NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kajian Impak PKP Kepada Ekonomi dan Individu – Syahir Sulaiman





Laporan kajian khas yang dijalankan oleh Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) berkenaan impak pelaksanaan PKP dan wabak COVID-19 terhadap ekonomi amat wajar diberikan perhatian.

Dapatan kajian DOSM ini dapat membantu kerajaan mengkaji jumlah keperluan tunai yang diperlukan sepanjang PKP, seterusnya mengambil langkah untuk meringankan bebanan kewangan sekiranya tempoh PKP dilanjutkan, ataupun ketika ekonomi negara memasuki fasa pemulihan yang perlahan pasca-PKP.

Secara umumnya, kajian ini mendapati:

1. Sepanjang tempoh PKP, perbelanjaan isi rumah keseluruhan berkurang 55%, manakala perbelajaan penggunaan berkurang 48%.

2. Hanya 6% responden menyatakan kurang terkesan dari segi kewangan menghadapi tempoh PKP, manakala 53% responden sangat terkesan dalam tempoh ini.

3. Antara negeri yang sangat terkesan dalam menghadapi tempoh PKP adalah Sabah (67%), diikuti Kelantan (65%), Perlis (64%), Perak (62%), Terengganu (61%), dan Kedah (61%).

4. Kumpulan T20 menunjukkan penurunan perbelanjaan ketara (59%), diikuti kumpulan M40 (48%) dan B40 (41%).


5. Majoriti pekerja sendiri mempunyai simpanan kewangan kurang satu bulan (71%), manakala 77% majikan dan 82% pekerja swasta mempunyai simpanan kewangan hampir dua bulan.

6. Sejumlah RM128 bilion daripada Pakej PRIHATIN berjumlah RM250 bilion disalurkan kepada sektor isirumah untuk merangsang ekonomi dalam tempoh terdekat.

7. Perbelanjaan swasta dijangka berkurang 8% - 10% dalam tempoh Q1 2020, seterusnya memberikan kesan kepada pertumbuhan KDNK 2020 (unjuran BNM -2.0% hingga 0.5%).

Secara ringkasnya pelaksanaan PKP dan wabak COVID-19 telah menjejaskan ‘daya imuniti’ kewangan isirumah, peniaga dan majikan untuk terus bertahan dalam tempoh kritikal ini.

Justeru sokongan dalam bentuk ‘suntikan’ dan ‘bantuan pernafasan’ perlu disalurkan mengikut keperluan oleh pihak Kerajaan, Institusi Kewangan, Baitulmal dan NGO secara bersama dan saksama, bagi menjamin kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

#combatCovid19 #KitaAkanMenang

Syahir Sulaiman
Day#23 MCO-extended

Bacaan lanjut:

1. Laporan Survei Khas Kesan COVID-19 kepada Ekonomi dan Individu – Pusingan 1

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cone&menu_id=a0dyT2d5UmFMNEZJVTlmL0k5cFJNZz09

2. Laporan Kajian Impak PKP kepada Perbelanjaan Isi Rumah

https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/DOSM-BPHPP_1-2020_Siri-9.pdf

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo