NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Turkmenistan dan Covid-19



Apa yang sedang berlaku di Turkmenistan berkenaan serangan virus ini dan berapa ramai yang telah menjadi mangsa wabak Covid-19 yang amat liar dan ganas ini?

Turkmenistan terletak di Asia Tengah berhampiran Laut Kaspia di mana sebahagian besar wilayah merupakan padang pasir, Karakum. Negara bekas jajahan Soviet ini bersempadan dengan Iran, Afghanistan, Uzbekistan Kazakhstan telah merdeka pada 1991.

Turkmenistan mempunyai sekitar 6.3 juta penduduk, di mana umat Islam membentuk 93%, manakala 6% Ortodoks Timur dan baki 1% tidak dapat dipastikan. Namun apa yang jelas, tiada penganut Yahudi, Protestan mahupun Katolik di Turkmenistan. Dari aspek ekonomi, negara ini memiliki simpanan gas asli keempat terbesar di dunia.

Dalam senario fenomena serangan wabak Covid-19, Turkmenistan adalah sebuah negara yang istimewa. Kenapa? Sebab Turkmenistan langsung tidak terkena serangan virus corona. Ramai yang menduga Turkmenistan sengaja menyembunyikan data dan jumlah kes sebenar namun hal ini diakui sendiri oleh Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdymukhamedov.

Di Ashgabat, menurut koordinator UN, Elena Panova, WHO telah pun membincangkan pelan tindakan dan langkah seterusnya. Pada sidang media di ibu pejabat UN itu, Menteri Luar, Rashid Meredov mengaku Turkmenistan tidak menyembunyikan segala sesuatu pun.

Agensi berita Reuters, BBC dan al-Jazeera melaporkan Turkmenistan sudah bekerjasama dengan WHO dan membuka sebuah pejabat UN di ibu kota Ashgabat untuk mengembangkan sistem kesihatan dengan skala antarabangsa. Menurut Menteri Kesihatan, Nurmuhammed Amannepesov, sejak Januari lalu negara itu telah pun menyiapkan 30,000 kit ujian virus corona dan memesan 40,000 lagi dari Rusia, Turki dan Jerman.

Turkmenistan memang berbeza dengan negara lain, ketika manusia di seluruh dunia terpasung di dalam rumah, sebaliknya rakyat Turkmenistan menjalani hidup seperti biasa. Sementara negara lain masih belum mengunci semua sempadan darat, Turkmenistan lebih awal berbuat demikian. Ketika seluruh dunia dipasung, Turkmenistan menganjurkan program berbasikal beramai-ramai sempena menyambut Hari Kesihatan Sedunia bulan lalu.

Sungguhpun demikian, menurut laporan Reuters, terdapat 151 orang sedang menjalani kuarantin yang terdiri daripada pemandu kontena jarak jauh dan anak kapal, yang baru kembali ke Turkmenistan kerana berisiko tinggi ketika berada di luar negara. Tiada lagi selain itu.

Yakin tidak mempunyai sebarang kes serangan virus corona, maka Turkmenistan telah memberikan kebebasan penuh kepada seluruh rakyatnya untuk berkumpul tanpa rasa ketakutan dijangkiti wabak. Bahkan Turkmenistan menyambung semula liga bola sepak kebangsaan yang pada tempoh hari sudah hampir sampai ke perlawanan akhir, tetapi terpaksa digantung akibat kerajaan melaksanakan pasungan di seluruh negara.

Di zaman teknologi maklumat dan media sosial ada di mana-mana ini, terlalu sukar untuk menyembunyikan berita serangan wabak yang sedang melanda di seluruh dunia. Wartawan antarabangsa akan sentiasa mencari bahan berita. Virus ini sangat bahaya dan boleh menular secara pantas dan meluas, malah ramai pula mangsa yang sudah mati.

Jika ada kes Covid-19 di Turkmenistan, sudah pasti rakyatnya takut untuk keluar dari rumah, apatah lagi berhimpun beramai-ramai, misalnya sambil menonton pertandingan bola sepak. Namun tampaknya Turkmenistan ini memang betul bebas dari serangan virus corona. Bagaimana Turkmenistan melakukannya?

Secara dasarnya, memang Turkmenistan ini nyata berbeza dengan kebanyakan negara lain. Jika mahu lihat sendiri bagaimana bersih dan cantiknya negara Turkmenistan ini, sila tonton video yang dilampirkan di bawah. Turkmenistan adalah negara yang mengamalkan syiar dan syariat Islam hampir sepenuhnya dalam setiap aspek kehidupan.

Mungkin atas sebab itulah sehingga ke hari ini, langsung tiada kes positif Covid-19 di Turkmenistan. Sesuailah dengan janji Allah SWT dalam al-Quran (7:96), jika penduduk negara itu beriman dan bertaqwa, sudah pasti Allah SWT akan melimpahkan barakah dari langit dan bumi kepada mereka.

Maksud dari penyataan ayat di atas adalah apa yang disebut beriman dan bertaqwa itu harus diterjemahkan secara jelas dalam semua aspek kehidupan. Sama ada dalam ibadah, sistem ekonomi, politik, keselamatan, peraturan mahupun larangan dalam semua aspek kehidupan. Itulah manifestasi iman dan taqwa.

Mana mungkin jika Allah telah memberikan jaminan barakah dari langit dan bumi kepada penduduk sesuatu negara yang beriman dan bertaqwa sepenuhnya, tiba-tiba kemudian mereka diancam dengan bala malapetaka dan wabak penyakit seperti ini. Tidak mungkin sama sekali kerana Allah SWT tidak akan pernah mungkir janji.

Memang kenyataan ini agak doktrinatif tetapi boleh dijelaskan secara ilmiah. Orang yang beriman dan bertaqwa sentiasa mencari makanan yang halalan toyiban, baik secara material mahupun prosedural. Begitulah nampaknya apa yang terjadi di Turkmenistan. Syiar Islam terus berkumandang secara berterusan dan di mana bacaan al-Quran sentiasa bergema di seluruh negara dan penduduknya begitu taat dengan ajaran Islam.

Ini mungkin berbeza dengan banyak negara Islam lain, di mana rakyatnya taat menjalankan syiar Islam tetapi sistem pemerintahan negaranya tidak seberapa. Sudah tentulah negara Islam lain perlu mencontohi dan mengambil sedikit pelajaran dari negara Turkmenistan. Inilah kenyataan di Turkmenistan.

Dari aspek ekonomi, Turkmenistan bergantung pada penghasilan minyak mentah dan gas asli. Harga minyak di Turkmenistan sangat murah dan nilai mata wang Manat lebih tinggi dari ringgit Malaysia. Inilah kenikmatan hidup yang melimpah ruah untuk rakyat Turkmenistan di Asia Tengah ini.

Turkmenistan pernah dikritik dunia berkenaan hak asasi manusia apabila menjatuhkan hukuman mati, tetapi sejak 2018, iaitu selepas kontroversi tersebut Turkmenistan dengan rasmi telah menghapuskan hukuman mati dalam undang-undang dasar negaranya.

Sememangnya Turkmenistan ini seperti suatu misteri yang harus diambil tahu. Melalui pernyataan aksiomatik bahawa apabila beriman dan bertaqwa, dari peribadi, masyarakat, pemerintahan atau sebuah entiti lalu diterjemahkan dalam segenap aspek kehidupan, maka Allah SWT akan memberi barakah dan rezeki dari langit dan bumi. Ayat ini berbentuk formulatif yang ada dalam al-Quran dan boleh diterapkan.

Kiranya, ini adalah pelajaran yang sangat penting untuk beriman dan bertaqwa sepenuhnya dengan tulus ikhlas dari hati nurani dan seterusnya menerapkan keimanan dan ketaqwaan itu dalam setiap aspek kehidupan. Nanti akan dapat dirasakan bagaimana keberkatan hidup itu akan terjadi dan akan datang rezeki dari langit dan bumi.

Fenomena ini telah berlaku terhadap Turkmenistan di mana ayat Q7:96 itu benar-benar berlaku. Itulah antara sebab mengapa di Turkmenistan langsung tiada kes serangan wabak Covid-19. Negara ini betuk-betul dilindungi Allah SWT daripada serangan ganas virus yang mematikan ini sedangkan seluruh dunia sedang bingung menyelesaikan masalah wabak ini.

https://www.youtube.com/watch?v=ycL_PyQzHlg
https://www.youtube.com/watch?v=k8RAYCWJmmA

Sumber: https://www.facebook.com/adzman.hedra/posts/3225031524174517

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo