NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat perlu terus berjuang perangi COVID-19 - PM Muhyiddin


PUTRAJAYA, 10 April -- Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak rakyat Malaysia agar bersama-sama terus memerangi penularan COVID-19 kerana wabak itu masih belum berakhir sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata, sekiranya rakyat berjaya mengharungi dugaan ini, penularan wabak itu dapat dikawal dengan izin Allah SWT.

“Saya ingin mengingatkan anda bahawa usaha memerangi COVID-19 belum berakhir. Perjuangan masih berlangsung. Setakat ini kita telah melakukannya dengan baik, jadi tingkatkan semangat anda dan teruslah berjuang. Jika kita gigih, InsyaAllah kita akan berjaya,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen.

--BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo