NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Konsep Hopsital Waqaf Tamadun Islam


Salah satu sumbangan dunia Islam semasa Zaman Emas Islam adalah perkembangan dan kemajuan manusia dalam bidang perubatan dan pengenalan kepada konsep ‘waqf’.

Sebuah hospital telah dibina di dalam sebuah kompleks besar yang digelar sebagai Kompleks Qalawun menempatkan masjid, perpustakaan, kawasan makam dan paling penting, sebuah hospital, yang dikatakan paling moden dan mewah pernah dibina di dunia ketika kegemilangannya.

Kompleks ini beserta hospitalnya dibina atas titah perintah Sultan Mesir ketika itu iaitu Sultan Mansur Qalawun dalam tempoh 13 bulan sahaja.

Kompleks ini yang indah dengan senibina Mamluk kebanyakannya dibina menggunakan tenaga hamba perang Mongol yang ditawan dalam beberapa siri pertempuran menjelang kekalahan Mongol dalam Perang Ain Jalut yang berlangsung hanya pada 1260 selepas mereka menjarah Baghdad dua tahun sebelumnya.

Apa yang menarik, perhidmatan hospital ini adalah percuma dan dibiayai dengan dana wakaf yang telah dikumpulkan oleh Sultan Mansur sendiri dan dari semua dermawan ketika dinasti Qalawun memerintah Mesir di bawah Empayar Mamluk.

Dalam dokumen ‘Waqfiyah’ hospital ini ditulis;

Hospital ini akan merawat semua pesakit, lelaki dan wanita, sehingga mereka kembali sembuh sepenuhnya. 
Semua kos rawatan akan ditanggung hospital sama ada untuk mereka yang datang dari jauh atau dekat, sama ada penduduk tempatan atau orang asing, kuat atau lemah, hamba atau bangsawan, kaya atau miskin, bekerja atau menganggur, buta atau celik, kurang upaya anggota atau fikiran, pandai atau bodoh. 
Tidak akan ada keadaannya mereka ini semua perlu membayar, semuanya akan diterima dan tidak akan ada yang akan berbicara tentang bayaran. 
Semua perkhidmatan di sini adalah demi Allah Yang Maha Pemurah.

Terjemahan langsung dari ‘Waqfiyah’ Hospital Sultan Al-Nasir Qalawun, Kaherah ini bertarikh 1285.

Hospital di dalamnya mula beroperasi sehingga lebih 400 tahun sejak zaman anakanda Sultan Mansur iaitu Sultan Nasir Qalawun memerintah Mesir, dari zaman Empayar Mamluk sehingga lewat Empayar Uthmaniyyah sekitar 1910.

Hospital dengan konsep wakaf ini dibina dan dioperasikan dengan baik sedang Eropah dan dunia Kristian ketika itu masih bergelut dengan penularan wabak dan peperangan sesama mereka pasca keruntuhan Empayar Byzantium.

Eropah ketika itu memiliki masalah sosiobudaya, ekonomi dan penjagaan kesihatan yang teruk, masih mundur dalam aspek penjagaan kebersihan, kesihatan dan sanitasi awam kerana masih berada dalam Zaman Gelap yang hanya berakhir sekitar 1500.

Sumber: https://www.thepatriots.asia/konsep-hopsital-waqaf-tamadun-islam/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo