NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aku Dan Rohingya


Pada tahun 2017, berlaku pembersihan etnik dan pembunuhan besar-besar umat Islam Rohingya oleh junta tentera Myanmar di mana tidak kurang dari 730,000 orang telah lari, hilang atau dibunuh dengan kejam.

Wanita tak kira usia baik kanak-kanak mahupun yang berpangkat nenek telah dirogol beramai-ramai depan ayah, suami dan adik beradik mereka sendiri. Tentera juga masuk ke dalam rumah dan membakar hidup-hidup siapa yang melintas di depan mata.

Ini menyebabkan ratusan ribu orang Rohingya lari ke sempadan Bangladesh. Berjalan kaki berminggu-minggu melalui hutan tebal, berhimpit beratus orang dalam sampan kecil untuk mencari perlindungan. Bila sampai ke sempadan, ramai yang dah mati akibat kebuluran, lemas, penyakit dan keletihan yang melampau.

Kerajaan Bangladesh akhirnya terpaksa membuat penempatan buat 'manusia tanpa negara' ini di khemah-khemah usang dan daif antaranya di Kutupalong, Coxs Bazaar sehingga jumlah mereka mencecah 630,000 orang- sekaligus muncul sebagai khemah pelarian terbesar di dunia!

Aku bersama-sama beberapa orang sahabat seperti Hafesz Firdaus, Izzat Hassan dan Djohn Shahrin kemudiannya terbang ke Bangladesh untuk membuat liputan, menghantar sumbangan sekaligus melihat dengan mata kepala sendiri tragedi kemanusiaan paling dahsyat abad ini.

Bila sampai ke sana, ternyata apa yang berlaku LEBIH TERUK dari yang digambarkan dunia!

Hampir seminggu kami melihat ribuan orang beratur berjam-jam hanya untuk merasa sedikit makanan, beribu wanita mengandung yang suami entah di mana, ribuan gadis trauma kerana dara mereka direnggut secara paksa, ribuan bayi dan kanak-kanak kehilangan ibu bapa.

Keadaan semakin sengsara bila cuaca terik membahang dan hujan bersilih ganti di Kutupalong itu. Sebelah siang mereka terpaksa berhimpit-himpit dalam khemah dengan keadaan panas, malam pula menggigil kesejukan ditimpa hujan dan ribut menggila.

Namun mereka lebih rela begitu daripada diseksa tanpa noktah di kampung mereka di wilayah Rakhine, Myanmar itu.



Etnik Rohingya dan derita itu sinonim. Mereka tidak ada negara. Tiada negara yang mahu mengaku mereka adalah rakyatnya.

Beratus tahun mereka hidup dalam kedaifan. Mereka tidak ada pelajaran. Mereka tidak diajar apa itu peradaban. Hidup mereka hanyalah untuk mendapat sedikit perlindungan dan sedikit makanan sebelum dijemput Tuhan.

Itu cerita di Kutupalong.

Di Malaysia warga Rohingya dianggarkan berjumlah 150,000 orang. Sekarang dah mula dengar ada yang minta macam-macam daripada kerajaan.

Mungkin mereka yang TAK SEDAR DIRI ITU dah lupa bagaimana hinanya mereka dulu sewaktu bangsa mereka diseksa dan dibunuh.

Mereka lupa kalau bukan dengan budi baik rakyat dengan ini, nasib mereka mungkin lebih teruk lagi.

Cuma aku harap dalam pada kita marah dengan sikap sorang dua mereka yang tak tahu dek untung itu, janganlah kita hukum kesemuanya sama.

Ingatlah, Tuhan menguji kita sebenarnya. Tuhan menguji sejauh kita betul-betul berpegang ayat 10 Surah Al-Hujarat: “ Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat”.

Orang Rohingya itu saudara seagama dengan kita, kalau bukan kita sendiri yang boleh meringankan derita mereka, siapa lagi?

Kita boleh marah, kita boleh minta kerajaan buat apa saja pada orang Rohingya ini tetapi jangan sampai membenci. Jangan lupa selain Rohingya, ada ramai lagi warga asing yang ada di negara kita yang tinggal secara haram.

Masih ramai warga Afrika datang sini dan tak balik-balik. Warga China yang kononnya datang melancong tetapi terus menetap di sini juga masih bersepah.

Sekurang-kurangnya sejahat-jahat, sekotor-kotor dan sehina-hina orang Rohingya, tak ramai yang melibatkan diri dalam jenayah berbanding warga Afrika dan China yang tak habis-habis dengan perbuatan menipu, scammer, dadah, black money etc.

Maaf, aku TIDAK MENYOKONG perbuatan warga Rohingya yang tak sedar diri minta yang bukan-bukan itu, tetapi pada masa yang sama aku juga tidak menyokong sikap benci melampau-lampau kita pada mereka.

Kita boleh minta kerajaan usir orang Rohingya ini, tetapi jangan lupa, selain mereka, ada banyak lagi warga asing di negara ini yang lebih teruk perangai dan kebiadapannya.

Kalau betul sungguh-sungguh nak halau, halaulah semua!

Sumber: https://www.facebook.com/syahrilkadir/posts/10158211998178050

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo