NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ADUN Chini, Pahang, meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini dalam Parlimen Pekan, Pahang, Datuk Seri Abu Bakar Harun, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira 3 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mengesahkan kematian Allahyarham menerusi muat naik status di Facebook rasmi beliau pagi ini.

"Mendapat perkhabaran berita sedih pemergian seorang sahabat dan rakan seperjuangan, Datuk Seri Abu Bakar Harun, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.

"Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," katanya menerusi status itu.

Wan Rosdy turut menyampaikan salam takziah kepada pihak keluarga Allahyarham yang diharapkan semoga tabah menghadapi pemergiannya.

Abu Bakar pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Peneroka dalam pentadbiran kerajaan Pahang di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, di antara tahun 2013 hingga 2018.

Pada Pilihan Raya Umum 2018, Abu Bakar selaku wakil Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi N23 DUN Chini yang disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi.

Pada pertembungan itu, beliau menewaskan wakil Gabungan Sejahtera (GS) daripada PAS, Muhd Fadhil Noor Abdul Karim, yang memperoleh 4,622 undi dan wakil PKR yang mewakili Pakatan Harapan, Mohamad Razali Ithnain, yang mendapat 1,065 undi.

Kawasan Parlimen P085 Pekan mempunyai empat kawasan DUN iaitu N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N22 Bebar, dan N23 Chini.

Semua kerusi DUN dalam Parlimen berkenaan dikuasai oleh BN menerusi calon UMNO.

Kerusi Parlimen Pekan dikuasai penyandangnya yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama 11 penggal berturut-turut.

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/05/686065/persediaan-menjana-semula-ekonomi-pasca-pkpb

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo