NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu pekerja Malaysia: Singapura langgar perjanjian?



1. Ketika Malaysia umum mahu mengadakan PKP bermula 18 Mac 2020, Singapura bertindak mengkritik tindakan kita dengan mengatakan, 'Tindakan yang ekstrem', 'Kawalan ini tidak mampu bertahan lama', dan sebagainya.

2. Antara isu utama yang berbangkit ialah 300,000 pekerja Malaysia yang berulang-alik menyeberangi Singapura. Sebagai contoh, lihat tulisan Bilahari Kausikan, bekas Setiausaha Tetap Menteri Luar Singapura:

https://www.facebook.com/100007423144773/posts/2636549346602478

3. Singapura mahu rakyat Malaysia dibenarkan bekerja. Rundingan diadakan. Menteri Kanan (Pertahanan), Ismail Sabri berunding dengan menteri sejawat dari Singapura, Teo Chee Hean. Beberapa syarat dikenakan kepada Singapura, antaranya:

i- Menyediakan tempat tinggal sementara dengan kemudahan asas

ii - Insentif sehari SGD50

iii- Pekerja yang mahu masuk Malaysia mesti melalui saringan kesihatan yang ditanggung kerajaan Singapura.

https://theaseanpost.com/article/singapore-responds-movement-control-order

4. Didapati, bukan semua diberi tempat tinggal sementara. Pada 31 Mac 2020, Menteri Sumber Manusia Singapura, Josephine Teo umum program penempatan sementara kepada pekerja Malaysia tidak akan diteruskan.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/04/01/mco-malaysian-workers-look-for-alternatives-as-singapore-ceases-temporary-h/1852267

5. Kemudian, Singapura pula umum PKP di negaranya (dikenali sebagai circuit breaker - CB) bermula 7 April. Apa pula nasib pekerja Malaysia tadi?

6. Seperti dimaklum di atas (point 3), saringan kesihatan mesti dilakukan, dan perjanjiannya Singapura mesti mengadakan 'swab test' kepada pekerja Malaysia sebelum masuk ke negara ini.

"Dalam perjanjian itu bahawa sebelum pulang mesti buat saringan. Itu perjanjian awal dan keluar surat mereka selepas saringan atau negatif COVID-19," kata Menteri Pertahanan Malaysia, 6 April 2020.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/673648/covid-19-rakyat-malaysia-di-singapura-jangan-balik-dahulu

Baca lagi apa syarat yang telah dipersetujui bersama sebelum ini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/674564/covid-19-sop-singapura-dan-malaysia-berbeza

7. Jabatan Imigresen Johor juga telah menguatkuasakannya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pekerja-malaysia-di-singapura-dibenar-kembali-ke-johor-dengan-syarat-236831

8. Namun, di pihak Singapura, lain pula kenyataannya. Pada 9 April 2020, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata, tiada keperluan buat kerajaannya untuk mengadakan ujian saringan Covid-19 kepada pekerja Malaysia.

Menteri Kesihatan Singapura turut mengeluarkan kenyataan yang sama, tiada 'swab test' untuk pekerja asing (termasuk Malaysia) yang mahu keluar dari negara itu.

https://www.tnp.sg/news/world/no-swab-test-means-quarantine-malaysians-back-singapore

9. Apa masalah dengan Singapura? Mereka yang mula beria mahu bertanggungjawab atas pekerja Malaysia (sebab hanya peduli ekonomi sendiri), kemudian, kini mahu berlepas tangan? Hormatilah perjanjian 'gentleman' antara dua negara.

10. Dan tahukah anda, bekas Setiausaha Tetap Menteri Luar Singapura (seperti disebut dalam point 2) mendedahkan bahawa terdapat kes Covid-19 yang datang dari kluster asrama pekerja asing di Singapura?

https://www.facebook.com/100007423144773/posts/2657976081126471/?d=n

11. Bagaimanapun, dimaklumkan tiada pekerja kita tinggal di asrama pekerja asing

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/675390/covid-19-tiada-rakyat-malaysia-ditempatkan-di-asrama

Kerajaan kita juga mengambil langkah: bagi pekerja Malaysia di Singapura yang didapati negatif COVID-19, mereka dibenarkan pulang dan perlu melakukan kuarantin diri selama 14 hari di kediaman masing-masing dengan pemeriksaan berkala akan dijalankan oleh pasukan kesihatan.

12. Dan lagi, dalam hal isu besar Malaysia-Singapura ini, bekas Timbalan Menteri Agama Malaysia, Fuziah Salleh sibuk mencelah dengan usaha menabur fitnah - video lama di sempadan Johor-Singapura.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo