5G & 5Geopolitik: Dunia Memerlukan Teknologi 5g Bagi Melancarkan Pendidikan Berasaskan Online


oleh:Dr. Muhammad Atiullah bin Othman

Kalau diimbas kembali serangan kejam Donald Trump terhadap syarikat telekomunikasi China “Huawei”, ia sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan. Asas seranganpun berdasar kepada andaian bahawa gelombang 5G akan menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan manusia.

Padahal, syarikat-syarikat telekomunikasi dunia yang besar seperti Apple, Samsung dan Motorola turut berlumba mencapai teknologi 5G ini. Huawei bukan berkeseorangan dalam usaha ini. Hanya Huawei adalah syarikat telekomunikasi pertama yang menyatakan syarikatnya sudah bersedia melancarkan telifon berasaskan 5G. Begitu juga negara China sudah bersedia mengubah rangkaian di seluruh negara dari 4G kepada 5G.

Mengapa 5G penting? Frekuensi bagi 5G merupakan frekuansi paling laju iaitu mampu menghantar data 1 hingga 2gegabyte persaat. Ini bermakna, bagi video berdurasi 1 gegabyte dapat dimuat turun selama sesaat sahaja. Kelajuannya memang superb. Ini bermakna, segala aktiviti online adalah sangat licin (smooth) tanpa halangan. Malah, gangguan muat turun (buffer) sudah tiada lagi.

Teknologi sebegini sangat penting apabila Perintah Kawalan Pergerakan, Spartial Lockdown, Lockdown dan Daruruat dilaksanakan. Ketika dunia menghadapi wabak Covid19, seluruh dunia diarahkan berkurung di rumah. Manusia seluruhnya terperok di rumah melayari internet. Malah, sumber internet merupakan keperluan mendesak waktu ini.

Terutamanya pendidikan dari peringkat rendah ke peringkat tinggi beralih kepada pendidikan berasaskan internet. Pengajaran online mula menjadi tumpuan utama pendidikan. Anak-anak kecil sehingga mahasiswa institusi pengajian tinggi sudah merancang dan sebahagiannya telah melaksanakan pendidikan online. Dalam situasi ini, sudah tentu 5G tersangat-sangat diperlukan.

Lebih-lebih lagi, para pengajar sedang tercari-cari pengkuliahan yang dapat melibatkan kelas yang boleh mencapai bilangan 50 orang secara audio dan virtual. Ini bagaikan menggunakan telifon video seramai 50 kali ganda sekaligus. Hal ini dapat tercapai dengan baik jikalau 5G dilaksanakan.

Saya merasakan bukan sahaja saya tercari-cari pengajaran bersemuka 50 pelajar secara online. Para pengajar seluruh dunia turut berhajat pengajaran sedemikian menjadi mungkin tanpa gangguan buffer. Malah, jikalau aktiviti para pelajar yang berjalan secara online dapat ditunjukkan melalui video yang turut boleh diperhatikan oleh para pelajar, ibu bapa dan pemerhati yang lain.

Justeru, tindak-tanduk Donald Trump yang menghalang China dan Huawei mencapai 5G sangat dirasakan kerugian yang besar bagi masyarakat dunia. Gara-gara perang dingin teknologi 5G, masyarakat dunia ditahan dari menikmati teknologi 5G. Mungkin inilah yang disebut para pengalisis, kecaman dan serangan terhadap Huawei bukan kerana kesalaahannya tetapi kerana 5Geopolitik yang sedang dimainkan oleh negara-negara kuasa besar.


https://www.facebook.com/500125093497353/posts/1581764052000113/

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post