TEPAT. TELUS. TERKINI.

Rakyat terkandas di kampung boleh mohon pulang hari ini


Oleh Faris Fuad
[email protected]

KUALA LUMPUR: Rakyat yang terkandas di kampung halaman dan berhasrat untuk pulang ke kediaman masing-masing boleh membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia, bermula hari ini.

Permohonan itu akan dibuka sehingga 29 April ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata individu terbabit perlu memasukkan butiran peribadi seperti nama, nombor MyKad, alamat, nombor telefon dan alamat emel selepas memuat turun aplikasi terbabit.

"Pengguna juga perlu memberi kebenaran kepada aplikasi itu untuk mengakses sistem pengesanan lokasi (GPS) bagi mengesahkan lokasi semasa pemohon, seterusnya membolehkan pergerakan diluluskan.


"Aplikasi Gerak Malaysia dapat membantu polis mengenal pasti jumlah individu yang bakal terbabit dan menyediakan jadual perjalanan bagi kelancaran operasi.

"Sehubungan itu, pemohon perlu mengemas kini permohonan pada tarikh dibenarkan berlepas, supaya kod QR dapat dijana secara automatik," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Huzir berkata, pihaknya sudah menyusun jadual perjalanan bagi memudahkan pergerakan permohon, dari 1 hingga 3 Mei ini.

"1 Mei membabitkan perjalanan dari Perak, Johor dan Kelantan, 2 Mei (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang) dan 3 Mei (Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu).

"Perjalanan perlu dilakukan pada hari ditetapkan mengikut permit pergerakan diluluskan. Maklumat lanjut dan garis panduan lain akan diumumkan oleh polis pada 29 April ini," katanya.

Selain permohonan permit rentas negeri, Huzir berkata, terdapat tatacara untuk memproses beberapa permohonan permit lain menerusi aplikasi itu.

Katanya, ia termasuk kebenaran pembelian barangan keperluan dalam lingkungan 10 kilometer (km) dari kediaman, mendapatkan rawatan perubatan, hal kecemasan seperti kematian dan membaiki kerosakan kenderaan serta rumah.

"Bagaimanapun, hanya permohonan untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri sahaja akan diproses buat masa ini.

"Dengan permit pergerakan dijana melalui kod QR dalam aplikasi telefon pintar, orang ramai hanya perlu menunjukkan kod itu ketika melalui sekatan jalan raya untuk dimbas oleh pihak berkuasa," katanya.

Aplikasi itu boleh dimuat turut pengguna menerusi App Store bagi pengguna IOS dan Play Store bagi Android.

Bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar, permohonan boleh dibuat di balai polis berhampiran namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis.
Labels:
Reactions:

Post a comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget