NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid-19 : Perlu Ada Ilmu Tentang Mimpi


Oleh:
Dr Mohd Khafidz Soroni
Ketua Kluster Hadis, Majlis Akademik ISLAMI

1. Ada dua kisah mimpi bertemu Nabi SAW berkaitan isu Covid-19.

Pertama, cerita Mufti Taqi ‘Uthmani daripada seorang ahli Jemaah Tabligh (dikatakan beliau ialah Maulana Ibrahim Dehla) tentang kelebihan bacaan tertentu.

Kedua, cerita Sheikh Eşref Efendi daripada seorang wanita solehah kerabat jauhnya di Shirnak, Turki tentang khasiat sumac (sejenis beri).

Namun, tulisan saya ini bukan bertujuan untuk mengesahkan kedua-duanya, tetapi untuk kita meneliti dan menyemak semula posisi dan sikap kita terhadap mimpi.

2. Mimpi merupakan suatu entiti yang selalunya bersifat ilusi (Ų§Ł„Ų­ُŁ„Ł…) dan imaginasi (Ų­ŲÆŁŠŲ« Ų§Ł„Ł†ŁŲ³), dan adakalanya bersifat simbolik, relatif dan juga realistik (Ų§Ł„Ų±Ų¤ŁŠŲ§ Ų§Ł„ŲµŲ§Ł„Ų­Ų© Ų£Łˆ Ų§Ł„Ų±Ų¤ŁŠŲ§ Ų§Ł„ŲµŲ§ŲÆŁ‚Ų©).

Ini turut bergantung kepada tahap takwa dan kerohanian setiap pemimpi kerana ianya tidak sama dan berbeza-beza.

Sabda Nabi SAW mengenai jenis-jenis mimpi :

Ų§Ł„Ų±ُّŲ¤ْŁŠَŲ§ Ų«Ł„Ų§Ų«، ŁَŲ§Ł„Ų±ُŲ¤ْŁŠَŲ§ Ų§Ł„ŲµَّŲ§Ł„ِŲ­َŲ©ِ ŲØُŲ“ْŲ±َŁ‰ Ł…Ł† Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆَŲ±ُŲ¤ْŁŠَŲ§ ŲŖَŲ­ْŲ²ِŁŠŁ†ٌ Ł…Ł† Ų§Ł„Ų“َّŁŠْŲ·َŲ§Ł†ِ ŁˆَŲ±ُŲ¤ْŁŠَŲ§ Ł…Ł…Ų§ ŁŠُŲ­َŲÆِّŲ«ُ Ų§Ł„ْŁ…َŲ±ْŲ”ُ Ł†َŁْŲ³َŁ‡ُ، ŁَŲ„ِŁ†ْ Ų±َŲ£َŁ‰ Ų£َŲ­َŲÆُŁƒُŁ…ْ Ł…Ų§ ŁŠَŁƒْŲ±َŁ‡ُ ŁَŁ„ْŁŠَŁ‚ُŁ…ْ ŁَŁ„ْŁŠُŲµَŁ„ِّ ŁˆŁ„Ų§ ŁŠُŲ­َŲÆِّŲ«ْ ŲØŁ‡Ų§ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³َ. (Ų£Ų®Ų±Ų¬Ł‡ Ł…Ų³Ł„Ł… ŁˆŲ£ŲØŁˆ ŲÆŲ§ŁˆŲÆ ŁˆŲ§Ł„ŲŖŲ±Ł…Ų°ŁŠ ŁˆŁ‚Ų§Ł„: Ų­Ų³Ł† ŲµŲ­ŁŠŲ­، ŁˆŲŗŁŠŲ±Ł‡Ł…) ŁˆŁŁŠ Ų±ŁˆŲ§ŁŠŲ©: ŁَŲ„ِŲ°Ų§ Ų±َŲ£َŁ‰ Ų£َŲ­َŲÆُŁƒُŁ…ْ Ų±ُŲ¤ْŁŠَŲ§ ŲŖُŲ¹ْŲ¬ِŲØُŁ‡ُ ŁَŁ„ْŁŠَŁ‚ُŲµَّŁ‡Ų§ Ų„ِŁ†ْ Ų“َŲ§Ų”َ، ŁˆَŲ„ِŁ†ْ Ų±َŲ£َŁ‰ Ų“َŁŠْŲ¦ًŲ§ ŁŠَŁƒْŲ±َŁ‡ُŁ‡ُ، ŁَŁ„َŲ§ ŁŠَŁ‚ُŲµَّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų£َŲ­َŲÆٍ، ŁˆَŁ„ْŁŠَŁ‚ُŁ…ْ ŁŠُŲµَŁ„ِّŁŠ. (Ų£Ų®Ų±Ų¬Ł‡ Ų£Ų­Ł…ŲÆ ŁˆŲ§ŲØŁ† Ł…Ų§Ų¬Ł‡ ŲØŲ³Ł†ŲÆ Ł‚ŁˆŁŠ)

Terjemahan :
“Mimpi ada tiga;

[i] Mimpi yang soleh merupakan khabar baik (ŲØŲ“Ų±Ł‰) daripada Allah.

[ii] Mimpi yg menggusarkan daripada syaitan dan,

[iii] Mimpi yang seseorang membisikkan kepada dirinya sendiri.

Maka, jika seseorang kamu melihat sesuatu yang dibenci, maka hendaklah ia bangkit dan menunaikan solat serta tidak menceritakannya kepada org lain.”
(Hadis riwayat Muslim dll).

Dalam tambahan riwayat lain :

“Maka, jika seseorang kamu melihat mimpi yang disukainya, maka dia boleh menceritakannya jika dia mahu. Dan jika dia melihat sesuatu yg dibenci pula, maka janganlah dia menceritakannya kepada sesiapa, dan hendaklah dia bangkit serta menunaikan solat.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibn Majah dengan sanad yang kuat)

3. Nabi SAW mengkhabarkan bahawa mimpi yang soleh ini ada nilainya tersendiri dan bukannya sekadar mainan tidur atau ilham daripada syaitan.

Daripada Abu Sa‘id Al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya :

Ų±ُŲ¤ْŁŠَŲ§ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِ Ų¬ُŲ²ْŲ”ٌ Ł…ِŁ†ْ Ų³ِŲŖَّŲ©ٍ ŁˆَŲ£َŲ±ْŲØَŲ¹ِŁŠŁ† Ų¬ُŲ²ْŲ”ًŲ§ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„Ł†ُّŲØُŁˆَّŲ©ِ. (Ų£Ų®Ų±Ų¬Ł‡ Ų§Ł„ŲØŲ®Ų§Ų±ŁŠ ŁˆŁ…Ų³Ł„Ł…)

Terjemahan :

“Mimpi seorang mukmin itu adalah satu juzuk daripada 46 juzuk kenabian”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Mimpi yang soleh ini ada pelbagai bentuk, antaranya ; ilham yang dicampakkan oleh Allah SWT ke dlm hati seseorang semasa tidur, satu simbolik yang dibawakan kepadanya oleh malaikat yang diwakilkan dengan mimpi, pertemuan roh si pemimpi dengan roh org yang telah meninggal dunia dari kalangan ahli keluarganya, kaum kerabatnya, para sahabatnya dan selain mereka, dan sebagainya.
(Lihat Al-Ruh oleh Ibn Al-Qayyim)

4. Oleh kerana mimpi sesuatu yang agak subjektif, maka sesetengah orang mudah menggunakannya untuk kepentingan tertentu.

Di satu pihak lain pula mudah menolak apa saja yg datang daripada mimpi tanpa mengambil kira jenis dan sifatnya.

Ada juga yang memakai kaedah ; asal semua cerita adalah bohong sehingga ia dapat dipastikan sahih.

Sedangkan kaedah yang lebih seimbang ialah asal semua cerita itu boleh jadi betul atau bohong, sehingga ia dapat dipastikan sama ada ianya sahih atau palsu.

5. Tanpa garis panduan yang jelas kita akan mudah diperdaya dengan dakwaan-dakwaan si pemimpi atau sebaliknya mendustakan apa jua yang berunsurkan mimpi.

Sedangkan kedua-duanya bukan daripada petunjuk syarak yang betul.

Cara yang tepat ialah kita perlu melihat diri siapa yang bermimpi.

Ini sama seperti bab penerimaan riwayat hadis juga, di mana kita perlu melihat siapa yang meriwayatkannya.

Jika seorang yang tidak adil, rosak akidah atau fasiq, bagaimana boleh diterima riwayatnya?

Atau cerita mimpi yang tidak diketahui sumbernya, maka kenapa perlu diterima?

6. Justeru, jika ada orang yang tidak diketahui, apatah lagi orang yang tidak adil, rosak akidah atau fasiq mendakwa bermimpi jumpa Nabi SAW, maka tidak perlu untuk kita percaya kerana kemungkinan ianya penipuan, tipu daya syaitan atau halusinasi adalah lebih kuat.

Adapun jika mimpi dari orang yang soleh, alim, thiqah dan amanah, maka sepatutnya tiada halangan untuk kita ambil sebagai pedoman.

Sabda Nabi SAW :

(ŁˆَŲ£َŲµْŲÆَŁ‚ُŁƒُŁ…ْ Ų±ُŲ¤ْŁŠَŲ§ Ų£َŲµْŲÆَŁ‚ُŁƒُŁ…ْ Ų­ŲÆŁŠŲ«Ų§ً)

Terjemahan :

“Org yg paling benar mimpinya adalah org yg paling benar bicaranya”
(Hadis riwayat Muslim dll).

Mimpi yang soleh merupakan mubasyyirat (khabar-khabar gembira) sepertimana sabda Nabi SAW :

«Ł„َŁ…ْ ŁŠَŲØْŁ‚َ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„Ł†ُّŲØُŁˆَّŲ©ِ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų§Ł„Ł…ُŲØَŲ“ِّŲ±َŲ§ŲŖُ» Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆŲ§: ŁˆَŁ…َŲ§ Ų§Ł„Ł…ُŲØَŲ“ِّŲ±َŲ§ŲŖُ؟ Ł‚َŲ§Ł„َ: «Ų§Ł„Ų±ُّŲ¤ْŁŠَŲ§ Ų§Ł„ŲµَّŲ§Ł„ِŲ­َŲ©ُ». (Ų±ŁˆŲ§Ł‡ Ų§Ł„ŲØŲ®Ų§Ų±ŁŠ) ŁˆŁŁŠ Ų±ŁˆŲ§ŁŠŲ© Ł„Ł…Ų³Ł„Ł… ŁˆŲŗŁŠŲ±Ł‡: «Ų„ِŁ†َّŁ‡ُ Ł„َŁ…ْ ŁŠَŲØْŁ‚َ Ł…ِŁ†ْ Ł…ُŲØَŲ“ِّŲ±َŲ§ŲŖِ Ų§Ł„Ł†ُّŲØُŁˆَّŲ©ِ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų§Ł„Ų±ُّŲ¤ْŁŠَŲ§ ŁŠَŲ±َŲ§Ł‡َŲ§ Ų§Ł„ْŲ¹َŲØْŲÆُ Ų§Ł„ŲµَّŲ§Ł„ِŲ­ُ Ų£َŁˆْ ŲŖُŲ±َŁ‰ Ł„َŁ‡ُ».

Terjemahan :

“Tiada lagi yang tinggal daripada kenabian itu melainkan hanyalah khabar-khabar gembira (Ų§Ł„Ł…ŲØŲ“Ų±Ų§ŲŖ)”.
Para sahabat bertanya : Apakah khabar-khabar gembira (Ų§Ł„Ł…ŲØŲ“Ų±Ų§ŲŖ) itu?
Jawab Baginda SAW : “Mimpi yang soleh.”
(Hadis riwayat al-Bukhari).

Dalam satu riwayat Muslim dll :

“Sesungguhnya tiada lagi yang tinggal daripada khabar-khabar gembira kenabian itu melainkan hanya mimpi yang dilihat oleh seorang hamba yang soleh atau diperlihatkan kepadanya”.

7. Walaupun tak semua mimpi perlu diceritakan, namun mimpi itu adalah amanah bagi orang yang menceritakannya kerana orang lain tiada alat untuk mentahkik dan memastikan kebenarannya.

Justeru itu, kredibiliti pencerita amat mustahak diteliti dan dinilai. Kemudian dilihat adakah mimpinya selari dengan syara' ataupun tidak, perlu ditakwil ataupun tidak. Namun, walau bagaimanapun, tahap mimpi seorang muslim itu, ia tetap mimpi yang tidak dapat menjadi dalil dan hujah syara' kecuali mimpi para Nabi dan Rasul AS.

8. Jelasnya, mimpi boleh berfungsi sebagai satu medium fantasi ataupun medium rabbani. Malah, adakalanya bersifat misteri dan di luar jangkauan akal kita. Seperti misalnya orang Non-Muslim yang memeluk Islam kerana mimpi yang dilihatnya atau orang kafir yang menerima petanda tertentu melalui mimpinya sebelum ia benar-benar terjadi.

Kisah-kisah mimpi yang diceritakan dalam Surah Yusuf sangat wajar dan patut untuk dijadikan iktibar.

9. Ringkasnya, kita perlu ada ilmu tentang mimpi supaya tidak mudah mempercayai apa saja yang didakwa orang lain atau menolak secara membabi buta apa saja yang disandarkan kepada mimpi.

Maka, bersikap rasionallah.
Apabila kita membaca hadis ini :

(Ł„َŲ§ ŲŖَŁ‚ُŁˆŁ…ُ Ų§Ł„Ų³َّŲ§Ų¹َŲ©ُ Ų­َŲŖَّŁ‰ ŲŖَŲøْŁ‡َŲ±َ Ų§Ł„ْŁِŲŖَŁ†ُ ŁˆَŁŠَŁƒْŲ«ُŲ±َ Ų§Ł„ْŁƒَŲ°ِŲØُ)

Terjemahan :
“Kiamat tidak akan bangkit sehingga tersebarnya fitnah dan berleluasanya pendustaan.”
(Hadis riwayat Ahmad dengan sanad Sahih).

Maka janganlah lupa untuk kita membaca juga hadis ini :

(Ų„ِŲ°َŲ§ Ų§Ł‚ْŲŖَŲ±َŲØَ Ų§Ł„Ų²َّŁ…َŲ§Ł† Ł„َŁ…ْ ŲŖَŁƒَŲÆْ ŲŖَŁƒْŲ°ِŲØُ Ų±ُŲ¤ْŁŠَŲ§ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِ)

Terjemahan :
“Apabila zaman makin dekat (kepada kiamat), hampir mimpi orang mukmin itu tidak berbohong.”
(Hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim)

10. Mempelajari sifat-sifat Baginda Nabi SAW, seperti yang disusun oleh Imam Al-Tirmizi di dalam kitab Al-Syama’il Al-Muhammadiyyah adalah suatu perkara yang cukup penting agar kita dapat menjadikannya sebagai asas pengukur kepada mana-mana dakwaan pendakwa.

Kerana mimpi bertemu dengan Nabi SAW itu memang boleh berlaku. Sepertimana sabda Baginda SAW :

«Ł…َŁ†ْ Ų±َŲ¢Ł†ِŁŠ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŁ…َŁ†َŲ§Ł…ِ ŁَŁ‚َŲÆْ Ų±َŲ¢Ł†ِŁŠ، ŁَŲ„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ų“َّŁŠْŲ·َŲ§Ł†َ Ł„َŲ§ ŁŠَŲŖَŁ…َŲ«َّŁ„ُ ŲØِŁŠ» (Ų±ŁˆŲ§Ł‡ Ų§Ł„ŲØŲ®Ų§Ų±ŁŠ ŁˆŁ…Ų³Ł„Ł…).

Terjemahan :
“Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sememangnya dia melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupaku. ”
(Hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Bagaimanapun, saya menegaskan sekali lagi bahawa tulisan ini bukan bertujuan untuk mengesahkan kedua-dua mimpi yang disebutkan ataupun menjadikannya sebagai hujah atau dalil, tetapi supaya kita sentiasa mengambil sikap berhati-hati dalam membuat penelitian dan penilaian agar tidak cepat mendustakan orang benar ataupun membenarkan orang yang dusta.

Wallahu a‘lam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=517335005632103&id=173690323329908

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo