NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramadhan kali ini cukup berbeza


Oleh : Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Telah agak lama saya tidak menulis. Hari ini, telah 3 hari kita uma Islam berpuasa di bulan Ramadhan 1441H. Saya mengambil kesempatan di sini, untuk mengucapkan “Selamat Berpuasa dan Menyambut Kedatangan Ramadhan” kepada semua umat Islam.

Sambutan pada Ramadtahun kali ini tentunya berbeza dengan sambutan ramadhan yang selama ini meriah dengan diserikan dengan pelbagai bazaar ramadhan.

Masjid dan surau pula menganjurkan pelbagai program berbuka puasa, sholat terawikh dan tazkirah bagi meraikan kedatangan bulan yang dfitunggu-tunggu umat Islam.

Ini merupakan pertama kali dalam sejarah, umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia menyambut Ramadan dalam era ‘new normal’ atau kebiasaan baharu dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengakui menyambut Ramadan tahun ini dengan cara kebiasaan baharu atau “new normal” pastinya agak sukar katanya dalam satu perutusan khas baru-baru ini.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, rakyat perlu sentiasa positif dan bersyukur meskipun agak sukar untuk membiasakan diri dengan kebiasaan baharu dalam menjalani ibadah puasa pada kali ini.

“Positif dan sentiasa bersyukur. Itulah tema bagi Madrasah Ramadan pada diri saya bagi tahun ini. Someone, somewhere, right now is fighting for his or her life. You still have yours, so be thankful and spend it in the obedience of ALLAH,” katanya.

Menurutnya, Beliau menjelaskan new normal yang dimaksudkan itu adalah tiada solat solat fardu berjemaah, solat Jumaat dan solat tarawih berjemaah di masjid dan surau bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan.

Beliau secara peribadi mahukan Ramadan yang terbaik untuk umat Islam di negara ini dan bersyukur kerana orang ramai memahami dan bersama-sama berjuang memutuskan rantaian wabak COVID-19.
Bazaar Ramadhan Online.

Ketiadaan Bazaar Ramadhan secara fizikal telah digantikan dengan kehadiran bazaar ramadhan secara maya atau online. Di sana-sini bazaar tamadhan maya begitu meriah sekali menggunakan apl;ikasi media sosial, sama ada facebook, whastapps, telegram, instagram dan sebagainya.

Kebanyakan pengusaha-pengusaha e-dagang menjadi begitu sibuk disebabkan ramai usahawan-usahawan yang berniaga secara bermusim dibulan Ramadhan mencari peluang untut turut berniaga pada bulan Ramadhan ini.

Apa yang diperhatikan setiap negeri ada pendekatan masing-masing dalam melaksakankan bazaar online ini. Malah ada kerajaan negeri seperti kerajaan Terengganu yang turut melancarkan pelbagai aplikasi e-dagang sehari sebelum Ramadhan.

Antara aplikasi e-dagang yang beroperasi di Terengganu adalah Ganushop, yang baru dilancarkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT), Ganufresh untuk memasarkan barang-barang dari pasar borong Terengganu, Manakala Payang.my pula merupakan bazaar Terengganu yang diusahakan oleh Top IT Industries, anak syarikat IT Kerajaan negeri. Sementara eruncit – barang-barang runcit dari Sabasun Hyperuncit dan berbagai lagi aplikasi edagang yang ada beroperasi.

Bagi yang menggunakan facebook umpamanya, hanya dengan menaip perkataan bazar Ramadan pada ruangan carian Facebook, tentunya pelbagai nama kumpulan akan tertera antaranya Bazar Ramadan Online (BRO) Ampang, Batang Kali, Shah Alam, Seremban, Ipoh, Taiping, Satok-Petrajaya, Semporna, Kuala Nerus, Dungun, Batu Pahat dan lain-lain kawasan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo