TEPAT. TELUS. TERKINI.

5 Solusi Malaysia dalam menangani kemelut Rohingya



Secara politik dan diplomasi : Malaysia sudah melaksanakan semua langkah-langkah berkaitan berhubung kemelut ini secara saluran politik dan diplomasi yang sah mengikut undang-undang antarabangsa.

Pertama : Malaysia mengemukakan cadangan kepada ASEAN mengenai penubuhan sebuah kumpulan pakar bebas atau kumpulan tokoh terkemuka dalam menentukan sejauhmana tahap krisis di Wilayah Rakhine (Arakan) dengan bertujuan membantu ASEAN merumuskan penyelesaian jangka panjang dan berkekalan kepada situasi di Wilayah Rakhine sekali gus mengembalikan kepercayaan kepada pelarian Rohingya untuk kembali ke tempat asal mereka. [Solusi tahun 2015 dan 2016][1]

Reaksi terhadap solusi pertama ini : Myanmar mengancam untuk tidak hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN 2015 yang dipengerusikan oleh Thailand. Namun akhirnya hadir dengan hanya menghantar perwakilan dengan membawa penegasan, tidak mengiktiraf 1 juta etnik Rohingya yang berada di perbatasn Myanmar-Bangladesh dan beranggapan mereka adalah sebahagian daripada rakyat Bangladesh. [2]

Kedua : Malaysia telah mendesak negara-negara Islam yang bernaung dibawah OIC supaya menghulurkan bantuan kepada pelarian Rohingya yang ditindas, perkara ini dinyatakan oleh Anifah Aman di Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2017. [3]

Reaksi solusi kedua : Malaysia mengambil langkah menganjurkan Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC di Kuala Lumpur pada tahun 2017 bagi membincangkan secara serius kemelut pelarian Rohingya. Namun tidak dapat mencapai kesepakatan dikalangan negara anggota apabila hanya sedikit sahaja yang berperanan dalam membantu Malaysia menangani krisis ini antaranya Turkey, Arab Saudi, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia. Tindakan berpeluk tubuh OIC juga dikecam oleh sebilangan besar media antarabangsa seperti Al Jazeera.[4]

Ketiga : Malaysia menuntut janji Aung San Suu Kyi untuk menangani punca sebenar yang memberi kesan kepada penduduk tempatan Rohingya, iaitu pemberian kewarganegaraan dan status, dan menyediakan bantuan kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal sejak 2012, dalam meredakan ketegangan dan menggalakan penyelesaian yang realistik serta berkekalan.[5]

Reaksi kepada solusi ketiga : Pihak yang pro kepada Aung San Suu Kyi mendakwa Suu Kyi tidak mempunyai akses yang luas dalam entiti pertahanan negara itu sebaliknya beliau menyatakan krisis Rohingya ini tidak lagi boleh dipertahankan. Sikap Suu Kyi ini jelas menunjukkan beliau berlepas tangan dalam menangani krisis ini malah beliau juga dibidas oleh Malaysia dalam sidang Kemuncak ASEAN pada tahun 2018 di Singapura.[6]

Keempat : Kementerian Luar Malaysia telah memanggil Duta Myanmar ke Malaysia, Sein Oo untuk menyatakan rasa tidak puas hati mengenai keganasan terkini di wilayah Rakhine negara itu. Secara tegasnya, Malaysia sudah lagi tidak menaruh keyakinan terhadap kemampuan ASEAN dalam menanganis krisis ini.[7]

Reaksi kepada solusi keempat : Myanmar berkeras untuk mendesak agar Malaysia tidak mencampuri urusan dalam negara itu.[8]

Kelima : Mendesak supaya akses misi kemanusiaan dibenarkan oleh Kerajaan Junta Myanmar bagi membolehkan misi bantuan yang diberikan Malaysia adalah sumbangan RM10 juta untuk usaha kemanusiaan dan projek pemulihan sosial di Rakhine, dan misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' pada Februari tahun 2017.[9]

Reaksi kepada solusi kelima : Myanmar menghentikan serangan ke atas penduduk Rohingya selama 4 bulan.

Kesimpulannya : Malaysia sebenarnya sudah memainkan peranan sebagai negara ahli dalam ASEAN dan Asean Intergovermental Commission on Human Right
dalam mendesak pelbagai pihak agar agresif dalam mencari penyelesaian jangka panjang pelarian Rohingya agar tidak membebankan negara-negara lain khasnya Malaysia yang sudah menampung hampir 200,000 pengungsi Rohingya. Selepas ini diharapkan tidak ada lagi tohmahan sesetengah pihak membuat tuduhan bahawa Malaysia berlepas diri dalam mencari solusi Rohingya ini. Sewajarnya kita harus menuding jari kepada Sosok Aktivitis yang menerima Anugerah Nobel Keamanan Dunia, Aung Sang Suu Kyi yang berjanji untuk menyelesaikan isu ini. Namun, kelihatannya janji Suu Kyi diibaratkan menanam tebu dibibir.

Nor Azizuddin Abdul Manan
Penyelidk Ph.D
Di salah sebuah universiti awam tempatan.

Rujukan :

[1] Anifah Aman (Dis 19, 2016), Isu Rohingya: Malaysia kemuka cadangan penting kepada Myanmar, Astro Awani. Lihat juga Rohmatin Bonasir (Apr 25, 2015), Malaysia minta Myanmar atasi pengungsi Rohingya, BBC Indonesia.

[2] Joe Cochrane (Mei 21, 2015), In Reversal, Myanmar Agrees to Attend Meeting on Migrant Crisis, NY Times.

[3] Luqman Arif Abdul Karim (Sep 23, 2017). Malaysia desak anggota OIC bantu Rohingya, Berita Harian.

[4] Abdullah Al-Ahsan (Feb 18, 2017). The Rohingya crisis and the role of the OIC, Al Jazeera.

[5] ibid, Anifah Aman (2016).

[6] Mahathir Mohamad (Nov 13, 2018). Aung San Suu Kyi stance on Rohingya 'indefensible'. Frontier Myanmar.

[7] Hata Wahari (Sep 6, 2017). Malaysia: ASEAN Tidak Mampu Selesai Isu Rohingya. Portal Berita Benar.

[8] Ye Mon (16 Dis, 2016). Myanmar tells Malaysia not to interfere in internal issues. Myanmar Times.

[9] ___(Mac 16, 2017). Malaysia terus sumbang usaha tangani derita Rohingya. Berita Harian.

Sumber: https://www.facebook.com/norazizuddin/posts/2864055233680524
Reactions:

Post a comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget