NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M hadir perjumpaan pemimpin Bersatu



PUTRAJAYA, 6 Rejab 1441H, Ahad –
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri perjumpaan bersama Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di Putrajaya.

Dr Mahathir tiba di sini pada pukul 4.48 petang dengan memandu sendiri kereta Audi (WVB 55).
Kehadiran beliau disambut dengan laungan "Hidup Tun" oleh lebih 20 penyokong.

Terdahulu turut kelihatan tiba di YKP ialah Ketua Armada Syed Saddiq Abd Rahman, Datuk Abdul Kadir Jasin dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.-Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo