NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Persoalan keadilan dan Covid-19


Oleh : Dato Asad Awang
Ahli Majlis Fatwa Perak

1) Saya tersentuh dan dukacita melihat di media sosial remaja digari dan dilokap. Orang-orang tua yang solat di masjid
disaman dan direman. Pada pandangan saya mereka ini bukannya orang jahat atau penjenayah. Mereka ini adalah golongan yang mengambil ringan perkara berat. Mereka buat tak kisah dan tidak mempertimbangkan akibat perbuatan mereka, sedangkan mereka telah diperingatkan banyak kali melalui media, tv dan lain-lain.

2) Golongan ini tidak sedar perbuatan mereka memudaratkan orang lain dan Negara. Mereka pun bukannya banyak kaya dan mampu membayar denda, kompaun atau membayar yuran lawyer. Setelah mereka terhantuk baru mengadah, sedar dan menyesal. Yang solat di masjid itu bukannya ulamak atau orang berilmu tinggi. Sedangkan fatwa telah dikeluarkan ulama sedunia mengenai gugur kewajipan jumaat dan berjemaah di masjid. Jika tidak tertangkap pun pesalah di atas, kerja dan perbuatan mereka melanggar undang-undang pkp ini tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada diri sendiri, keluarga atau Negara.

3) Contohnya jika remaja itu berkumpul di rumah kosong tidak ada siapa yang untung bahkan mungkin dijangkiti covid-19. Jika orang tua solat juga di masjid dengan melanggar pkp tidak ada bonus pahala pun, bahkan mungkin merebakkan covid-19. Oleh itu kealpaan dan kelalaian mereka menyebabkan mereka patut di tahan, dipukul sahaja, didenda, atau dihukum sebagai pengajaran. Kaedah hukum Syarak yang sesuai digunakan bagi menjelaskan kes ini ialah:

Ų§Ł„Ł…ŲµŁ„Ų­Ų© Ų§Ł„Ų¹Ų§Ł…Ų© Ł…Ł‚ŲÆŁ…Ų© Ł…Ł† Ų§Ł„Ł…ŲµŁ„Ų­Ų© Ų§Ł„ŁŲ±ŲÆŁŠŲ©

“Maslahat umum hendaklah diutamakan daripada menjaga maslahat peribadi”

Maslahat umum di sini ialah kebajikan orang atau keselamatan Negara. Sedangkan maslahat peribadi ialah membebaskan remaja atau pahala yang nak dicari oleh yang solat di masjid semasa pkp.
ŲÆŁŲ¹ Ų§Ł„Ų¶Ų±Ų± Ų£ŁˆŁ„Ł‰ Ł…Ł† Ų¬Ł„ŲØ Ų§Ł„Ł…Ł†ŁŲ¹Ų©

“Menghindarkan kemudaratan diutamakan dari mengambil untung”

Menghindarkan Covid-19 lebih penting dari solat berjamaah di masjid atau berniaga terbuka yang mungkin menyebarkan penyakit atau membebaskan remaja. Oleh itu hukuman terpaksa juga di jalankan.

4) Adapun golongan yang melawan polis semasa diperiksa, memaki hamun polis, menunjukkan aksi mencabar pihak berkuasa. Golongan ini memang patutpun ke lokap atau penjara kerana tindakan mereka memudaratkan umum secara langsung.

5) Mengenai persoalan Timbalan Menteri, Exco, MB, MP atau Adun yang didakwa melanggar PKP pula. Saya bukan ahli politik atau tahu secara terperinci mengenai masalah mereka. Apa yang nyata ialah kes kesalahan mereka tidak sama dengan kesalahan kes remaja dan yang solat di masjid. Perbezaannya ialah:

a) Kerja golongan di atas ialah menjaga kebajikan rakyat, atau penduduk daerah masing-masing. Jika mereka juga perlu stay at home maka siapa yang nak membantu golongan susah. Tidak wajar mereka makan gaji buta semasa PKP. Mereka mesti melihat rakyat, pengundi dan masalah golongan marheen. Mereka mesti mengagihkan bantuan. Tidak timbul masalah dua darjat. Golongan yang mendesak mereka supaya juga stay at home itu ibarat menyuruh kelasi kapal dan nakhoda duduk dikerusi seperti penumpang.

b) Ahli politik yang sedang kita bincangkan ini bukan ditahan polis di jalanraya atau di masjid. Mereka tersilap langkah dan alpa semasa menjalankan tugas rasmi. Mereka ke balai polis kerana netizen tidak puas hati dengan vedio dan gambar yang tular mengenai pergerakan mereka spt makan. Niat mereka ialah menjalankan tugas membantu orang yang kesusahan. Sewaktu bertugas mereka di ajak makan. Wakil rakyat jika tidak penuhi undangan pengundi mungkin hubungan menjadi renggang. Di sinilah kealpaan mereka semasa PKP. Niat mereka ikhlas untuk menjeguk pelajar tahfiz. Kita tidak boleh mempertikaikan niat mereka kerana ia urusan mereka dengan Allah. Semua orang makan dan minum. Doktor, jururawat, polis dan sukarelawan lain juga makan dan minum. Mungkin juga berlaku persentuhan cuma tidak tular, tidak dipertikaikan kerana mereka bukan ahli politik yang punya banyak musuh.

c) YB. Menteri Agama Dr. Zulkifli al-Bakri juga di fitnah membuat mesyuarat dan perhimpunan sedangkan ia menerima kunjungan Dr. Rozaimi dan rakan-rakan. Wajarkah menteri agama menolak kunjungan kumpulan tersebut. Kesilapannya ialah sedikit kealpaan terhadap golongan yang sentiasa menunggu peluang mengaibkannya.

d) Menteri dan YB tentulah ramai pengiring. Tidak sesuai mereka berjalan berseorangan meninjau keadaan rakyat pada masa kini meskipun Umar al-Khattab boleh melakukannya waktu malam .

e) Kebanyakan ahli politik di atas, yang tersilap telah memohon maaf walaupun mereka telah diaibkan dengan kata nesta lucah yang tidak sepatutnya.

f) Tindakan ahli politik sepatutnya dilihat dan ditafsir dari aspek:
ŲŖŲµŲ±Ł Ų§Ł„Ų„Ł…Ų§Ł… Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ų±Ų¹ŁŠŲ© Ł…Ł†ŁˆŲ· ŲØŲ§Ł„Ł…ŲµŁ„Ų­Ų©

Tindakan seorang pemimpin terhadap rakyat adalah berkaitan dengan menjaga maslahat.

6) Oleh itu janganlah menyamakan kesalahan kes mereka dengan kes tangkapan terhadap kanak-kanak dan orang yang solat di masjid. Kerana keduanya kiasan yang berbeza. Tidak timbul masalah dua darjat atau prinsip keadilan. Janganlah mendesak atau mempersoalkan tindakan polis sebagai tidak adil. Mereka tahu dan bertanggungjawab terhadap tugas mereka.

7) Marilah kita berbaik sangka sesama Islam. Bersatu memerangi covid-19. Marilah kita merujuk dan menghayati firman Allah dalam surah al Hujurat ayat 11 & 12 semoga kita mendapat rahmatNya.
Pandangan di atas adalah pandangan peribadi saya dan tidak berkaitan dengan fatwa. Wassalam

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo