NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perang COVID-19: Bagaimana pengetahuan mengenai kewangan dapat membantu dalam norma baharu


Oleh Nurul Hanis Izmir

KUALA LUMPUR, 26 April -- Pada bulan ini, ramai rakyat Malaysia yang layak untuk mendapat Bantuan Prihatin Nasional daripada kerajaan mula menerima bantuan kewangan yang amat diperlukan itu, dan ramai juga yang menarik nafas lega berikutan penangguhan ke atas pembayaran pinjaman.

Beberapa inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), seperti program subsidi upah serta i-Lestari dan e-CAP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut membantu meringankan beban kewangan majikan dan pekerja.

Secara keseluruhannya, inisiatif ini boleh bermakna rakyat Malaysia dapat berjimat, dan, jika dana itu digunakan dengan bijak, mereka sebenarnya dapat memanfaatkan bantuan kewangan ini untuk menjadikannya sesuatu yang baik dan lebih bermakna untuk mereka dan keluarga mereka.

Bagaimanapun, ini memerlukan pengetahuan mengenai kewangan, sesuatu yang mereka perlu fikirkan untuk membantu mereka melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menghadapi cabaran selepas COVID-19 pada masa depan, terutamanya bagi mereka yang berisiko untuk kehilangan pekerjaan atau mendapat potongan gaji daripada majikan.

Menurut KWSP, sebanyak 71.4 peratus daripada ahli yang bekerja sendiri mempunyai simpanan kurang daripada satu bulan dalam akaun KWSP mereka, manakala 82.7 peratus daripada pekerja sektor swasta hanya menyimpan cukup untuk menyara diri mereka dalam tempoh kurang daripada dua bulan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo