NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dunia harus mengutuk kekejaman dan bertindak ke atas regim Israel.


Di saat seluruh dunia sedang bertungkus - lumus memerangi wabak pandemik Covid-19 dengan hampir 3 juta orang dijangkiti serta lebih 200,000 kematian, regim Israel telah melancarkan serangan ke atas Syria.

Di kala rakyat Syria sedang mengharungi Ramadhan dan bertarung memerangi wabak Covid-19 dalam keadaan serba kekurangan, regim Israel telah menghantar pesawat pejuang mereka mengebom bandar Al - Hujaira dan Al - Adliya berdekatan dengan Damascus.

3 penduduk awam terbunuh manakala ramai lagi cedera apabila bom yang dilancarkan pesawat pejuang regim Israel mengenai kawasan perumahan yang padat dengan orang awam.

Perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan regim Israel ini wajar dikutuk dan dikenakan tindakan undang - undang antarabangsa apatah lagi di saat ini umat Islam di Syria sedang mengharungi bulan Ramadhan dalam serba kekurangan.

Sikap tidak berperikemanusiaan dan kejam regim Israel ini yang acapkali sewenang - wenangnya membelakangi undang - undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB perlu dikenakan tindakan. Sudah sampai masanya dunia bertindak dan menghukum regim Israel.

Saat ini juga regim Israel sedang berkira - kira untuk mengambilalih kuasa di Tebing Barat secara keseluruhan untuk berada di bawah pemerintahannya. Jelas regim Israel langsung tidak memperdulikan kecaman mahupun rayuan antarabangsa supaya tidak melakukannya.

Seluruh Dunia Islam seharusnya bersatu mengutuk kekejaman regim Israel saat ini yang langsung tidak memperdulikan situasi genting dunia yang sedang memerangi wabak Covid-19 malah dunia harus mengutuk sekeras - kerasnya perbuatan kejam regim Israel.

Sama - samalah kita berdoa untuk kesejahteraan umat Islam di Palestin dan Syria yang sedang dizalimi atas tindakan tidak berperikemanusiaan dan kejam regim Israel. Semoga mereka diberi kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi saat getir ini.

***YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat merangkap ADUN Batu Buruk.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo