NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Seruan Berpuasa Hari Khamis Dan Munajat Tolak Wabak Covid-19



1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menegaskan bahawa situasi negara selarang ini dalam keadaan yang begitu serius dan semua rakyat perlunya memastikan tindakan mereka patuh kepada arahan semasa dari pihak Kerajaan Persekutuan dan informasi Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memutuskan rantaian jangkitan kesan penularan wabak COVID-19.

2. Di samping itu, DUPP juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bertugas khususnya mereka yang berada di barisan hadapan dalam isu ini sama ada dari sudut rawatan dan perubatan serta pihak kawalan dan keselamatan. Segala keringat, penat lelah dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat pahala besar dan ganjaran jihad di sisi Allah SWT.

3. Justeru, umat Islam khususnya ahli PAS diseru untuk menjadikan hari Khamis ini sebagai munajat kepada Allah SWT untuk memohon nusrah dari-Nya agar dilenyapkan wabak ini. Bermula dengan puasa sunat hari Khamis kemudian disusuli dengan solat Hajat dan bacaan Surah Yaasin selepas solat maghrib didirikan secara berjemaah di kediaman masing-masing.

Huzaifah meriwayatkan bahawa :

ŁƒَŲ§Ł†َ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠُّ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ų„ِŲ°َŲ§ Ų­َŲ²َŲØَŁ‡ُ Ų£َŁ…ْŲ±ٌ، ŲµَŁ„َّŁ‰

Maksudnya :
"Adalah Nabi SAW jika terdapat urusan yang sukar, Baginda SAW akan solat." - riwayat Abu Daud

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo