Ikramisasi ketika wabak Covid19 melanda?


oleh: Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Tatkala negara sibuk dengan pelbagai strategi untuk mengekang virus COVID19. Tiba-tiba viral pula isu Ikramisasi. Terpanggil saya untuk mengulasnya memandangkan virus ikramisasi ini tidak kurang bahayanya, pantas menyusup.

Nak putuskan virus COVID19, kena jarakkan diri, elakkan jangkitan. Tetapi virus ikramisasi ini lain sikit, makin jarak, makin bahaya, sebab susupannya masuk ke dalam.

Tidak ramai yang tahu ketika PH memerintah, proses ikramisasi begitu aktif berjalan, terutama institusi pendidikan, seperti kolej, universiti, dewan bahasa dan pustaka dan lain-lain.

Ketika PH memerintah, ramai orang politik dan akademik Ikram dibawa masuk dalam institusi-institusi ini. Aktiviti-aktiviti yang berkaitan pengikraman berlaku secara aktif, macam cepatnya COVID19 merebak.

Sebab itu, Tun M ketika menjadi PM, telah dapat menghidu gerakan ini dan segera bertindak ke atas mereka ini. Tun M telah mengambil tindakan yang tepat.

Ketika ultra kiasu Ikram ini berkuasa juga, ‘spy’ mereka diletakkan di sana sini, untuk mengintip sesiapa yang cuba mengganggu-gugat proses pengikraman itu. Sebab itu, semasa mereka memerintah, mereka tidak mesra perkhidmatan awam, kerana perkhidmatan awam didakwa masih bersekutu dengan UMNO. Mereka pasang ‘spy’ dalam perkhidmatan awam. Setelah tidak ada kuasa, baharulah nak tunjukkan mereka ini jaguh perkhidmatan awam.

Tidak cukup dengan itu, sehinggakan group laman sosial dipantau dengan teliti melalui ‘spy’ mereka. Saya masih tidak dapat lupakan perbuatan khianat rakan-rakan Ikram dalam grup whatApps kami, Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC). Saya boleh namakan mereka jika mahu.

Segala perkara yang kami dibincangkan dalam whatApps, hatta bahan-bahan yang menjadi gurauan pun akan disimpan dan snapshot untuk dihantar kepada pemimpin-pemimpin mereka yang mempunyai kuasa dalam sesuatu institusi itu.

Tujuannya tidak lain, supaya tindakan dikenakan terhadap kami yang tidak sefahaman dengan Ikram. Begitulah ‘celaka’ nya puak-puak ini.

Di hadapan khalayak, mereka mendakwa, mereka adalah NGO dakwah, menjadikan ukhuwah sebagai teras kegemilangan. Namun, hakikatnya ukhuwah itu entah ke mana. Hanya tempelan untuk mencari pengaruh. Begitulah bahaya proses ikramisasi.

Dahulu, ketika mula mencari dan mendapatkan pengaruh, mereka menyusup masuk ke dalam UMNO dan PAS, termasuk ABIM.

Namun, apabila sudah mendapat kekuatan, mereka bawa ahli-ahli usrah UMNO dan PAS keluar. Kini, setelah kuat, UMNO dan PAS semuanya buruk.

Mereka sanggup bersekongkol dengan ultra kiasu, bagi mendapat dan mengekalkan kuasa.

Mereka menjadi lebih teruk daripada UMNO dan PAS. Sebab itu, sukar untuk saya percaya kepada mereka yang terlibat dalam ikramisasi.

Saya lebih percayakan UMNO dan PAS, walaupun saya bukan ahli kepada parti politik ini. Kenapa saya berkata sedemikian?

Ketika UMNO memerintah, ramai orang-orang Ikram yang diraikan, menjawat jawatan-jawatan tinggi dalam akademik dan pentadbiran Universiti, saya boleh nama satu persatu. Malangnya, bila mereka memerintah, semua orang yang tidak sefahaman dengan Ikram dibuang dan ditukar satu per satu sehingga licin.

Mana ukhuwah teras kegemilangan yang menjadi laungan kamu? Semuanya palsu

Tidakkah perbuatan ini, perbuatan ‘celaka’. Saya minta maaf kerana terpaksa menggunakan bahasa kasar.

Saya telah dianiaya berkali-kali oleh orang-orang Ikram ini, hanya kerana tidak sefahaman.

Saya juga pernah dianiayai oleh segelintir pemimpin UMNO, tetapi saya masih boleh terima, tetapi bukan dengan orang Ikram ini, walaupun tidak semua.

Ikram mendakwa mereka adalah NGO dakwah. Hakikatnya tidak begitu. Sebab itu, kumpulan serpihannya ISMA, mengambil keputusan keluar daripada Ikram.

Strategi Ikram begitu licik, divide and rule, pecah dan perintah. Masuk dalam UMNO, PAS, ABIM lain-lain organisasi, pecahkan, kemudian perintahkan. Hebatkan?

Justeru, saya memohon, supaya proses pembersihan dilakukan ke atas proses pengikraman ini sebelum terlambat. Jika proses pengikraman boleh dilakukan dengan cepat ketika mereka memerintah, kenapa menunggu masa yang lama untuk pembersihan ini dilakukan.

Lantikan-lantikan Ikram ini mesti diputuskan seperti mana kita mahukan putuskan jangkitan COVID19, bagi memastikan ia tidak merebak. Alasannya, apabila virus ini sudah masuk, memang sukar untuk diputuskan kerana kerosakan yang dibawa sudah sampai ke akar umbi.

Saya tidak kata semua orang Ikram itu perlu dibersihkan. Tinggalkanlah mereka yang benar-benar sayangkan agama, bangsa dan negara, yang benar-benar terbuka dan mahu bekerja, bukannya yang berpolitik, penuh kepalsuan.

Satu lagi persoalan yang sering berligar adalah, apakah benar tuduhan Dr Ismadi dalam FBnya, Ikram mempunyai kaitan rapat dengan gerakan Freemasons?

Sepantas kilat, orang kuat Ikram menjawab, jika Ikram dikaitkan dengan Freemasons, mana mungkin Ikram membantu Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan?

Saya ingin jelaskan di sini bahawa salah faham khalayak adalah, Freemason merupakan gerakan yang anti Islam dan memperjuangkan Yahudi. Ia adalah tidak benar sama sekali.

Freemason juga berkembang luas di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Gerakan ini mengaburi mata dunia melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan Freemason ini jelas turut memperjuangkan kewujudan negara di bumi Palestin.

Sebab itu, bila ada orang cuba menafikan melalui hujah bahawa Ikram juga merupakan antara pertubuhan yang aktif di Malaysia dalam menyumbang kepada Palestin dan menentang penjajahan haram oleh Zionis Israel, itu tidak menghairankan saya, kerana ini adalah salah satu sifat Freemasons.

Sumber: https://www.facebook.com/797212753703143/posts/2853190484772016/

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post