NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menteri Agama: Aktiviti agama di masjid dan surau ditangguh hingga 14 April 2020


PELANJUTAN TEMPOH PENANGGUHAN SEMUA AKTIVITI MASJID DAN SURAU

1. Menjunjung titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah agar rakyat jelata mendirikan solat di rumah atau tempat masing-masing, saya menyeru seluruh umat Islam untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong. Hal ini amat penting bagi memutuskan rantaian wabak berkenaan di seluruh Negara, dengan izin Allah SWT.

2. YAB Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020. Ini berdasarkan perkembangan semasa peningkatan kes-kes positif COVID-19. Melihat kepada perkara ini, saya dengan rendah hati mencadangkan agar penangguhan aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah perlu untuk dilanjutkan sehingga berakhirnya tempoh PKP.

3. Ini adalah selaras dengan Resolusi Dalam Talian Ahli-Ahli Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 20 Mac 2020 yang telah bersetuju untuk mengambil ketetapan seperti berikut:

a. Penangguhan semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah sebelum ini, adalah dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020 atau mengikut apa-apa ketetapan yang diputuskan oleh Kerajaan Malaysia dari masa ke semasa.

4. Bagi perkara (2), saya menyerahkan pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa agama Islam di setiap Negeri. Saya juga mengharapkan semua umat Islam dapat mematuhi arahan ini dengan menunaikan solat Zohor pada hari Jumaat dan juga solat fardhu di rumah atau di tempat masing-masing.

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
25 MAC 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo