NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mencari rezeki yang halal di pasaran modal



Pasaran modal ada 3 komponen secara amnya, ekuiti, bon/sukuk dan derivatif. Semunya bertujuan untuk membiayai perniagaan. Pasaran derivatif kemudiannya melibatkan jualbeli pelbagai aset.

Ekuiti biasanya melibatkan saham syarikat yang disenaraikan. Bila ada orang membeli saham bila syarikat menerbitkannya, syarikat dapat duit dan ini digunakan untuk dilaburkan di dalam perniagaan.

Pasaran saham membolehkan pemilik saham itu kemudiannya menjual dan membeli saham. Inilah transaksi yang berlaku di bursa saham. Jual beli ini sudah tidak melibatkan syarikat.

Bagi seseorang PELABUR, dia akan mendapat:

1. Pulangan melalui dividen jika syarikat yang dilaburnya membuat keuntungan dan mampu membayar dividen

2. Keuntungan modal (capital gain) jika harga saham naik dan si pelabur menjual saham dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan kos belian.

Pelabur biasanya memegang saham untuk jangka panjang. Naik turun harga saham tidak menjadi masalah jika yang ditunggu ialah dividen.

Satu lagi kategori yang terlibat di dalam pasaran saham ialah PEDAGANG (traders). Mereka ini menjual beli saham untuk mendapatkan keuntungan cepat. Ada yang berjual beli berdasarkan asas (fundamental) dan ada yang berdagang secara teknikal (technical analysis). Tinggi rendah harga saham tidak penting, yang penting bagi mereka ialah beli semasa murah dan jual semasa tinggi. Gelagat mereka lebih dipengaruhi oleh sentimen pasaran.

Di pasaran yang lebih sofistikated, banyak pihak yang sudah menggunakan teknologi untuk berdagang. Banyak algorithma digunakan untuk menjadi unggul berbanding dengan pihak lain. Sekarang satu algorithma akan berlawan dengan algorithma lain untuk membuat keuntungan. Tentunya mereka lebih cepat berbanding dengan orang yang menggunakan otak dan pen di dalam membuat perkiraan.

Satu lagi penggunaan teknologi ialah kecepatan membuat pesanan. High Frequency Traders cuba menggunakan teknologi untuk berjual beli dengan lebih laju. Walaupun untungnya kecil tetapi bila urusniaga dibuat dengan jumlah yang besar dan cepat, angka akhir menjadi besar. Sebab itulah kecepatan pesanan (latency) menjadi pembeza di antara satu pemain dengan pemain yang lain. Jarak server komputer dengan server pasaran saham boleh memberikan kesan yang berbeza dari segi latency.

Di Malaysia, syarikat broker saham dibenarkan untuk berdagang secara lansung (proprietary day trading). Walaupun ada peraturan yang perlu diikuti, mereka sebenarnya bersaing dengan pelanggan yang membuat urusniaga dengan mereka.

Sebagai orang Islam, jika kita sensitif samada ayam kita disembelih dengan sempurna supaya ianya halal dimakan, kita perlu juga mempunyai sikap yang sama jika kita menjadi pemain pasaran.

Ada beberapa perkara yang perlu dirujuk kepada orang yang alim di dalam ilmu perdagangan di pasaran saham supaya keuntungan yang didapati tidak bermasalah:

1. Menjauhi kaunter-kaunter yang tidak patuh syariah

2. Kaedah berniaga yang ada unsur judi

3. Terlibat dengan urusniaga yang gharar (tidak tentu, tidak jelas)

4. Terlibat dengan sendikit penipuan harga pasaran

Semoga kita berhati-hati di dalam melibatkan diri di pasaran saham sama dengan berhati-hatinya kita di dalam hal makan minum dan ibadah.

ŁˆŲ§Ł„Ł„Ł‡ Ų£Ł„Ł…

10 sebab mengapa peralihan kerajaan tidak akan berlaku


oleh:Dr Kamarul Zaman Yusoff

Lewat malam tadi, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyatakan Mesyuarat Majlis Presiden PH pada petangnya membincangkan agenda mengenai perjalanan PH ke Putrajaya.

Kata Datuk Seri Salahuddin, PH sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi, dan PH boleh kembali ke Putrajaya sebelum Parlimen bermula pada Julai ini.

Begitupun, pada hemat saya, terdapat 10 sebab mengapa peralihan kerajaan daripada PH kepada PN tidak akan berlaku dan mengapa PN akan terus berkuasa hingga PRU 15.

(1) Jika betul cukup nombor, PH tidak akan mendedahkannya kerana ini akan memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengatur strategi.

(2) Jika betul cukup nombor, PH tidak akan mendedahkannya sebaliknya akan terus menghadap YDPA untuk menubuhkan kerajaan.

(3) Jika betul cukup nombor, PM akan menggunakan peruntukan perlembagaan untuk menasihatkan YDPA untuk membubarkan Parlimen.

(4) Jika dinasihatkan untuk membubarkan Parlimen, YDPA akan melakukannya dari membiarkan kitaran politiking tak berkesudahan.

(5) Jika Parlimen dibubarkan, besar kemungkinan PH akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU baru, malah ini diakui oleh pemimpin DAP.

(6) Jika ini berlaku, imej PH akan jatuh merudum kerana mengingkari titah YDPA supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik.

(7) Jika Kerajaan PH berjaya dibentuk, ia pastinya bukanlah sebuah kerajaan yang stabil kerana tanpa majoriti besar ia boleh dijatuhkan balik.

(8) Jika Parlimen dibubarkan, ramailah Ahli Parlimen dari PH sendiri yang tidak akan ada peluang untuk menikmati pencen sebagai Ahli Parlimen.

(9) Jika Parlimen dibubarkan, PN mempunyai kelebihan yang besar dalam PRU baru kerana ia akan berperanan sebagai caretaker government’.

(10) Jika Parlimen dibubarkan, besar kemungkinan PH akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU baru berdasarkan sentimen semasa rakyat.

Bahawa PH akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU baru jelas diakui oleh pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, yang menyebut:

“In the event of dissolution of Parliament, the risk of losing power to PAS and UMNO/MCA/MIC is very real” (“Jika berlaku pembubaran Parlimen, risiko kalah kepada PAS dan UMNO/MCA/MIC adalah sangat nyata”).

Beranikah PH mengambil risiko sangat besar ini? Jawapannya sudah pastilah tidak kerana ia adalah umpama tindakan menggali lubang kubur untuk PH.

Bahawa PN akan terus berkuasa hingga PRU 15 juga jelas diakui oleh pemimpin PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang menyebut:
“While concerns about its infighting and disunity are valid, PN will likely hold together until the 15th general election” (“Sementara cakap-cakap mengenai pertikaian dan perpecahan dalaman adalah benar, PN akan kekal Bersama sehingga PRU 15”).

Cakap-cakap “cukup nombor” ini sebenarnya hanyalah psy-war PH untuk menakutkan Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PH dari terus menyertai PN sahaja.

Rujukan:
https://facebook.com/story.php?story_fbid=3391697434180167&id=100000198327350
https://www.malaysiakini.com/news/527964
https://www.malaysiakini.com/news/527887


Undang-Undang Lompat Parti: Sah Atau Tidak Sah?


oleh: Dr Shamrahayu Aziz

Tujuan paparan saya pada kali ini ialah untuk berkongsi tentang undang-undang menyekat lompat parti atau undang anti-lompat parti yang memberikan kesan kekosongan kerusi. Persoalan utama yang cuba dijawab ialah, adakah ia sah di sisi Perlembagaan Persekutuan. Maksud undang-undang anti-lompat partibagi tujuan paparan ini ialah, suatu undang-undang yang menetapkan bahawa kerusi seseorang Ahli Dewan (Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri) menjadi kosong (atau boleh diisytiharkan kosong) apabila beliau menyertai parti politik lain, atau bertukar kepada parti politik yang lain selain daripada parti politik yang beliau sertai atau wakili ketika pilihan raya.

Ekoran daripada perkembangan politik tanahair yang tidak perlu saya huraikan di sini, ramai bertanya tentang perlu atau tidak Malaysia memperkenalkan undang-undang menyekat lompat parti atau undang-undang anti-lompat parti. Sebagai pelajar undang-undang, saya lebih memberi tumpuan kepada persoalan sah atau tidak sah undang-undang tersebut menurut Perlembagaan Persekutuan walaupun saya juga mempunyai pandangan tentang perlu atau tidak perlu undang-undang tersebut dibuat.

Sebelum ini, sejak Pilihan Raya Umum ke-14 saya telah beberapa kali diundang untuk berwacana tentang perkara ini. Antara lain, bicara pada Wacana Sinar pada 18.05.2018. [1] Kenyataan saya juga telah dipetik oleh Astro Awani. [2]

Pada pandangan saya, Malaysia tidak perlu membuat undang-undang menyekat atau menghalang lompat parti. Ini tidak bermaksud saya menyokong perbuatan lompat parti, terutamanya apabila ia berlaku dengan tujuan kepentingan materialistik. Tujuan seseorang ahli politik bertukar parti adalah tidak sama. Mungkin ada beberapa sebab, mungkin kerana kepentingan material, mungkin kerana tidak bersepakat dengan kepimpinan parti. Atau mungkin parti tidak lagi memperjuangkan matlamat asal. Walauapa pun pandangan saya, itu hanya pemerhatian saya. Saya sedar bahawa tedapat juga suara yang mahukan undang-undang anti-lompat parti ini diadakan. Hujah yang dikemukakan ialah supaya seseorang wakil rakyat itu setia kepada parti yang telah memberikan mereka tiket untuk menjadi wakil rakyat. Ia juga boleh meningkatkan integriti seseorang wakil rakyat.

Saya tidak menolak hujah yang dikemukakan untuk mengadakan undang-undang anti-lompat parti. Pastinya integriti adalah perkara utama. Namun, dalam konteks politik kepartian di negara kita, saya fikir kita hendaklah bergerak ke arah integriti yang dibentuk dalam diri wakil rakyat tanpa dikawal oleh undang-undang. Pada masa sama dapat membentuk sistem parti politik yang lebih utuh dengan memberikan kepada ahli parti politik untuk menyuarakan pandangan, menegur parti politiknya sendiri, bertanding untuk jawatan tertentu dalam parti dan mengundi dalam Dewan secara bebas mengikut conscious dan tidak terikat dengan parti. Dalam konteks ini, adalah penting untuk membina kematangan dalam diri mereka sendiri. Saya fikir adalah penting membina kematangan dalam berparti politik itu sendiri. Sekiranya ahli politik sentiasa dikawal oleh undang-undang, sampai bila mereka dapat menjadi jujur dan setia kepada partinya.

Saya boleh menerima sekiranya undang-undang ini mahu diwujudkan untuk menstabilkan suasana politik. Ia bukan suatu yang pelik atau bukan suatu yang salah. Lebih kurang 40 buah negara di dunia mempunyai undang-undang anti-lompat parti ini. Walaupun begitu, ia hendaklah dibuat menurut saluran dan kuasa perundangan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Sekiranya undang-undang ini dibuat, ia menandakan demokrasi yang kita amalkan ini adalah demokrasi yang baharu lahir (nascent democracy), atau demokrasi yang belum matang. Analisis penulis antarabangsa menyatakan hanya negara yang mengamalkan nascent democracy yang mempunyai undang-undang anti-lompat parti. Justeru, sekiranya diberikan pilihan, saya memilih untuk tidak mewujudkan undang-undang anti-lompat parti.

ANTI-LOMPAT PARTI DALAM PERLEMBAGAAN

Pada kebiasaannya negara yang mempunyai undang-undang anti-lompat parti menyatakan peruntukan berkaitan dalam Perlembagaannya. Maksudnya undang-undang anti-lompat parti ini bukan suatu undang-undang biasa. Ia adalah sebahagian daripada undang-undang tertinggi negara. Ini kerana ia adalah undang-undang berkaitan keahlian Parlimen, iaitu badan perundangan yang dicipta oleh Perlembagaan. Maka Perlembagaan merupakan undang-undang yang berhak untuk menentukan syarat kelayakan dan juga syarat hilang kelayakan. Oleh kerana itu pada peringkat negeri, (bagi negeri yang mempunyai peruntukan berkaitan) ia diwujudkan dalam Perlembagaan negeri, bukan enakmen. Perlembagaan negeri adalah undang-undang yang membuat Dewan Undangan Negeri dan menentukan syarat kelayakan dan hilang kelayakan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.

Justeru, bagi negara kita, sekiranya serius mahu diwujudkan undang-undang anti-lompat parti ia hendaklah dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, dan hendaklah melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan. Negara jiran kita, Singapura mempunyai peruntukan berkaitan pada Perkara 46 Perlembagaannya.

MAKSUD LOMPAT PARTI

Sebelum menyatakan latar undang-undang, saya mahu memperkenalkan beberapa istilah dan keadaan berkaitan lompat parti. Istilah yang biasa kita dengar ialah lompat parti – seringkali juga dalam nada bergurau (atau mungkin sinikal) dipanggil katak. Dalam Bahasa Inggeris terdapat beberapa istilah yang digunakan, iaitu party switching, party defecting atau floor crossing. Ketiga-tiga istilah ini boleh diterjemahkan sebagai, bertukar parti, pembelotan parti dan bertukar kesetiaan kepada parti (bukan sekadar mengundi berbeza daripada parti). Dalam kefahaman semasa, lompat parti ini adalah istilah umum yang merangkum beberapa keadaan, antara lain, termasuklah

1. Apabila bertukar parti politik; contoh, daripada menjadi ahli parti politik A, menjadi ahli parti politik B;

2. Apabila seorang calon parti bebas, kemudiannya menyertai atau menjadi ahli parti politik;

Walaupun keadaan ini nampaknya jelas, tetapi yang sebenarnya, tiada tafsiran komprehensif tentang maksud lompat parti. Bertukar parti adalah kefahaman biasa dengan istilah lompat parti. Namun mutakhir, kita lihat dalam senario politik tanahair, terdapat Ahli Dewan yang berada di blok pembangkang, adakah ini juga bermaksud lompat parti yang terangkum di bawah istilah Floor Crossing. Dalam keadaan lain, adakah seseorang Ahli Dewan yang mengundi dalam Dewan berbeza dengan arahan partinya boleh dianggap sebagai lompat parti?

Pada pandangan saya, mengundi berbeza daripada arahan parti bukan bermaksud lompat parti, tetapi berada pada blok berbeza dengan kepimpinan parti boleh dianggap sebagai lompat parti kerana sudah tidak setia kepada parti dan kepimpinan parti. Tiada undang-undang khusus tentang ini di Malaysia. Tiada keputusan mahkamah juga. Undang-undang berkaitan yang pernaha ada di Kelantan dan Sabah, serta undang-undang di Pulau Pinang juga tidak memperincikan tentang ini. Oleh itu, ia sekadar pandangan. Ia sekadar tafsiran saya sahaja.

UNDANG-UNDANG ANTI-LOMPAT PARTI DI MALAYSIA

Pada peringkat Persekutuan, Malaysia tidak pernah mempunyai undang-undang yang menyekat ahli Parlimen daripada bertukar parti politik yang mereka wakili semasa pilihan raya. Tetapi pada peringkat negeri, Kelantan dan Sabah pernah mempunyai peruntukan berkaitan. Peruntukan dalam Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan telah diputuskan oleh mahkamah sebagai tidah sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Manakala di Sabah, peruntukan berkaitan telah dimansuhkan pada tahun 1995 setelah dimasukkan dalam Perkara 18 Perlembagaan Negeri Sabah pada tahun 1988. Dan kini, hanya Pulau Pinang yang masih mempunyai undang-undang anti-lompat parti dalam Perlembagaan Negeri.

UNDANG-UNDANG ANTI-LOMPAT PARTI DI KELANTAN

Huraian tentang undang-undang anti-lompat parti di negeri Kelantan menjadi menarik kerana adanya kes yang dibawa ke mahkamah dan mahkamah telah memberikan huraian serta keputusan tentang undang-undang tersebut. Negeri Kelantan adalah negeri kedua, selepas Sabah, yang telah membuat undang-undang berkaitan anti-lompat parti.

Pada 25 April 1991, Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan Enakmen Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 1991. Pindaan ini telah memasukkan Perkara XXXIA kepada Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan yang memperuntukkan seperti berikut:

š˜Ÿš˜Ÿš˜Ÿš˜š˜ˆ. š˜š˜¢š˜¤š˜¢š˜µš˜Ŗš˜°š˜Æ š˜°š˜§ š˜“š˜¦š˜¢š˜µ š˜„š˜¶š˜¦ š˜µš˜° š˜³š˜¦š˜“š˜Ŗš˜Øš˜Æš˜¢š˜µš˜Ŗš˜°š˜Æ, š˜¦š˜µš˜¤., š˜§š˜³š˜°š˜® š˜±š˜°š˜­š˜Ŗš˜µš˜Ŗš˜¤š˜¢š˜­ š˜±š˜¢š˜³š˜µš˜ŗ.

(1) š˜š˜§ š˜¢š˜Æš˜ŗ š˜®š˜¦š˜®š˜£š˜¦š˜³ š˜°š˜§ š˜µš˜©š˜¦ š˜“š˜¦š˜Øš˜Ŗš˜“š˜­š˜¢š˜µš˜Ŗš˜·š˜¦ š˜ˆš˜“š˜“š˜¦š˜®š˜£š˜­š˜ŗ š˜øš˜©š˜° š˜Ŗš˜“ š˜¢ š˜®š˜¦š˜®š˜£š˜¦š˜³ š˜°š˜§ š˜¢ š˜±š˜°š˜­š˜Ŗš˜µš˜Ŗš˜¤š˜¢š˜­ š˜±š˜¢š˜³š˜µš˜ŗ š˜³š˜¦š˜“š˜Ŗš˜Øš˜Æš˜“ š˜°š˜³ š˜Ŗš˜“ š˜¦š˜¹š˜±š˜¦š˜­š˜­š˜¦š˜„ š˜§š˜³š˜°š˜®, š˜°š˜³ š˜§š˜°š˜³ š˜¢š˜Æš˜ŗ š˜³š˜¦š˜¢š˜“š˜°š˜Æš˜“ š˜øš˜©š˜¢š˜µš˜“š˜°š˜¦š˜·š˜¦š˜³ š˜¤š˜¦š˜¢š˜“š˜¦š˜“ š˜µš˜° š˜£š˜¦ š˜¢ š˜®š˜¦š˜®š˜£š˜¦š˜³ š˜°š˜§ š˜“š˜¶š˜¤š˜© š˜±š˜°š˜­š˜Ŗš˜µš˜Ŗš˜¤š˜¢š˜­ š˜±š˜¢š˜³š˜µš˜ŗ, š˜©š˜¦ š˜“š˜©š˜¢š˜­š˜­ š˜¤š˜¦š˜¢š˜“š˜¦ š˜µš˜° š˜£š˜¦ š˜¢ š˜®š˜¦š˜®š˜£š˜¦š˜³ š˜°š˜§ š˜µš˜©š˜¦ š˜“š˜¦š˜Øš˜Ŗš˜“š˜­š˜¢š˜µš˜Ŗš˜·š˜¦ š˜¢š˜Æš˜„ š˜©š˜Ŗš˜“ š˜“š˜¦š˜¢š˜µ š˜“š˜©š˜¢š˜­š˜­ š˜£š˜¦š˜¤š˜°š˜®š˜¦ š˜·š˜¢š˜¤š˜¢š˜Æš˜µ.

(2) š˜š˜°š˜³ š˜µš˜©š˜¦ š˜±š˜¶š˜³š˜±š˜°š˜“š˜¦ š˜°š˜§ š˜Šš˜­š˜¢š˜¶š˜“š˜¦ (1) š˜µš˜©š˜¦ š˜“š˜¦š˜Øš˜Ŗš˜“š˜­š˜¢š˜µš˜Ŗš˜·š˜¦ š˜ˆš˜“š˜“š˜¦š˜®š˜£š˜­š˜ŗ š˜“š˜©š˜¢š˜­š˜­ š˜„š˜¦š˜µš˜¦š˜³š˜®š˜Ŗš˜Æš˜¦ š˜øš˜©š˜¦š˜µš˜©š˜¦š˜³ š˜¦š˜¢š˜µ š˜£š˜¦š˜¤š˜°š˜®š˜¦š˜“ š˜·š˜¢š˜¤š˜¢š˜Æš˜µ š˜¢š˜Æš˜„ š˜µš˜©š˜¦ š˜„š˜¦š˜µš˜¦š˜³š˜®š˜Ŗš˜Æš˜¢š˜µš˜Ŗš˜°š˜Æ š˜°š˜§ š˜µš˜©š˜¦ š˜¢š˜“š˜“š˜¦š˜®š˜£š˜­š˜ŗ š˜“š˜©š˜¢š˜­š˜­ š˜£š˜¦ š˜§š˜Ŗš˜Æš˜¢š˜­ š˜¢š˜Æš˜„ š˜“š˜©š˜¢š˜­š˜­ š˜Æš˜°š˜µ š˜£š˜¦ š˜²š˜¶š˜¦š˜“š˜µš˜Ŗš˜°š˜Æš˜¦š˜„ š˜Ŗš˜Æ š˜¢š˜Æš˜ŗ š˜Šš˜°š˜¶š˜³š˜µ š˜°š˜Æ š˜¢š˜Æš˜ŗ š˜Øš˜³š˜°š˜¶š˜Æš˜„ š˜øš˜©š˜¢š˜µš˜“š˜°š˜¦š˜·š˜¦š˜³.

Fasal (1) ringkasnya bermaksud, seseorang ahli Dewan yang telah dipilih sebagai calon sesebuah parti politik hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya dia melepaskan atau dilucutkan keahliannya atau berhenti daripada menjadi ahli parti politik tersebut atas apa-apa jua sebab.

Fasal (2) pula bermaksud, Dewan Undangan Negeri akan menentukan sama adakerusi tersebut menjadi kosong dan penentuan Dewan adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di Mahkamah atas apa jua sebab.

Perkara XXXIA ini telah diberikan kesan kebelakang (retrospective effect), iaitu pada tarikh 19 November 1990. Maksudnya Perkara XXXIA ini boleh terpakai kepada kes yang berlaku sebelum ia dibuat. Pada kebiasaanya undang-undang tidak boleh mempunyai kesan kebelakang. Namun, bagi Perlembagaan, ia dibolehkan.

KES NORDIN SALLEH

Perkara XXXIA ini telah dicabar kesahannya dalam kes Nordin Salleh & Anor v. Dewan Undangan Negeri Kelantan & Ors [1992] 3 CLJ (Rep) 135. Kes ini diputuskan pada peringkat Mahkamah Tinggi.

Isu utama dalam kes ini ialah, kesahan Perkara XXXIA Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan. Saya petik dari laporan alasan penghakiman:

The main prayer is for an order declaring that Article XXXIA of the Kelantan State Constitution is invalid, null and void as it is ultra vires the provisions of Article 19(1)(c) [sic]* of the Federal Constitution

*Sepatutnya Article 10(1)(c), bukan(19). Perkara 10(1)(c) memperuntukkan tentang kebebasan berpersatuan.

Hujah pihak plaintif (Nordin Salleh & Anor) ialah, Perkara XXXIA Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan telah menyekat kebebasan asasi Ahli Dewan untuk melaksanakan hak kebebasan berpersatuan yang dijamin oleh Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Pihak defendan (Dewan Undangan Negeri Kelantan & Ors) pula berhujah bahawa Perkara XXXIA Perlembagaan Negeri Kelantan tidak menghalang seorang anggota Dewan Undangan Negeri yang merupakan anggota parti politik untuk menyertai mana-mana parti politik yang lain, oleh itu, Perkara XXXIA tersebut tidak bertentangan dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.

Hujah ini tidak diterima oleh Mahkamah. Mahkamah menyatakan bahawa kesan langsung dan kesan yang tidak dapat dielakkan daripada suatu peruntukan undang-undang perlu diambil kira. Sekiranya undang-undang tersebut memberikan kesan sehingga menjadikan sesuatu hak itu tidak efektif atau hanya ilusi, maka undang-undang tersebut harus dianggap sebagai tidak berperlembagaan dan mesti dimansuhkan.

Justeru, dalam kes ini, mahkamah memutuskan bahawa, walaupun kebebasan berpersatuan tidak dihalang oleh Perkara XXXIA, tetapi kesan daripada peruntukan tersebut ialah, seseorang Ahli Dewan tidak dapat melaksanakan hak berpersatuan yang dijamin oleh Perlembagaan secara berkesan. Maksudnya, walaupun seseorang Ahli Dewan boleh menyertai atau menjadi ahli parti politik lain, tetapi beliau hendaklah mengosongkan kerusinya di dalam Dewan. Maka hak berpersatuan tersebut hanya menjadi ilusi. Atas sebab itu, undang-undang tersebut adalah tidak berperlembagaan.

Selanjutnya defendan (iaitu Dewan Undangan Negeri & Ors) menghujah bahawa, untuk dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bukan sebahagian daripada hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, tetapi ia adalah hak yang diberikan oleh undang-undang (statute, bukan Perlembagaan) atau “hak berkanun”. Hak berkanun ini dapat dihapuskan oleh undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri. Hakim Eusoff Chin bersetuju dengan hujah ini, namun, Hakim bijaksana menyatakan, perkara utama yang perlu dijawab adalah, sama ada undang-undang yang memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk memecat Ahli Dewan itu sah atau pun tidak.

Mahkamah memutuskan bahawa undang-undang tersebut, Perkara XXXIA Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan adalah tidak sah kerana niat sebenar Perkara XXXIA adalah untuk menghalang/menyekat Ahli Dewan daripada meninggalkan parti politik yang menjadi tiket kepadanya menjadi Ahli Dewan, atas apa sebab sekalipun. Walaupun Perkara XXXIA tidak secara langsung menyekat kebebasan berpersatuan seseorang Ahli Dewan, namun kesan langsung kepada peruntukan XXXIA itu ialah, kebebasan berpersatuan seseorang Ahli Dewan itu harus dibayar dengan kehilangan kerusi. Justeru, kebebasan berpersatuan itu bukan kebebasan sebenar dan ia hanya menjadi satu ilusi.

Mahkamah juga membuat keputusan bahawa hanya Parlimen yang boleh meletakkan sekatan ke atas kebebasan asasi. Setelah memutuskan bahawa Perkara XXXIA Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan merupakan sekatan kepada kebebasan berpersatuan, mahkamah menjelaskan bahawa hanya Parlimen yang boleh membuat sekatan tersebut. Ini kerana Perkara 10(2)(c) memperuntukkan:

(2)š˜—š˜¢š˜³š˜­š˜Ŗš˜®š˜¦š˜Æ š˜£š˜°š˜­š˜¦š˜© š˜®š˜¦š˜­š˜¢š˜­š˜¶š˜Ŗ š˜¶š˜Æš˜„š˜¢š˜Æš˜Ø-š˜¶š˜Æš˜„š˜¢š˜Æš˜Ø š˜®š˜¦š˜Æš˜Øš˜¦š˜Æš˜¢š˜¬š˜¢š˜Æ—…

(š˜¢)…

(š˜£)…

(š˜¤) š˜¬š˜¦ š˜¢š˜µš˜¢š˜“ š˜©š˜¢š˜¬ š˜ŗš˜¢š˜Æš˜Ø š˜„š˜Ŗš˜£š˜¦š˜³š˜Ŗš˜¬š˜¢š˜Æ š˜°š˜­š˜¦š˜© š˜±š˜¦š˜³š˜¦š˜Æš˜Øš˜Øš˜¢š˜Æ (š˜¤) š˜š˜¢š˜“š˜¢š˜­ (1), š˜¢š˜±š˜¢-š˜¢š˜±š˜¢ š˜“š˜¦š˜¬š˜¢š˜µš˜¢š˜Æ š˜ŗš˜¢š˜Æš˜Ø š˜„š˜Ŗš˜„š˜¢š˜±š˜¢š˜µš˜Ŗš˜Æš˜ŗš˜¢ š˜±š˜¦š˜³š˜­š˜¶ š˜¢š˜µš˜¢š˜¶ š˜“š˜¶š˜¢š˜Ŗ š˜®š˜¢š˜Æš˜§š˜¢š˜¢š˜µ š˜„š˜¦š˜®š˜Ŗ š˜¬š˜¦š˜±š˜¦š˜Æš˜µš˜Ŗš˜Æš˜Øš˜¢š˜Æ š˜¬š˜¦š˜“š˜¦š˜­š˜¢š˜®š˜¢š˜µš˜¢š˜Æ š˜—š˜¦š˜³š˜“š˜¦š˜¬š˜¶š˜µš˜¶š˜¢š˜Æ š˜¢š˜µš˜¢š˜¶ š˜®š˜¢š˜Æš˜¢-š˜®š˜¢š˜Æš˜¢ š˜£š˜¢š˜©š˜¢š˜Øš˜Ŗš˜¢š˜Æš˜Æš˜ŗš˜¢, š˜¬š˜¦š˜µš˜¦š˜Æš˜µš˜¦š˜³š˜¢š˜®š˜¢š˜Æ š˜¢š˜øš˜¢š˜® š˜¢š˜µš˜¢š˜¶ š˜±š˜³š˜Ŗš˜Æš˜“š˜Ŗš˜± š˜®š˜°š˜³š˜¢š˜­.

Selain daripada itu, Mahkamah juga menyatakan dalam bentuk obiter dicta* bahawa sekatan kepada keahlian Dewan, sama ada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, hendaklah menepati sebab atau aspek yang disebut dalam perenggan (c), iaitu “..,keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral”. Prinsip moral dikatakan terhad kepada “sexual morality”dan tidak termasuk “political morality”.

*Obiter dicta ialah perkataan Latin yang ringkasnya bermaksud kenyataan hakim dalam alasan penghakimannya (keputusan penghakimannya) yang disebut secara sepintas lalu serta tidak mengikat mahkamah selepasnya.

Setelah keputusan kes Nordin Salleh yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi itu menyatakan bahawa Perkara XXXIA Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan adalah tidak berperlembagaan dan menjadi tidak sah, tiada rayuan dibuat oleh mana-mana pihak. Maka sehingga kini keputusan tersebut kekal dan menjadi undang-undang yang sedang terpakai. Walaupun begitu, kita perlu mengambil perhatian bahawa keputusan tersebut adalah keputusan Mahkamah Tinggi, bukannya Mahkamah Persekutuan, iaitu mahkamah teratas atau paling tinggi. Maksud saya ialah, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi tersebut menjadi undang-undang dan mengikat namum peluang untuk isu serupa sampai ke mahkamah paling atas masih terbuka.

UNDANG-UNDANG ANTI-LOMPAT PARTI DI SABAH

Sebelum Kelantan membuat pindaan kepada Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan untuk memasukkan Perkara XXXIA, Sabah telah terlebih dahulu mempunyai peruntukan yang serupa. Perkara 18(2) (d) telah dimasukkan dalam Perlembagaan Negeri Sabah oleh Enakmen Perlembagaan (Pindaan) Negeri Sabah pada tahun 1986 yang mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 20hb Mei 1986. Pindaan berkenaan telah beroperasi pada tarikh sama. Pindaan kepada Perkara 18 Perlembagaan Negeri Sabah itu memberi kesan bahawa kerusi sebagai Ahli Dewan menjadi kosong apabila beliau bersara atau dipecat, atau atas apa sebab sekalipun tidak lagi menjadi ahli parti politik yang disertainya sebelum itu.

Perkara 18(2)(d) yang baharu dimasukkan dalam Perlembagaan Negeri Sabah tersebut telah dipersoalkan kesahannya di sisi Perlembagaan Persekutuan dalam kes Abdul Karim bin Abdul Ghani vs Legislative Assembly of Sabah [1988] 1MLJ 171. Pemohon dalam kes ini (Abdul Karim) memohon kepada Mahkamah Persekutuan satu kebenaran (leave)*, untuk mendapatkan pengisytiharan Mahkamah Agung*, bahawa pindaan kepada Perlembagaan Negeri Sabah tersebut adalah tidak sah.

(*Pada ketika itu Mahkamah Agung adalah mahkamah paling tinggi. Istilah Mahkamah Agung diperkenalkan pada 1hb Januari 1985. Sebelum itu, istilah yang digunakan bagi mahkamah paling tinggi ialah Mahkamah Persekutuan. Kemudiannya ditukar kepada Mahkamah Agung, sebelum ditukar semula kepada Mahkamah Persekutuan (menggantikan Mahkamah Agung) pada 24hb Jun 1994)

Alasan yang dikemukakan oleh pemohon ialah Dewan Undangan Negeri Sabah tidak diberikan kuasa dan bukan badan yang kompeten untuk membuat peruntukan berkaitan hilang kelayakan seseorang ahli Dewan. Seterusnya dihujahkan bahwa Dewan Undangan Negeri telah secara tidak sah dan tidak berperlembagaan merampas kuasa Parlimen untuk membuat peruntukan berkenaan sebagaimana peruntukan Perkara 74(1) dan Butiran 6 Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan pemohon ditolak oleh Mahkamah. Dengan kata lain, kebenaran (leave) tidak dibenarkan. Dalam alasan penghakimannya Hakim Mahkamah Agung, Hashim Yeop A. Sani menyatakan bahawa tiada kesangsian lagi Parlimen mempunyai kuasa tentang hilang kelayakan bagi Ahli Parlimen, tetapi, hilang kelayakan Ahli Dewan Undangan Negeri adalah di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri kerana ia adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri sebagaimana jelas di bawah perenggan 6, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Menurut Mahkamah Agung, hal ini juga jelas pada Perenggan 5 Jadual Kelapan bahawa hilang kelayakan adalah di bawah kompetensi Negeri. Perenggan 5 memperuntukkan seperti berikut:

"š˜Œš˜·š˜¦š˜³š˜ŗ š˜¤š˜Ŗš˜µš˜Ŗš˜»š˜¦š˜Æ š˜°š˜§ š˜°š˜³ š˜°š˜·š˜¦š˜³ š˜µš˜©š˜¦ š˜¢š˜Øš˜¦ š˜°š˜§ š˜µš˜øš˜¦š˜Æš˜µš˜ŗ-š˜°š˜Æš˜¦ š˜ŗš˜¦š˜¢š˜³š˜“ š˜øš˜©š˜° š˜Ŗš˜“ š˜³š˜¦š˜“š˜Ŗš˜„š˜¦š˜Æš˜µ š˜Ŗš˜Æ š˜µš˜©š˜¦ š˜šš˜µš˜¢š˜µš˜¦ š˜Ŗš˜“ š˜²š˜¶š˜¢š˜­š˜Ŗš˜§š˜Ŗš˜¦š˜„ š˜µš˜° š˜£š˜¦ š˜¢ š˜®š˜¦š˜®š˜£š˜¦š˜³ š˜°š˜§ š˜µš˜©š˜¦ š˜“š˜¦š˜Øš˜Ŗš˜“š˜­š˜¢š˜µš˜Ŗš˜·š˜¦ š˜ˆš˜“š˜“š˜¦š˜®š˜£š˜­š˜ŗ, š˜¶š˜Æš˜­š˜¦š˜“š˜“ š˜©š˜¦ š˜Ŗš˜“ š˜„š˜Ŗš˜“š˜²š˜¶š˜¢š˜­š˜Ŗš˜§š˜Ŗš˜¦š˜„ š˜§š˜°š˜³ š˜£š˜¦š˜Ŗš˜Æš˜Ø š˜¢ š˜®š˜¦š˜®š˜£š˜¦š˜³ š˜£š˜ŗ š˜µš˜©š˜¦ š˜š˜¦š˜„š˜¦š˜³š˜¢š˜­ š˜Šš˜°š˜Æš˜“š˜µš˜Ŗš˜µš˜¶š˜µš˜Ŗš˜°š˜Æ š˜°š˜³ š˜µš˜©š˜Ŗš˜“ š˜Šš˜°š˜Æš˜“š˜µš˜Ŗš˜µš˜¶š˜µš˜Ŗš˜°š˜Æ š˜°š˜³ š˜£š˜ŗ š˜¢š˜Æš˜ŗ š˜“š˜¶š˜¤š˜© š˜­š˜¢š˜ø š˜¢š˜“ š˜Ŗš˜“ š˜®š˜¦š˜Æš˜µš˜Ŗš˜°š˜Æš˜¦š˜„ š˜Ŗš˜Æ š˜“š˜¦š˜¤š˜µš˜Ŗš˜°š˜Æ 6 š˜°š˜§ š˜µš˜©š˜¦ š˜Œš˜Ŗš˜Øš˜©š˜µš˜© š˜šš˜¤š˜©š˜¦š˜„š˜¶š˜­š˜¦ š˜µš˜° š˜µš˜©š˜¦ š˜š˜¦š˜„š˜¦š˜³š˜¢š˜­ š˜Šš˜°š˜Æš˜“š˜µš˜Ŗš˜µš˜¶š˜µš˜Ŗš˜°š˜Æ."

Keputusan di Mahkamah Persekutuan ini telah menunjukkan bahawa Dewan Undangan Negeri boleh membuat peruntukan berkaitan hilang kelayakan seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri.

(* untuk maksud leave sila lihat posting saya sebelum ini KUASA DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) BERKAITAN KESALAHAN SYARIAH AKAN KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN?)

Walaupun mahkamah memutuskan begitu, Perkara 18(2)(d) yang ditambah kepada Perlembagaan Negeri Sabah telah dimansuhkan oleh Enakmen 11 pada tahun 1995. (saya masih meneliti alasan kenapa peruntukan tersebut dimansuhkan).

ANALISIS KES NORDIN SALLEH DAN ABDUL KARIM

Analisis ringkas saya ke atas kedua-dua keputusan kes, Nordin Salleh (Kelantan) dan Abdul Karim (Sabah) menunjukkan beberapa perkara;

1. Hal berkaitan hilang kelayakan seseorang ahli Dewan adalah di bawah bidang kuasa negeri.

2. Maka Dewan Undangan Negeri boleh menentukan apakah perkara-perkara yang difikirkan sesuai untuk dijadikan sebab hilang kelayakan.

3. Walau bagaimanapun, dalam menentukan syarat hilang kelayakan tersebut, Dewan Undangan Negeri tidak boleh membuatnya dalam bentuk sekatan kepada kebebasan berpersatuan.

4. Ini kerana hanya Parlimen yang boleh membuat sekatan ke atas kebebasan berpersatuan di bawah Perkara 10(2)(c).

UNDANG-UNDANG ANTI-LOMPAT PARTI DI PULAU PINANG

Pulau Pinang menjadi negeri ketiga yang membuat peruntukan berkaitan anti-lompat parti. Pindaan kepada Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dengan memasukkan Perkara 14A telah dibuat pada tahun 2012. Sehingga kini tiada cabaran di mahkamah atas kesahan atau constitutionality Perkara 14A walaupun ia pernah dikatakan tidak sah oleh mendiang Karpal Singh, pimpinan DAP sendiri.

Menurut kenyataan yang dilaporkan oleh malaysiakini [3], Ketua Menteri Pulau Pinang pada Ketika itu, YB Lim Guan Eng menyatakan tiga prinsip penting dalam undang-undang anti-lompat parti di Pulau Pinang:

1. Kedaulatan rakyat di bawah sistem demokrasi berparlimen, dengan rakyat mempunyai hak untuk memilih wakil mereka;

2. Kebebasan berpersatuan bagi wakil yang dipilih, tetapi dia perlu mengosongkan kerusinya jika melompat parti;

3. Bagi prinsip akauntabiliti, wakil rakyat mesti bertanggungjawab kepada pengundi mereka.

Pulau Pinang membuat pindaan kepada Perlembagaan Negeri dengan memasukkan Perkara 14A yang mempunyai intipati seperti berikut:*

1. Ahli yang menukar parti politik', hendaklah mengosongkan kerusinya jika dia bertukar parti atau berhenti menjadi ahli parti atas apa jua alasan

2. Seseorang yang dipilih sebagai ahli Bebas juga mesti mengosongkan kerusinya jika orang itu menyertai sesebuah parti politik.

3. Perakra 14A mengecualikan wakil rakyat daripada mengosongkan kerusinya jika keahliannya berakhir kerana pembubaran parti atau pembatalan pendaftarannya.

4. Seseorang wakil rakyat yang melepaskan keahliannya dalam parti jika dia dipilih sebagai speaker dewan undangan negeri adalah dikecualikan daripada mengosongkan kerusinya.

(* saya tidak menemui peruntukan sebenar daripada Perlembagaan Negeri Pulau Pinang atas talian walaupun saya telah membaca perkara 14A sebelum in. Saya memetik intipati peruntukan ini dari laporan atas talian malaysiakini pada pautan di atas)

Sekiranya berlaku pengisytiharan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menjadi kosong dalam perkembangan mutakhir politik di negeri Pulau Pinang, kemungkinan perkara ini akan dibawa ke mahkamah adalah besar. Oleh kerana dua persoalan utama berkaitan undang-undang anti-lompat parti, iaitu kebebasan berpersatuan dan kuasa dan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri telah diselesaikan dalam dua kes, masing-masing di Kelantan*dan Sabah, maka persoalan yang mungkin boleh ditimbulkan ialah definisi “parti politik”. Adakah gabungan longgar seperti Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional adalah “parti politik” dalam maksud undnag-undang anti-lompat parti di Pulau Pinang?

(*mengambil kira, seperti yang saya sebutkan sebelum ini, kes ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, bukan mahkamah paling tinggi, iaitu Mahkamah Persekutuan)

PENUTUP

Jika kita perhati, negeri-negeri yang bergolak keadaan politiknya cuba mengambil pendekatan untuk menggubal undang-undang anti-lompat parti. Pengalaman negara luar juga begitu. India sebagai contoh, telah menggubal undang-undang anti lompat parti kerana Ahli Parlimen bertukar parti sehingga mewujudkan ketidakstabilan politik di negara berkenaan. Isu perlembagaan atau constitutionality adalah isu utama dalam gubalan undang-undang anti-lompat parti. Berasaskan kepada keputusan Nordin Salleh, mahkamah telah menberikan perincian yang agak mendalam tentang isu perlembagaan dan besar kemungkinan undang-undang anti-lompat parti tidak sah kerana bercanggah dengan perlembagaan adalah besar.

[1] https://www.youtube.com/watch?v=WrAPdfXlM9c

[2] http://www.astroawani.com/…/tidak-perlu-gubal-akta-anti-lom….

[3] https://www.malaysiakini.com/news/213226

(Maaf ya, ada masalah teknikal sikit paparan tadi)

Sumber: https://www.facebook.com/drshamrahayuaziz/posts/123705506006709

Hubungan Akrab Iran - Venezuela dan Komplot Sulit Amerika Syarikat.

oleh:YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi

Beberapa hari lalu, dua kapal tangki dari Iran yang dipenuhi dengan produk petroluem telah tiba di pelabuhan Venezuela.Tiga lagi kapal tangki dengan muatan yang sama dijangka akan tiba di Venezuela tidak lama lagi.

Namun dalam laporan terbaru The Wall Street Journal, pentadbiran Donald Trump telah mengugut pemilik kapal tangki terbabit dengan sekatan agar tidak meneruskan perjalanan ke Venezuela.

Dua daripada tiga kapal terbabit telah menghentikan perjalanan mereka manakala satu kapal tangki tetap meneruskan perjalanan ke Venezuela. Walaupun masih belum dapat dipastikan kebenaran berita tersebut, jelas Donald Trump tidak senang dengan hubungan akrab Iran - Venezuela yang menjadi musuh nombor satu beliau.

Hubungan Iran - Venezuela.

Iran dan Venezuela telah lama akrab dalam hubungan diplomatik dan dua hala iaitu bermula sejak zaman Hugo Chavez dan Mohamed Khatami menjadi Presiden kepada negara masing - masing pada awal tahun 2000.

Hubungan akrab kedua - dua pemimpin tersebut telah menyaksikan pelbagai bentuk kerjasama dan kolaborasi perdagangan dalam jumlah yang besar telah dimenterai antara kedua - dua negara malah kedua - dua pimpinan tersebut telah banyak kali melakukan kunjungan rasmi untuk mengeratkan lagi hubungan kedua - dua negara.

Malah ketika lawatan Mohamed Khatami ke Venezuela pada tahun 2005,Hugo Chavez telah menganugerahkan darjah kebesaran Venezuela “ Orden del Libertador “ dan mengelarkan Mohamed Khatami sebagai " tireless fighter for all the right causes in the world “ sebagai mengambarkan keakraban kedua - dua pemimpin dan negara tersebut.

Hugo Chaves meneruskan hubungan akrab dengan Iran ketika Mahmoud Ahmadinejad menjadi Presiden Iran. Ketika inilah Amerika Syarikat melihat bahayanya kedua - dua negara ini jika dibiarkan. Ketika ini kedua - dua pimpinan ini bersama secara terbuka mengisytiharkan penentangan impirealisme Amerika Syarikat kepada dunia.

Hugo Chavez juga turut menyokong penuh pembabitan Iran dalam pembinaan loji nuklearnya untuk penjanaan tenaga dan mengutuk ugutan ketenteraan ke atas Iran oleh Amerika Syarikat.

Dalam satu ucapannya di Universiti Tehran ketika lawatannya pada Julai 2006, Hugo Chavez memberitahu ribuan hadirin bahawa jika Amerika Syarikat berjaya menyatukan kekuatannya untuk mendominasi dunia, maka umat manusia akan tiada masa depan. Untuk menyelamatkan masa depan umat manusia, Amerika Syarikat perlu ditamatkan riwayatnya.

Pada Mei 2011, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengenakan sekatan terhadap PDVSA, syarikat petroluem Venezuela kerana menghantar dua kapal tangki dipenuhi produk petroluem ke Venezuela.

Tidak berapa lama selepas itu, Hugo Chavez dalam satu ucapannya menegaskan bahawa ketika kuasa impirealisme dan penjenayah elit telah mengisytiharkan perang terhadap orang Islam sejak 10 tahun lalu, kami dari Bolivarian Revolution mengisytiharkan kasih sayang dan kecintaan terhadap kebudayaan Islam, sejarah mereka dan juga mereka umat Islam adalah saudara kami selama - lamanya.

Hubungan akrab Iran - Venezuela di teruskan sehingga sekarang oleh Nicolas Maduro dan Hassan Rouhani. Ogos 2014, Iran dan Venezuela telah menandatangani 256 perjanjian yang merangkumi 58 projek dalam pelbagai sektor yang bernilai berbillion dolar yang dijangka berlangsung dalam tempoh jangka masa panjang.

Malah Nicolas Maduro dan Hassan Rouhani dalam ucapan mereka ketika lawatan rasmi kedua - dua pemimpin tersebut menegaskan bahawa Amerika Syarikat menggunakan kuasanya dengan menghalang eksport petroluem kedua - dua negara untuk menekan ekonomi dan pertumbuhan negara mereka.

Kerana Amerika Syarikat mengetahui jika tidak dilakukan sedemikian. Iran dan Venezuela mampu bangkit dan menentang kekuasaan impirealisme mereka selain Rusia, China mahupun Turki.

Apapun perkembangan terbaru penghantaran produk petroluem oleh Iran ke Venezuela membuktikan keakraban hubungan kedua - dua negara dan semestinya merisaukan Amerika Syarikat kerana natijahnya walau apapun yang dilakukan oleh Amerika Syarikat, hubungan Iran - Venezuela tetap utuh dan mampu merobek ego dan kekuasaan Amerika Syarikat.

Sejarah Hubungan Amerika Syarikat - Venezuela.

Venezuela adalah musuh nombor satu Donald Trump dan Amerika Syarikat di benua Amerika. Hubungan pasang surut diplomatik Venezuela - Amerika Syarikat sebenarnya telah lama berlaku sejak awal 1900 lagi ketika Capriano Castro menjadi Presiden Venezuela.

Namun hubungan Venezuela - Amerika Syarikat kembali akrab apabila minyak mula dijumpai dan diekstrak dari bumi Venezuela pada awal 1910. Ketika itu syarikat carigali dan petroluem dari Amerika Syarikat memenuhi Venuzuela untuk mendapatkan konsesi carigali minyak.

Ketika zaman Marcos Perez Jimenez menjadi Presiden Venezuela pada tahun 1953 - 1958, Amerika Syarikat menjadi pelabur utama dalam sektor petroluem Venezuela. Syarikat carigali dan petroluem Amerika Syarikat ketika itu memonopoli sektor petroluem Venezuela.

Ketika ini hubungan Amerika Syarikat dan Venezuela cukup akrab hingga Presiden Marcos Perez Jimenez dianugerahkan dengan pingat Legion Of Merit oleh Kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1954.

Ketika krisis minyak 1973 atau 1973 Oil Embargo, Venezuela menampung sebahagian besar keperluan minyak mentah Amerika Syarikat akibat daripada sekatan jualan minyak mentah yang dilakukan oleh negara - negara Dunia Islam dikalangan negara OPEC terhadap Amerika Syarikat yang menyokong Regim Israel ketika perang Arab Israel 1973.

1970an, mula kedengan suara - suara ahli politik dan rakyat Venezuela yang mahukan perubahan dalam industri petroluem supaya dijadikan milik negara akibat monopoli syarikat asing terutamanya dari Amerika Syarikat.

Presiden Carlos Andres Perez pada 1976 telah menubuhkan PDVSA, syarikat petroluem milik Venezuela dan mengambil alih aset - aset syarikat minyak antarabangsa seperti Standard Oil, Mobil dan Shell untuk dijadikan milik negara. Ternyata tindakan tersebut tidak mengembirakan dunia terutamanya Amerika Syarikat.

Ketika Hugo Chavez menjadi Presiden Venezuela pada tahun 1999, hubungan Amerika Syarikat - Venezuela kembali tegang. Amerika Syarikat melihat Hugo Chavez sebagai berbahaya kepada dominasi mereka di benua Amerika terutamanya di Amerika Selatan.

Hugo Chavez secara drastik telah menjadikan industri minyak dan gas sebagai 100 peratus milik negara dan tidak begitu diterima oleh Amerika Syarikat kerana masih terdapat lagi ketika itu kepentingan ekonomi Amerika Syarikat di Venezuela terutamanya dalam industri minyak dan gas.

Bolivarian Revolution yang menjadi pegangan dan ideologi Hugo Chavez dimana ianya adalah pemikiran revolusi Simon Bolivar, seorang pemimpin revolusi Latin Amerika dari Venezuela pada awal kurun ke 19 ketika penentangan penjajahan Sepanyol di benua Amerika Selatan tidak begitu disukai oleh Amerika Syarikat kerana ia menolak sebarang bentuk penjajahan daripada kuasa luar dan membentuk kesepakatan di Amerika Selatan.

Ketika zaman Hugo Chavez, Ecuador dan Bolivia menjadi sekutu kuat Venezuela di Amerika Selatan yang menentang kuat dominasi Amerika Syarikat. Hubungan rapat Hugo Chavez dan Venezuela dengan Cuba, Rusia, China dan Iran juga menjadi penyebab utama ketegangan Amerika Syarikat - Venezuela.

Malah Hugo Chavez menjadi sekutu kuat negara - negara tersebut dengan pelbagai perjanjian perdagangan, hubungan politik yang akrab dan pembelian senjata dalam jumlah yang besar. Malah Hugo Chavez juga bersama - sama negara - negara tersebut menentang polisi dan politik Amerika Syarikat di pelbagai peringkat di dunia.

Akibatnya, Venezuela dikenakan pelbagai sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan dunia sehingga hampir meranapkan serta melumpuhkan ekonominya termasuk indusrtri minyak dan gas ketika di zaman Hugo Chavez.

Nicolas Maduro, Presiden Venezuela saat ini turut meneruskan apa yang dilakukan oleh Hugo Chavez dan menerima nasib yang sama. Ekonomi Venezuela semakin merendum malah jumlah inflasi di Venezuela adalah yang tertinggi di dunia, melebihi 9,586 peratus akibat daripada pelbagai sekatan ekonomi dan perdagangan yang dikenakan Amerika Syarikat.

Cubaan Rampasan Kuasa Yang Dipelopori Amerika Syarikat.

Penghujung 2019, bertiup kencang khabar angin di Washington yang mana pentadbiran Donald Trump sedang merancang untuk menjatuhkan kepimpinan di Iran dan Venezuela. Ia akan dimulakan dengan pelbagai sekatan ekonomi yang ketat untuk melumpuhkan ekonomi kedua - dua buah negara.

1 Mei 2020, satu cubaan rampasan kuasa yang dipercayai didalangi Amerika Syarikat dan CIA berjaya dipatahkan oleh tentera Venezuela dengan tertangkapnya 13 orang termasuk dua orang bekas tentera skuad khas “ Green Berret “ Amerika Syarikat.

Cubaan rampasan kuasa tersebut yang dipercayai turut dibantu oleh pemimpin pembangkang yang mendapat sokongan Amerika Syarikat Juan Guaido dan bekas jeneral tentera Venezuela Cliver Alcala yang terbabit dalam cubaan rampasan kuasa terdahulu.

Bagaimanapun Amerika Syarikat dan pentadbiran Donald Trump menafikan pembabitannya dalam cubaan rampasan kuasa tersebut. Namun selepas kegagalan cubaan tersebut terdapat laporan dan temuramah yang dilakukan mengesahkan perkara tersebut.

Beberapa bekas anggota skuad khas tentera Amerika Syarikat yang ditemuramah mengesahkan perkara tersebut dan menyifatkan ia adalah kegagalan serupa yang dilakukan CIA ketika cubaan pampasan kuasa ke atas Cuba pada tahun 1961.

Beberapa penyelidikan dilakukan dan mendapati ia dipelopori oleh Silvercorp USA yang berpengkalan di Florida, sebuah syarikat keselamatan yang seperti biasanya mengambil kontrak daripada kerajaan Amerika Syarikat untuk melakukan tugas ketenteraan seperti Blackwater di Afghanistan dan Iraq.

Malah pemilik Silvercorp USA, Jordan Goudreau turut mengesahkan dua bekas tentera skuad khas tentera Amerika Syarikat yang ditahan tentera Venezuela berkerja dengannya malah turut mengesahkan operasi tersebut adalah untuk menumbangkan Nicolas Maduro yang dinamakan ‘ Operation Gideon “.

Walau apa sekalipun berlaku, hubungan Iran - Venezuela kekal akrab. Malah jaringan hubungan akrab Venezuela sebenarnya adalah luas terutamanya dikalangan seteru Amerika Syarikat seperti Rusia, China, Iran dan banyak negara lagi.

Sudah tentunya untuk menumbangkan kerajaan Nicolas Maduro yang merupakan sekutu kuat Rusia dan China bukannya mudah kerana sudah semestinya Rusia dan China tidak akan berdiam diri untuk melihat Nicolas Maduro tumbang.

Hakikatnya, Donald Trump dalam keadaan lemah untuk menghadapi pilihanraya Amerika Syarikat. Kemelesetan ekonomi dan pandemik wabak Covid-19 yang telah meragut lebih 100,000 nyawa dikalangan rakyat Amerika Syarikat telah menyebabkan sokongan kepadanya turun dengan mendadak.

Malah, Donald Trump turut dikecam hebat kerana kegagalannya menangani wabak tersebut dan begitu juga dengan kemelesetan ekonomi yang dihadapi sekarang. Jalan mudah sebagaimana Presiden Amerika Syarikat dikalangan parti Republikan sebelumnya ialah mencari “ kambing hitam “ diluar Amerika Syarikat untuk disalahkan atau dijadikan mangsa.

Iraq dan Afghanistan adalah mangsa jelas akibat pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. China yang sedang berkonfrantasi hebat dengan Amerika Syarikat berkaitan situasi Hong Kong dan perang perdagangan bukanlah mangsa utama Donald Trump kerana kekuatan ketenteraan dan ekonominya agak hampir dengan Amerika Syarikat.

Ia cuma boleh menjadi pelaris populariti politik untuk meraih undi kepada Donald Trump. Donald Trump memerlukan sesuatu yang hebat untuk menjadi bahan berita politik untuk meraih undi besar pilihanraya Presiden Amerika Syarikat nanti. Venezuela “ fit the bill “ untuk meraih populariti besar.

Namun kegagalan operasi rampasan kuasa tersbut mungkin akan mengubah strategi Donald Trump. Jika tiak berjaya dengan Venezuela, mungkin boleh berjaya dengan Iran. Siapa tahu mungkin tidak lama lagi, Iran akan menjadi mangsa.

Piliharaya Presiden Amerika Syarikat hanya beberapa bulan sahaja lagi dan masa yang tinggal semakin suntuk. Manusia yang gila kuasa sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita - citanya walaupun terpaksa mengorbankan nyawa dan negara orang lain.

Semoga Dunia Islam dan umatnya senantiasa dilindungi oleh Allah SWT dan berada dibawah rahmat-Nya.

Islam Memimpin Perpaduan.

***YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat merangkap ADUN Batu Buruk.

Perang Dingin yang semakin panas



oleh: Abdul Muein Abadi

SYARIKAT gergasi China hari ini berada dalam dilema besar. Sedang Alibaba dan Baidu berkemungkinan dinyahsenarai daripada pasaran saham Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan Dewan Senat, sembilan syarikat China yang lain pula dikenakan sekatan oleh Jabatan Komersial AS.

Kesemua itu berlaku dalam masa yang sama ketegangan makin menjadi-jadi antara tentera AS dengan China sama ada di Laut China Selatan di Laut China Timur dan juga di Taiwan.

Itu belum lagi mengambil kira perkembangan isu China-Hong Kong. Jelas, dalam tempoh seminggu ini perseteruan antara AS dengan China ternyata menjadi semakin hangat.

Kesemua peristiwa dan keputusan oleh kedua-dua kuasa dunia itu menunjukkan satu pola yang jelas: AS di bawah Presiden Trump sedang berusaha untuk bukan sahaja mengurangkan kebergantungan AS kepada China, bahkan juga mula bertindak untuk mengurangkan kelebihan yang China peroleh melalui sistem ekonomi Amerika.

Tidak cukup dengan Perang Perdagangan yang dilancarkan Trump beberapa tahun lalu, terkini Dewan Senat Amerika pula sebulat suara bersetuju untuk meluluskan undang-undang yang boleh menyahsenarai syarikat-syarikat China daripada pasaran saham AS.

Penyahsenaraian itu akan dilakukan sekiranya syarikat terbabit gagal untuk membuktikan bahawa mereka bebas daripada kawalan kerajaan asing.

Perkembangan itu jelas mengimpak Alibaba Group Holding dan Baidu Inc yang diketahui berada dalam kawalan Parti Komunis China. Bahkan Jack Ma pengasas Alibaba pun pernah mengaku bahawa diri beliau ialah ahli Parti Komunis China.

Tidak sampai seminggu kemudian, Jabatan Komersial AS telah menyenaraikan sembilan syarikat China yang dikenakan sekatan kerana terlibat dalam penindasan hak asasi manusia ke atas umat Islam Uighur di Turkestan Timur (Xinjiang).


Senarai syarikat-syarikat China itu ialah China’s Ministry of Public Security’s, Institute of Forensic Science, Aksu Huafu Textiles Co, CloudWalk Technology, FiberHome Technologies Group dan anak syarikat Nanjing FiberHome Starrysky Communication Development, NetPosa serta anak syarikat SenseNets, Intellifusion dan IS’Vision.

Keselamatan

Hubungan AS-China turut diuji hebat dalam isu Taiwan dan Hong Kong. Tidak lama selepas Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen mengangkat sumpah untuk penggal terbaru, beliau mengumumkan sokongan kepada penunjuk perasaan di Hong Kong yang membantah undang-undang keselamatan China terbaru.

Undang-undang terbaru itu akan mengharamkan segala aktiviti pengkhianatan, pemisahan, hasutan dan subversif di Hong Kong. Ribuan penunjuk perasaan Hong Kong turun membantah undang-undang keselamatan China itu meskipun dalam situasi pandemik Covid-19.

China yang melihat Presiden Taiwan sebagai ‘pemisah’ dengan segera dilaporkan bersedia untuk mengerah dua kapal induk pesawat mereka – Liaoning dan Shandong – sebagai isyarat keras.

Di Laut China Selatan pula, belum pun reda pertembungan antara kapal pengawal pantai China dengan kapal tentera laut AS di perairan Malaysia awal bulan ini, pihak AS telah bertindak lebih ofensif.

Terkini, Angkatan Pasifik Tentera Udara AS (PACAF) mendedahkan imej dua pesawat pengebom strategik B1-B Lancer yang berlepas dari Andersen AFB, Guam dan menjalankan misi di Laut China Selatan.

Sebelum itu, kapal perang USS Rafael Peralta milik AS dikesan belayar menghampiri Laut Kuning – sekitar 70 batu nautika dari pantai Shanghai dan kapal induk pesawat China Liaoning dijadual mengadakan latihan.

Tindakan tentera AS ‘keluar-masuk’ wilayah China itu menyamai modus operandi China itu sendiri di Laut China Selatan.

Seperti mana kapal-kapal besar milik pengawal pantai dan peninjau China memasuki Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) kita sekitar 80km dari Bintulu, Sarawak, begitu jugalah tindakan tentera AS terhadap Beijing hari ini. Ternyata, Perang Dingin antara AS dengan China kini semakin panas.

* Abdul Muein Abadi ialah Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda


Hidayah Tan Foo Hock di akhir hayat


"TIGA kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kesakitannya sepanjang kira-kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya, memandangkan dia seorang free thinker, dia hanya diam.

"Akhirnya, kira-kira 9 pagi Selasa lalu ketika saya bangkitkan hal sama, dia minta penjaganya, Nurin, untuk ajar dia mengucap dua kalimah syahadah," kata Suzie Tan Eng Lian, 59.

Suzie adalah adik kepada Tan Foo Hock, 66, yang tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini selepas dikatakan memeluk Islam sebelum meninggal dunia kurang 24 jam kemudian.

Foo Hock dipercayai menggunakan Mohammad Ridzuan Tan Abdullah sebagai nama Islamnya meninggal dunia akibat kanser di kediaman Suzie di Subang Jaya, Selangor, 27 Mei lalu.

Menurut Suzie, meskipun berlainan agama, dia dan adik-beradik lain tiada masalah dengan keputusan abangnya untuk memilih Islam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Malah, Suzie sebaliknya mengakui lega melihat riak wajah abangnya berbeza, malah kelihatan lebih tenang sebaik selesai melafazkan kalimah itu.

"Amat menakjubkan selepas mengucap, arwah kelihatan sangat tenang dan kemudian menghabiskan masa berbual dan bergelak ketawa bersama anak dan menantunya sepanjang hari.

"Menjelang malam, anak dan menantu arwah pulang ke rumah mereka dan pada waktu Subuh, saya dapati abang saya sudah tiada. Dia meninggal dalam tidur," demikian kata Suzie kepada Harian Metro, hari ini.

Sementara itu, adik bongsu arwah, Mohammed Khairi Tan Abdullah, 54, berkata, keputusan abangnya untuk memeluk Islam agak mengejutkan memandangkan Foo Hock dikatakan tidak menunjukkan minat selama ini.

Namun, Mohammed Khairi juga tidak menafikan abangnya sering dipanggil dengan pelbagai nama Melayu seperti Ridzuan dan Azlan oleh rakannya memandangkan Foo Hock banyak bergaul dengan masyarakat Melayu.

"Jika diikutkan minat, mungkin saya lebih minat untuk memeluk Islam apabila saya sendiri pernah dipuji oleh ustazah kerana boleh menulis jawi dan membaca ayat suci al-Quran dengan baik walaupun saya orang Cina.

"Manakala, arwah, selain banyak bergaul dengan masyarakat Melayu, dia memang fasih berbahasa Melayu, malah fizikalnya juga bermisai menampakkan seperti orang Melayu, namun tiada tanda-tanda dia ingin memeluk Islam.

"Cuma pernahlah ketika umur saya sekitar 12 tahun, saya terjumpa buku Fardu Ain yang mengajar cara solat dan sebagainya di dalam laci arwah.

"Ketika itu arwah berusia 24 tahun dan saya pun tidak mengesyaki apa-apa ketika saya masih kecil, sekadar selongkar barang abang-abang dan saya tidak tanya atau mengadu kepada sesiapa mengenai perkara itu," katanya.

Mohammed Khairi berkata, memeluk Islam bukanlah asing dalam keluarga mereka memandang dia dan kakaknya yang menetap di Singapura sudah sekian lama menganut agama itu.

"Daripada 14 beradik seibu sebapa, saya dan kakak saya di Singapura sudah pun memeluk Islam sejak zaman muda lagi yang mana kakak saya kini juga seorang ustazah di sana.

"Jadi, perkara ini bukanlah asing. Kakak saya (Suzie) pun beritahu saya dalam keadaan bersahaja, 'Khairi, abang kau (Foo Hock) dah masuk Islam' sebaik arwah selesai lafaz dua kalimah syahadah.

"Kakak saya kata, arwah cakap 'aku nak masuk Islam, aku nak mati dalam Islam' sambil suruh Nurin ajar dia mengucap tapi Nurin teragak-agak kerana bimbang dengan respons orang lain, namun dia lakukan juga apabila semua ahli keluarga tidak membantah.

"Ketika itu saya sangat bersyukur dan apabila dia meninggal dunia keesokannya, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk dia. Dapat memandikan mayatnya memberikan saya pengalaman indah terakhir bersamanya," katanya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/584155/hidayah-tan-foo-hock-di-akhir-hayat

Puisi tak kan Melayu hilang di dunia

COVID-19: Global Cecah 6 Juta, Malaysia 30 Kes Baharu



Hari ini 30 Mei (setakat 30 Mei 2020, Worldometers 13:42 GMT), perkembangan Global menunjukkan penularan mencecah 6,064,259 kes, Sementara di rantau Asia berjumlah 1,088,907 kes. Di peringkat Global, Amerika Syarikat tetap berada di ranking tertinggi dengan jumlah 1,795,635 kes dan ranking ke-2 ialah Brazil dengan jumlah 468,338 kes.

Di Asia pula, negara India telah mengalami penularan agak meluas dengan jumlah 174,301 kes. Pada 27 Mei, Turkey menduduki ranking terbanyak kes Wabak COVID-19 dengan jumlah 159,797 kes. Namun pada 28 Mei lalu, Turkey berada di ranking ke-2 dengan jumlah 159,797 kes, selepas India mengalami pertambahan mendadak daripada 158,086 kepada 174,301 kes.



Perembangan Wabak COVID1-19 di Malaysia hari ini (30 Mei 2020) adalah terdapat 95 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 6,330 kes (81.6%). Ia diikuti terdapatnya 30 kes baharu dan menjadikan kumulatif keseluruhan kes sebanyak 7,762 kes.

Daripada 30 kes baharu tersebut, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, sementara 27 kes adalah penularan tempatan yang terdiri daripada 17 kes adalah bukan warganegara Malaysia dan 10 kes adalah kalangan warganegara Malaysia.

Berikutan itu, jumlah kes aktif atau yang sedang dirawat ialah sebanyak 1,317 kes. Hari ini juga tiada kes kematian berkaitan COVID-19, maka kumulatif kes kematian kekal sebanyak 115 kes (1.48%) daripada jumlah keseluruhan kes).

Sepanjang tempoh PKPB ini yang sudah memasuki hari ke-27, rekod sifar kematian berlaku semenjak 23 Mei atau sudah lapan (8) hari lalu. Semoga keupayaan pasukan perubahan dapat dipertingkatkan keupayaan perawatan termasuk memastikan pesakit COVID-19 yang dalam ICU atau yang memerlukan bantuan pernafasan.



Pola perkembangan Wabak COVID-19 di Negara kita nampaknya kembali menjunam berikutan jumlah kes baharu enurun daripada semalam (103 kes) menjunam kepada 30 kes hari ini.
Kita mendoakan agar Allah SWT melimpahkan ketenangan hidup bagi kita semua di dalam menghadapi ujian Wabak COVID-19 ini. Bersama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat dan sedia mematuhi panduan yang dikeluarkan oleh KKM, terutama dari segi penjarakan sosial dan kebersihan diri. Ins sya Allah kita mampu bekerjasama demi menjaga diri untuk kembali hidup secara normal, termasuklah kita boleh kembali semua untuk menunaikan solat berjemaah di Masjid dan anak-anak kita dapat kembali ke sekolah serta boleh aktif secara terbuka. WalLahu ala kullisyaiin qodir.

Wassalam.

RM 58 juta Najib bela TARUC


1. TARUC diluluskan pada tahun 1968 oleh PM1 dan dibina bawah Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) pada masa negara tak cukup Universiti Awam.

Universiti separa swasta ini dikendalikan oleh sebuah Yayasan yang dicadang parti MCA.

Wakil Kementerian Kewangan dan wakil Kementerian Pendidikan sentiasa ada dalam lembaga Yayasan tersebut.

2. TARUC bukan sekolah Cina. Kursus TARUC di ajar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Pada masa kini, sebanyak 400 daripada jumlah 1,580 staf TARUC (25%) terdiri dari kakitangan berbangsa Melayu.

Jumlah pelajar setiap tahun TARUC pula ialah 29,000 pelajar.

3. Sebab itu, ramai pelajar Melayu dan orang bukan Cina juga merupakan graduan TARUC termasuk bekas Menteri PH Salahuddin Ayub dan bekas Timbalan Menteri BN P.Kamalanathan.

Anak perempuan pemain badminton, Jalani Sidek pun graduan TARUC.

4. Pada tahun 1972, PM2 dan PM3 (sebagai Menteri Pendidikan masa itu) luluskan konsep peruntukan Geran Pembiayaan Sepadan) (matching grant) untuk TARUC dalam parlimen.

Maknanya, TARUC perlu cari dana sendiri untuk pembangunan serta pengurusan kolej setiap tahun dan kerajaan akan salur dana yang sepadan dengan dana yang mereka berjaya perolehi.

TARUC cari RM1, kerajaan juga akan sumbang RM1.

5. Sejak TARUC diluluskan pada tahun 1969 dan Geran Pembiayaan Sepadan diluluskan secara rasmi dalam parlimen, kerajaan telah menyalurkan dana kepada TARUC tiap-tiap tahun sehingga kini.

6. Setelah kerajaan PH menang PRU14, Guan Eng gaduh dengan TARUC kerana ianya berkaitan parti MCA.

Untuk tahun 2019, Guan Eng cuma luluskan peruntukan pembangunan RM5.5 juta bagi TARUC dan langsung tak beri apa-apa untuk peruntukan pengurusan.

7. Peruntukan TARUC menjadi salah satu isu PRK Tanjung Piai. Selepas PH kalah teruk dalam PRK Tanjung Piai, Guan Eng buat U-turn dan berjanji mahu menyalurkan peruntukan sekurang-kurangnya RM40 juta setiap tahun kepada TARUC.

Tapi Guan Eng tak mahu beri sumbangan itu terus kepada TARUC tetapi melalui persatuan almuni TAA yang pro-PH dengan 7,000 ahli sahaja sedangkan jumlah alumni TARUC sebanyak 300,000 orang.

8. Maka RM40 juta sudah disalurkan kepada TAA pada bulan Disember 2019 oleh Guan Eng.

"16 Dec 2019: Alumni TAR UC sahkan terima geran RM40 juta" https://www.malaysiakini.com/news/503795

9. Selepas kerajaan PH tumbang, persatuan Alumni setuju pulangkan baki dana sebanyak RM18 juta (dari RM40 juta) kepada Kementerian Kewangan.

10. Minggu lepas, kerajaan PN mengumumkan peruntukan RM58 juta kepada TAR UC.

Jumlah RM58 juta itu adalah dari RM18 juta yang dipulangkan (2019) dan peruntukan RM40 juta yang diumumkan oleh Guan Eng bagi tahun 2020.

(Jika PH masih memerintah, mereka juga akan salurkan RM40 juta lagi kepada persatuan alumni untuk tahun 2020 dan bukan terus kepada universiti berkenaan).

DIsalurkan terus kepada universiti berkenaan bukanlah masuk ke kantung parti MCA tetapi untuk pembiayaan universiti berkenaan. TARUC biarpun dikendalikan Yayasan MCA, bukan sebuah pusat propaganda politik tetapi sebuah institusi pembelajaran.

NOTA: Semasa saya PM, TARUC telah setuju bahawa jumlah peruntukan setiap tahun tidak akan melebihi RM60 juta kerana TARUC mampu mencari sumbangan sendiri setiap tahun dari pihak swasta - jauh lebih rendah banding bagi universiti-universiti awam lain yang biasanya sebanyak RM400 juta hingga mencecah RM1 bilion setahun.

Sumber: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157078415750952/

UPU application results for public higher education to be out on June 3


KUALA LUMPUR: The results of applications for admission to public tertiary education institutions by Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) school leavers will be announced on June 3, said the Higher Education Ministry.

In a statement today, the ministry said that 205,972 UPUOnline applications were received for admissions to public universities, teacher education institutes, matriculation colleges, polytechnics, community colleges and public skills training institutes for the 2020/2021 academic session.

Applicants can check through the UPUPocket 2.0 mobile application or via the links, http://jpt.umt.edu.my; http://jpt.ums.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.utm.my; and http://jpt.uum.edu.my. from noon on Wednesday.

The respective institutions will issue the offer letters to successful candidates and they are required to confirm their acceptance of offer within the stipulated period.

“All offers are final and no changes will be allowed,” read the statement here today.

The ministry added that those who fail to get a placement at public universities, teacher education institutes and matriculation colleges have five working days to submit an online appeal via UPUOnline Rayuan at http://upu.moe.gov.my from June 3 to June 10, from 12 pm to 5 pm.

“Meanwhile, those who fail to get a placement at premier polytechnics, conventional polytechnics, METrO polytechnics, community colleges and skills training institutions, can appeal directly to the respective agencies.

“The policy for approval of appeals is made based on the vacancies at the respective public institutions after the intake of new students,” said the ministry’s statement.

The Department of Higher Education, via its student admission management division, will be operating its hotline from June 3 to 10, from 8.30 am to 4 pm, to enable the applicants to check and to facilitate consultations.

Candidates can call 03-8870 8200 for assistance or send an email to upu@moe.gov.my or surf relevant social media sites namely Facebook at KEMASUKAN BPKP JPT, Twitter @TWT_UPU and Instagram @KEMASUKANBPKP. - BERNAMA

'BERSATU tidak terburu-buru lucutkan keahlian Tun M'



Oleh Ahmad Suhael Adnan
ahmad.suhael@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau tidak terburu-buru dalam isu terlucutnya keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Empat yang lain ialah Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Presiden BERSATU itu mengakui, menerima banyak desakan supaya tindakan diambil lebih awal terhadap mereka, namun beliau mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan sebarang tindakan selaras perlembagaan parti.

"Saya sendiri tidak mengambil tindakan terburu-buru, walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan terhadap mereka diambil lebih awal.

"Saya mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan apa sahaja tindakan yang dibuat mestilah berlandaskan perlembagaan parti.

"Tiada mana-mana individu yang mengatasi perlembagaan parti," tegasnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sambil meminta semua ahli BERSATU untuk bersabar dan bertenang, Muhyiddin menegaskan, kelima-lima pemimpin itu bukan dipecat, sebaliknya keahlian mereka terhenti serta-merta kerana melanggar perlembagaan parti.

Beliau juga mengakui dukacita dengan keputusan Dr Mahathir yang memilih untuk tidak sehaluan dengan hala tuju baharu BERSATU itu yang diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

"Tun (Dr Mahathir) bersama pengikutnya yang lain, memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), walaupun parti memutuskan sebaliknya.

"Jika itu pilihan Tun, saya ucapkan selamat maju jaya," katanya yang kini memangku jawatan Pengerusi BERSATU.

Muhyiddin mengajak ahli BERSATU untuk terus bersamanya bagi memperkukuh kerajaan yang ditubuhkan demi masa depan Malaysia yang lebih aman dan sejahtera.

Beliau yakin, BERSATU akan kekal teguh dan mampu untuk mengharungi kemelut ketika ini, seperti mana mereka menghadapi pelbagai cabaran sejak awal beliau menubuhkan parti itu.

"Kita menempuh banyak duri dan ranjau dalam perjuangan. Yang penting kita tidak berjuang demi mana-mana individu, tetapi demi agama, bangsa dan negara kita," katanya.

Kelmarin, keanggotaan Dr Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, Maszlee dan Amiruddin sebagai ahli BERSATU terlucut susulan tindakan mereka memilih berada di barisan pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu, selaras Fasal 10.2.2 dan Fasal 10.2.3 perlembagaan parti itu.

Bagaimanapun, kelima-lima pemimpin itu menolak pelucutan keahlian itu dengan mendakwa tindakan berkenaan bertentangan dengan undang-undang serta menafikan hak mereka untuk membela diri.

Kemelut itu turut membawa kekeliruan mengenai status Setiausaha Agung BERSATU, dengan Muhyiddin sebelum ini melantik Datuk Seri Hamzah Zainuddin memegang jawatan itu pada Mac lalu, namun Datuk Marzuki Yahya mendakwa beliau kekal sebagai Setiausaha Agung parti yang sah.

Dr Mahathir turut berkeras masih Pengerusi BERSATU, namun dalam sidang media di ibu pejabat parti itu semalam, Hamzah menjelaskan, peletakan jawatan Dr Mahathir daripada jawatan itu pada 24 Februari lalu adalah sah dan diperakui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Hamzah turut memaklumkan, kelima-lima pemimpin itu tidak perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin BERSATU memandangkan keahlian mereka sudah tergugur, seperti diakui Pengerusinya, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/05/694351/bersatu-tidak-terburu-buru-lucutkan-keahlian-tun-m

Isu Arak: SPPM rakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa



Suara Pengguna Prihatin Malaysia ( SPPM) ingin merakamkan ucapan takziah dan salam simpati kepada keluarga Allahyarham Irwan Herman bin Kamaruddin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 26 Mei 2020 yang lalu kerana keretanya bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu pemandu mabuk secara melawan arus baru - baru ini.
Allahyarham telah meninggalkan seorang balu dan dua cahaya mata tercinta.

2. SPPM mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesabaran kepada kepada ahli keluarganya dan didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta di tempatkan di kalangan insan yang beriman. Semoga tabah menempuh dugaan dengan penuh kesabaran dan redha atas ketentuan takdir ILLAHI.

3. SPPM memandang serius terhadap budaya ketagihan arak yang meragut nyawa rakyat yang tidak bersalah.Pengguna jalanraya akan menjadi mangsa dan ahli keluarga akan menjadi mangsa keganasan rumahtangga terutama kaum wanita dan kanak -kanak sekiranya suami yang ketua keluarga pulang ke rumah dalam keadaan mabuk .
Bukan sahaja pengguna jalan raya akan menjadi mangsa , malahan institusi kekeluargaan menjadi tidak aman dan ahli keluarga yang lain akan sentiasa hidup dalam keadaan ketakutan dan kebimbangan .

4. SPPM menyokong apa sahaja usaha pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini dan ingin mendesak pihak kerajaan agar dapat mencari jalan penyelesaian yang lebih baik dan memberikan hukuman yang setimpal bagi membendung kes yang sama agar tidak berulang kembali.

5. Kes kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk bukanlah suatu perkara yang baharu di Malaysia namun ia dipandang remeh oleh segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain yang bakal menjadi mangsa .Justeru penguatkuasaan undang -undang yang lebih ketat lagi sangat diperlukan bagi membendung gejala ketagihan arak ini dari berleluasa.

6.Antara langkah yang perlu difikirkan oleh kerajaan adalah larangan menjual arak secara terbuka di pasaraya atau kedai 24 jam bagi mengelakkan pengguna jalanraya yang membeli arak memandu dalam keadaan mabuk lantas membunuh mangsa lain yang tidak berdosa. Arak yang dijual dan dipamerkan di pasaraya dan premis perniagaan secara terbuka juga secara tidak langsung boleh mengundang remaja sekolah yang ada naluri ingin mencuba terdedah kepada budaya ketagihan arak yang melampau jika situasi ini tidak dibendung.

7. Selain daripada itu, pihak kerajaan disarankan agar pergiatkan kempen kesedaran dan pendidikan kepenggunaan tentang bahaya arak terhadap rakyat Malaysia sama ada di media elektronik dan media bercetak .Diharap beberapa langkah proaktif yang bakal diambil oleh pihak kerajaan dapat dilaksanakan dengan seberapa segera sebelum budaya ketagihan arak ini semakin membarah dalam masyarakat.Jangan biarkan 'nasi menjadi bubur' . Bertindak sebelum terlambat!.

Salam hormat:
Normala Sudirman
Presiden Suara Pengguna Prihatin Malaysia ( SPPM).
6 Syawal 1441H/29 Mei 2020.

Apa kata veteran PAS

oleh: Cikgu Pa

Apakah Kerajaan Akan Berubah Lagi?
Saya merasa terpanggil untuk membuat sadikit pencerahan mengenai situasi politik sekarang kerana terlalu banyak desas desus spekulasi dan dakwaan yg ditularkan ketengah masyarakat dehingga rakyat menjadi keliru. Pertanyaan2 saperti: Betul ke pembangkang sudah mempumyai majoriti dlm Parlimen berdasarkan SD terkini. SD ialah Statutory Declaration atau Sumpah Berkanun dan pembangkang sedang menunggu perkenan Agong untuk menyembahkan SD.

Pecerahan pertama

Berdasarkan suasana peraturan undang2 dan perlembagaan tidak mungkin akan berlaku perubahan kerajaan saperti yg berlaku baru2 ini. Apa yg berlaku baru2 ini adalah Agong telah menggunaka kuasanya yg diperuntukkan olih perlembagaan dan budi bicaranya melantik TSMY sebagai PM dalam keadaan negara tidak ada kerajaan setelah Tun Mahathir meletakkan jawatan. Sekarang kerajaan sudah wujud dgn dipimpin olih TSMY dan telah dibuktikan mempunyai majoriti dalam sidang Parlimen 18 mei yg lalu. Desas desus dan spekulasi yg berlaku sekarang adalah semata2 psy-war atau perang saraf yg dilakukan olih pihak yg berkepentingan.

Kedua

Petunjuk atau indikator paling awal tentang kedudukan kerajaan ialah sidang Parlimen bulan Julai yg akan dtg bila Parlimen bersidang setiap MP mesti menyatakan dgn jelas kpd urusetia Parlimen pendiriannya samada bersama kerajaan atau pembangkan. Susunan tempat duduk (seating arrangement) dalam Parlimen akan menunjokkan dgn jelas berapa ramai penyokong kerajaan dan berapa ramai pembangkang.Inilah petanda paling awal. Secara tegas sebelum sidang Parlimen bulan Julai tidak akan berlaku perubahan karajaan.

Apa yg boleh dilakukan olih pembangkang ialah mengusulkan undi tidak percaya kapada kerajaan di dalam Parlimen. Disinilah pertarungan sebenar dalam menentukan kedudukan kerajaan samada kerajaan yg ada ini akan kekal atau tidak. Tidak sebelum itu. Usul undi tidak percaya ini ada proses dan prosedurnya yg tersendiri dlm Parlimen.

Speaker mempunyai peranan penting disini samada menerima atau tidak usul ini untuk dibahaskan. Bila akan dibahaskan. Sekalipun diterima untuk dibahaskan ia tidak blh mendahului urusan kerajaan, maknanya urusan/ageda yg dibawa olih kerajaan mestilah diselesaikan lebih dulu dlm masa sidang dewan yg ditetapkan. Inilah senario yg ada di hadapan kita. Sekali lagi kita kena menunggu untuk melihat episod seterusnya. Semoga sedikit pencerahan yg diberi dpt membantu saudara semua memahami pergolakan politik negara. Salam hormat.

***Dato Cikgu Pa Ali ialah Veteran PAS

Role of faith leaders in addressing alcoholism


World Health Organisation reports in 2018 shows that the harmful use of alcohol has caused  3 million deaths every year worldwide.

Harmful use of alcohol also contribute to fatal road traffic crashes and impact to significant losses to social and economic to individuals, families and societies at large.

It is appalling to note that in 2019, Malaysia had the third highest fatality rate from road traffic accidents in Asia and ASEAN, behind Thailand and Vietnam. Based on data provided by the United Nations (UN) Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP), drunk driving accounted for approximately 25% of fatalities on Malaysian roads as of 2018.

Road accident is one of the most common alcohol-related harm that affect the livelihood of the victim and their family. This month alone (may 2020) Malaysians have been shocked by two separate fatal accidents caused by drunk drivers, one resulted in the death of a police officer and another of a driver who was killed by a vehicle driven by a drunk driver against incoming traffic. Similar past incidents shows that the drunk driver is unfettered, paid their fine and may serve some jail time, while the family of the victim suffer traumatic loss of the breadwinner, and children are left orphan.

The current penalty for driving under influences (DUI) under the Road Transport Act 1987 is jail sentence of up to 10 years and a fine of up to RM20,000. Under the PH government the proposed 20-year jail term and RM100,000 fine for DUI offenses still do not reflect the gravity of the offence. The new PN government is currently conducting a survey on the consumption of alcohol and a stricter enforcement of law for drunk driving offences.

Drunk driving is unacceptable in any parts of the world, more so that Malaysia has over 61% Muslims population. There are grave concern on the impact of fatal drunk driving incidents in causing distress and trauma on victims and families especially when the penalty to the offender appears meager and not compensating the family of the deceased. The penalty over the years have not been a deterrent factor based on recurring fatal drunk driving incidents. How can we put an end to the death toll caused by drunk drivers? Several approach includes stiffer penalties on offenders, compensation for the victim and family, greater enforcement on DUI suspects during off peak hours, limit access and availability as well as venue for consumption, as similarly enforced in many countries including Singapore, Australia and New Zealand.

In addition, various parties can play their role in addressing this issue. In particular, faith leaders can do their part via outreach in creating awareness and increasing conscience on the impact of alcoholism towards family and society. While alcoholic intake is forbidden in Islam, other religions such as Hinduism, Buddhism or Christianity have varied views on alcohol intake but a common view on the prohibition of intoxication. People who resort to alcoholism even by social drinkers, indicates underlying issues relate to social anxiety, depression, addiction and other lack of good spiritual health. Support from religious bodies, as well as support groups can save lives.


Writer:
Dr. Nor Azian Ab Rahman
Head of Public Communication
AMNA

PH hanya mahukan kuasa, nasib rakyat cuma ‘diratib’ bila tagih undi


BANGI, 6 Syawal 1441H, Jumaat – Seluruh Malaysia sedia maklum akan perkara sebenar yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti mana dimaklumkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baru-baru ini dalam titah baginda di Parlimen.

Bagaimanapun, perasaan dengki, ego dan dendam kesumat terus mendasari jiwa serta perasaan pemimpin PH yang rakus sehingga hilang segala pertimbangan dan rasa sabar.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya menegaskan, pakatan itu sedar bahawa semua ini adalah kesilapan yang akhirnya membuatkan mereka tersungkur.

Namun begitu, dakwanya, kegilaan mereka terhadap pangkat dan jawatan sudah mengaburi segalanya.

"Mungkin, inilah yang dikatakan sebagai bala daripada ketaksuban pada falsafah dan sistem demokrasi Barat yang hanya mementingkan 'nombor-nombor' dari segalanya.

"Apabila berjaya dipilih rakyat, maka wang pula menjadi keutamaan mereka. Bak kata orang, "ada wang, semuanya boleh jalan"," dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan terdapat laporan bahawa drama politik Malaysia akan menjadi semakin hangat dengan satu lagi 'kejadian besar' dikhabarkan akan berlaku pada Julai.

Sinchew Daily melaporkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berusaha untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), dan beliau hanya memerlukan tiga kerusi untuk mencapai hasrat itu.

Terdapat desas-desus mengenai kejayaan Dr Mahathir menambat hati tiga wakil rakyat yang diperlukan, malah tiga penyokong itu dikatakan berstatus menteri dan timbalan menteri.

Mengulas perkara itu, Haji Aminuddin mendakwa, tidak mustahil juga memang berlaku 'jual beli' Ahli-Ahli Parlimen kerana memang terdapat perkhabaran sebegitu dan itu kemungkinan paling besar yang bakal berlaku.

"Malah, apabila saya menyebut mengenai 'jual beli' Ahli Parlimen beberapa hari yang lalu, ada pemimpin parti politik yang menunjukkan perasaan tidak senang yang luar biasa dan cuba membuat siri-siri serangan peribadi terhadap saya terutamanya di Twitter, iaitu platform yang dikuasai oleh mereka.

"Namun, rakyat cerdik menilai kerana mereka sudah tidak mudah termakan dengan gelagat kebudak-budakan," katanya.

Haji Aminuddin yang juga Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata, jika 'muka-muka yang sama' ini terus menjadi pemain utama politik Malaysia, usahkan parti boleh musnah, tetapi agama dan bangsa pun akan dipijak-pijak sahaja.

"Apa mereka kisah hanyalah kuasa dan kekayaan masing-masing. Nasib rakyat hanya akan dijadikan ratib-ratib apabila mahu menagih undi sahaja.

"Tunggu sahaja saat kehancuran jika mereka ini terus dijulang-julang menjadi pemimpin kita, baik sebagai pemimpin kerajaan mahupun pemimpin di pihak pembangkang.

"Mereka tahu yang mereka akan sentiasa ada pentaksub setia yang akan bermati-matian berjuang mempertahankan mereka walaupun salah," katanya.

Justeru, beliau menyeru agar rakyat menyuarakan kekesalan masing-masing akan ketidakstabilan politik yang berlaku pada hari ini.

"Tolak ke tepi segala 'topi' dan 'warna' parti masing-masing pada ketika ini dan bersatu-padulah membangunkan negara kita yang sedang dilanda pelbagai krisis akibat wabak pandemik global yang dahsyat ini.

"Kita sabar sedikit sahaja lagi, sehingga Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) nanti. Selepas itu, bersainglah secara sihat bagi merebut kuasa pemerintahan," katanya.

Sumber: https://ismaweb.net/2020/05/29/ph-hanya-mahukan-kuasa-nasib-rakyat-cuma-diratib-bila-tagih-undi/

Belajar Jadi Wanita Solehah dari Isteri Buya Hamka


Oleh: Muhammad Pizaro

“Saya diminta berpidato, tapi sebenarnya ibu-ibu dan bapak-bapak sendiri memaklumi bahwa saya tak pandai pidato. Saya bukan tukang pidato seperti Buya Hamka. Pekerjaan saya adalah mengurus tukang pidato dari sejak memasakkan makanan hingga menjaga kesehatannya.”

Itulah kalimat singkat dari Siti Raham binti Endah saat didapuk memberikan pidato dalam kunjungan Buya Hamka ke Makassar. Tak disangka, ucapan dari wanita bersahaja itu mendapat sambutan besar dari ribuan hadirin. “Hidup Umi.. Hidup Umi!” pekik massa.

Buya Hamka pun meneteskan air mata. Tangis haru dari ulama besar itu mengiringi langkah kaki sang kekasih turun dari panggung. Betapa besar pengorbanan istri tercintanya dalam masa-masa perjuangan. Siti Raham adalah garansi dari ketawadhuan di balik nama besar Buya Hamka.

Kisah cinta mereka dimulai pada 5 April 1929. Kala itu, Siti Raham berusia 15 tahun. Sedangkan Buya Hamka berumur 21 tahun. Sejak itu, mereka sah menjadi pasangan suami istri.

Ya, di sebuah usia dimana para muda-mudi saat ini lebih sibuk memakan rayuan dan menenggak kemaksiatan.

Perjuangan Buya Hamka meminang Siti Raham patutlah ditiru. Tidaklah salah Allah menganugerahi manusia dengan kekuatan akal pikirannya. Buya Hamka kemudian menulis roman berbahasa Minang berjudul “Si Sabariyah”. Buku itu dicetak tiga kali. Dari honor buku itulah Buya membiayai pernikahannya.

Banyak suka dan duka mewarnai perjalanan Buya Hamka merajut rumah tangga. Ulama Muhammadiyah itu tidak salah memilih Siti Raham. Di saat ujian datang, wanita kelahiran 1914 ini tampil sebagai motivasi baginya. Tanpa mengeluh maupun gundah.

“Kami hidup dalam suasana miskin. Sembahyang saja terpaksa berganti-ganti, karena di rumah hanya ada sehelai kain,” tutur Hamka dalam buku biografi “Pribadi dan Martabat Buya Prof Dr. Hamka” karangan Rusydi Hamka.

Puncak kemiskinan dua sejoli ini terjadi ketika lahir anak ketiga, yaitu Rusydi Hamka. Dia dilahirkan di kamar asrama, Kulliyatul Mubalighin, Padang Panjang pada 1935.

Sedangkan anak pertama Buya Hamka, bernama Hisyam, meninggal dalam usia lima tahun. Besarnya beban ekonomi ditambah kerasnya penjajahan, membuat Hamka harus memutar otak untuk membiayai anak-anaknya.

Dalam kondisi kekurangan, pergilah Hamka ke Medan untuk bekerja di Majalah Pedoman Masyarakat sebagai jurnalis dan penulis. Nama penanya Hamka.

Selama di Medan, ia banyak menulis artikel di berbagai majalah dan sempat menjadi guru agama saat beberapa bulan di Tebing Tinggi. Ia juga mengirimkan tulisan-tulisannya untuk surat kabar Pembela Islam di Bandung dan Suara Muhammadiyah yang dipimpin Abdul Rozak Fachruddin di Yogyakarta.

Selain itu, ia juga bekerja sebagai koresponden di Harian Pelita Andalas dan menuliskan laporan-laporan perjalanan, terutama perjalanannya ke Mekkah pada tahun 1927. Dari situlah lahir Novel Hamka Di Bawah Lindungan Ka’bah. Di kota yang kini menjadi ibukota Sumatera Utara itu, Hamka tinggal selama sebelas tahun.

Menurut penuturan Rusydi Hamka, saat itulah dia menyaksikan dan mengalami kesulitan-kesulitan hidup kedua orangtuanya. Di balik tanggung jawab sang ayah, tak lupa kesetiaan Siti Raham senantiasa bersamanya. Wanita tegar itu senantiasa menjalankan amanah Buya Hamka untuk menjadi istri yang taat suami dan mendidik anak-anak di kala Buya tiada bersamanya.

Namun di tengah keterbatasannnya, Hamka sukses menulis buku Tasawuf Modern, sebagai karangan bersambung dalam majalah Pedoman Masyarakat. Sukses di majalah, atas permintaan pembaca Tasawuf Modern diterbitkan sebagai sebuah buku untuk pertama kali tahun 1939.

Penerbitan pertama buku Buya tersebut mendapatkan sambutan yang luar biasa dari masyarakat sehingga mengalami cetak ulang beberapa kali pada penerbit di Medan. Setelah Proklamasi Kemerdekaan, Tasawuf Modern kembali diterbitkan di Jakarta sekitar tahun 60-an.

Dengan kondisi pas-pasan, Buya Hamka mampu menahkodai rumah tangga dengan tujuh orang anak. Itu belum ditambah beberapa kemenakan yang ikut dibiayai Buya Hamka. Sebab dalam adat Minang, seorang Mamak punya tanggung jawab terhadap kemenakan dan saudara perempuannya.

Rusydi mengatakan Hamka adalah orang yang biasa-biasa saja. Berbeda dengan pria keturunan Minang yang pandai berdagang, Buya Hamka bukanlah orang yang mewarisi bakat berbisnis. Hamka juga bukanlah orang yang hidup dari gaji pemerintah.

“Ketika pindah ke Padang Panjang dalam suasana revolusi, ayah jelas tak punya sumber kehidupan tetap yang diharapkan setiap bulan,” terang Rusydi Hamka.

Saat memimpin Muhammadiyah di Sumatera Barat, Buya Hamka kerap keliling kampung untuk berdakwah. Perjalanan itu dilaluinya dengan Bendi maupun berjalan kaki. Kegiatan itu dilakukan selama berhari-hari tanpa pulang ke rumah.

Maka saat menemui istrinya di rumah, pertanyaan yang sering diutarakan Buya Hamka adalah: Apakah anak-anak (bisa) makan? Hingga Buya Hamka sengaja menepuk perut anak-anaknya untuk mengetahui apakah buah hatinya lapar atau kenyang.

Di sinilah, Siti Raham sukses menjalankan amanah sebagai Ibu. Agar anak-anaknya tidak kelaparan, Siti Raham rela menjual harta simpanannya. Beliau bukanlah wanita yang menjadikan perhiasan sebagai makhota. Karena makhota sejatinya adalah Buya Hamka dan keluarga.

Maka kalung, gelang emas, dan kain batik halus yang dibelinya di Medan terpaksa dijual di bawah harga demi membeli beras dan membayar uang sekolah anak-anak. Biarlah dirinya kesusahan, asal perut anak-anaknya tidak kelaparan dan tetap bisa melanjutkan pendidikan.

Kerap kali dirinya meneteskan air mata, ketika membuka almarinya untuk mengambil kain-kain simpanannya untuk dijual ke pasar. Tak tega melihat istrinya terus menguras hartanya, Buya Hamka sontak mengeluarkan beberapa helai kain Bugisnya untuk dijual. Namun sang istri mencegahnya.

“Kain Angku Haji jangan dijual, biar kain saya saja. Karena Angku Haji sering keluar rumah. Di luar jangan sampai Angku Haji keliharan sebagai orang miskin,” ujarnya.

Demikianlah dalam keadaan sederhana Siti Raham masih mempertimbangkan kehormatan suaminya. Apa saja dilakukannya agar Buya Hamka tidak terlihat lusuh di mata jama’ah dan masyarakat. Dari mulai memikirkan pakaian hingga membersihkan kopiah bila Buya Hamka hendak keluar. Karena cinta adalah kehormatan.

Maka melihat Buya Hamka menangis saat dirinya turun dari mimbar pidato di Makassar, sang istri hanya bisa tersenyum, “'Kan yang Umi pidatokan itu kenyataannya saja.

Media dakwa Tun M PM ke - 9, Anwar kecundang lagi....


KUALA LUMPUR – Drama politik Malaysia semakin hangat dengan satu lagi “kejadian besar” dikhabarkan akan berlaku pada Julai.

Sinchew Daily melaporkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang berusaha untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional, dan beliau hanya memerlukan tiga kerusi untuk mencapai hasrat itu.

Sudah ada desas-desus mengenai kejayaan Dr. Mahathir menambat hati tiga wakil rakyat yang diperlukan, malahan tiga penyokong itu dikatakan berstatus menteri dan timbalan menteri.

“Wakil rakyat ini tidak berpuas hati kerana Perikatan Nasional kekurangan hala tuju politik dan tidak menegaskan kerajaan yang bersih,” kata sumber.

Difahamkan, Dr. Mahathir sedang berbincang dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, termasuk mempertimbangkan Ketua Menteri Sabah tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya merampas semula kuasa pentadbiran negara.

“Setakat ini, Dr. Mahathir masih mahu menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri,” kata sumber lagi.

Menurutnya, sokongan terhadap Dr. Mahathir telah mencapai 112 yang diperlukan kerana selain 92 kerusi Pakatan Harapan, beliau turut mendapat sokongan lima penyokong daripada Bersatu, Warisan (sembilan), UPKO (satu), selain sokongan Ahli Parlimen Sri Aman dan Selangau di Sarawak serta tambahan tiga orang baharu.

Katanya, Dr. Mahathir pada masa yang sama juga berusaha menarik lebih banyak wakil rakyat untuk menyokongnya.

Walau bagaimanapun, Dr. Mahathir juga perlu mendapat sokongan Anwar termasuk perlu bertoleransi dalam hal tertentu.

“Dr. Mahathir tidak boleh menukar kerajaan tanpa sokongan Anwar,” katanya. – MalaysiaGazette

Sumber: https://malaysiagazette.com/2020/05/28/satu-lagi-kejadian-besar/

Ahli Syurga yangg tidak solat tahajud...tidak puasa sunat....tidak solat dhuha.... Bacalah kalau nak rahsianya....


Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba-tiba berkata:

"Sebentar lagi datang seorang pemuda ahli syurga."

Tak lama kemudian datang seorang pemuda yang muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tangan nya memegang sandal. Penampilan sangat sederhana. Tiada apa yang istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lagi Rasulullah saw kata:

"Sebentar lagi datang seorang pemuda ahli syurga."

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.

Salah seorang sahabat yang ada di situ ialah Muaz bin Jabal ra Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yang dikatakan ahli syurga.

Lalu dia mencari jalan utuk tidur di rumah lelaki itu dengan memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu ketika Muaz bangun bertahajjud, pemuda itu masih nyenyak tidur hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz bersolat sunat Dhuha. Tapi lelaki itu tidak.
Selain itu pada hari yg sama Muaz berpuasa sunat, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lagi solat dhuha. Apatah lagi berpuasa sunat."

"Tapi…"

"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yang baru ku pelajari:"

1. Aku sangat cuba tidak sakitkan hati sesiapa. Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yang tak ku kenal.

"Muaz berkata, subahanallah."

"Lagi...?"

2. Aku cuba elakkan diri ku dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua orang yang membuat salah kepada ku.

"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"

3. Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

Subhanallah...

Sahabat2 sekalian.

Jika kita rasa kita hebat dengan imej kita, kita silap.Jika kita rasa kita hebat dengan amalan kita pun silap.

Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagi lah jauh silapnya.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lagi hati ibu bapa.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tapi selalu marah maki hamun orang dan penuh dendam kesumat dalam dada. Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi sering bergaduh, kawan selalu salah, kita saja yang betul, sedara mara mula menjauhi kita, kita tak kesah..apatah lagi nak melawat dan berkunjung usah diharap....

Tazkirah ... (Utk diri sendiri šŸ˜”)
Semoga Ų§Ł„Ł„Ł‡ permudahkan segala urusan kita.
Aminnn..
© all rights reserved
made with by templateszoo