Kami dengar rintihan penoreh



Hari ini, Ahad 12.4.2020, saya turun padang bertemu penoreh dan peraih getah di Baling dan Sik untuk mendengar sendiri rintihan permasalahan mereka.

Saya telah memaklumkan pada mereka bahawa saya sedang menyemak kaedah tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi memudahkan lagi para penoreh membuat tuntutan agar mereka merasai nikmat harga getah cuplump pada kadar rm2.50 perkilogram.

Baling mempunyai seramai 15,137 penoreh manakala Sik seramai 11,077 penoreh dari keseluruhan 66,662 penoreh di Kedah.

Bilangan penoreh getah seluruh Malaysia ialah 457,564 orang yang rata-rata mereka adalah pekebun kecil miskin.

Saya juga sedar bahawa mereka hanya menoreh sekitar 6-7 bulan sahaja setahun.

Saya juga sedar, pendapatan bulanan mereka hanya sekitar RM300-RM800 sahaja sebulan. Malah ada yang lebih rendah daripada itu.

Saya memahami hakikat sebahagian besar mereka adalah penoreh berusia 50 tahun ke atas.

Insyallah menerusi Kementerian, saya bersama para pegawai akan berusaha merancang yang terbaik untuk membantu membangunkan ekonomi mereka untuk jangka masa panjang agar sekurang-kurangnya mereka mampu melunaskan keperluan harian mereka.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3239579522718722&id=569086473101387

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post