sekatan Masa " dalam waktu yang sama, Peniaga kecil, Penjaja merintih , Merayu dibenarkan berniaga.. barang dan khemah mereka disita..

Kadang-kadang aku rasa pelik bagaimana Kerajaan memahami strukur dan rantaian Ekonomi.. Cuba lihat di Saudi, UAE ,Qatar walaupun ini negara Arab, apa sektor yang dibuka dulu ? Restoran(F&B) dan Mall.. Kenapa sektor ini dibuka dulu ? sebab inilah asas kepada permintaan..

Untuk Industri beroperasi, atau meneruskan operasi pada kapasiti penuh, mestilah wujud permintaan, dan permintaan boleh wujud jika sektor retailer,runcit, Perkhidmatan dan penjaja kecil itu berfungsi sepenuhnya..Begitu juga dalam sektor Pertanian..

Jika sektor ini tidak dibenarkan beroperasi, sebenarnya takda keperluan untuk berikan sektor Industri kebenaran penuh untuk beroperasi..cukup 50% dari kapasiti Industri beroperasi supaya tidak terhenti aliran tunai mereka...sebabnya bukan hanya permintaan Domestik, hatta banyak dari negara dunia masih menutup pintu Negara mereka..permintaan akan kekal lemah untuk tahun ini..

Untuk mudah faham macam ni.. Sebagai contoh Kilang Plastik ? siapa yang guna plastik..dah tentu Penjaja, Peruncit dan sektor terbesar retailer.. Jika sektor ini tidak dibenarkan, Kilang takda keperluan pun untuk beroperasi atas kapasiti penuh.. begitu juga seperti Kilang kertas, kalau syarikat perkhidmatan seperti printing..percetakan tak dibenarkan.. dah tentu takda keperluan kepada kertas.. mudah faham lagi, tak guna benarkan Kilang penapisan minyak beroperasi penuh, jika stesen Minyak ditutup, dan tiadanya permintaan....

Jadi semua sektor Industri ini amat bergantung kepada sektor peruncitan tak kira melibatkan PKS dan SME.. begitu juga dengan sektor terbesar F&B, Restoran..jika mereka tidak dibenarkan melanjutkan waktu operasi, permintaan kepada bahan Pertanian seperti sayur, Ikan dan Ayam akan kekal rendah..

Kadang2 aku pelik cara Kerajaan berfikir.. Hat makcik,Pakcik meniaga buah dalam pagar kena serbu..hantar penguatkuasa..Sedangkan dia meniaga sorang2 kat situ.. hat Kilang pekerja berhimpit seribu dua ribu orang.. boleh lah pulak beroperasi atas kapasiti penuh.... Ini orang kata, tak faham maqasid.. Tujuan Social distancing..

Tu sebab Menteri Ekonomi selama ni hidup mewah..Anak Kahwin pun dengan gaya mewah.. hat menteri Kewangan dari kayangan CIMB.. depa mana mampu fikir nasib peniaga kecil, Petani dan nelayan.. dan depa takkan mampu fikir kesan Ekonomi kepada kelompok ini ..

depa pun tak mampu berfikir kesan pekerja yang bergaji bulanan dan harian.. tu sebab agihan BPN tak bersasar.. masih ada 3 juta pemohon baru yg terpinggir..Kelompok ini kalau cari data dalam sistem LHDN,KWSP dan SOCSO pun tak jumpa..

Pelik aku, Penguatkuasa dari sibuk kan diri rampas ,sita barang meniaga orang, adalah baik Medan selera milik majlis Perbandaran dihidupkan sebagai tempat menjual juadah ramadhan, begitu juga Foodcourt pasaraya.. letak pegawai penguatkuasa jaga kat situ..ni tak, sibuk hantar penguatkuasa nak rampas hak peniaga kecil..

Tapi dua kali fikir baguslah jugak..baru ada akai, baru tahu macam mana Kerajaan 90% Bani melayu Islam menindas peniaga kecil yang majoritinya orang Melayu.. dalam masa yg sama Kilang Heineken, Carsberg boleh diberi kebenaran dulu..Biar hat melayu hat bawah bawah ni , orang kampung ni sedar sikit.. ni pun dah dengar dah ramai yang marah marah kat FB Live.. :)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo