PUTRAJAYA, 24 Syaaban 1441H, Sabtu – Perkhidmatan pemasangan dan penyediaan Internet di kawasan kediaman sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah dibenarkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, sebelum pemasangan dilakukan di rumah pelanggan, syarikat penyediaan perkhidmatan itu perlu memaklumkan kepada polis sewaktu melalui sekatan jalan raya.
"Keperluan Internet dan sebagainya merupakan keperluan asas hari ini. Ia juga sama dengan elektrik yang tiba-tiba putus. Kita selama ini membenarkan perkara ini beroperasi.
"Contohnya melibatkan Telekom, kita benarkan kerana ia tiada isu dan ia melibatkan keperluan harian rakyat di negara ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP, di sini, hari ini. – Bernama
Bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang P Ramasamy berkata, PN perlu meluaskan daya tarikannya melangkaui pengundi Melayu. PETALING JAY...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment