NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penyampai berita RTM, Farit Ismeth Emir meninggal dunia


SHAH ALAM: Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir disahkan meninggal dunia pada Isnin di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Berita tersebut dimaklumkan oleh anaknya, Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

"Farid Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

"Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui," katanya.

Farid Ismeth Emir, 66, merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu memiliki tujuh orang cahaya mata.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo