NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Maksud 'Perbicaraan Pemimpin Umno Perkara Kecil Sahaja Jika Dibanding Dengan Isu Ekonomi, Perpaduan'


Maksud "bukan isu besar" adalah, ada isu lain yang lebih besar daripada isu pemimpin UMNO yang didakwa. Tidak bermaksud pendakwaan ke atas mereka digugur. Pendakwaan tetap akan berjalan. Bahkan DS Najib sendiri meminta jangan digugurkan walau satu pun pertuduhan ke atas diri beliau, biar beliau melawan sendiri di mahkamah untuk memberishkan namanya.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Berita yang memetik kata-kata Presiden PAS dalam sidang media bahawa "sesi perbicaraan beberapa pemimpin UMNO bukan isu besar" menjadi isu yang diperkatakan oleh penulis dan cybertruper PH. Bukan apa, cuma nak timbulkan persepsi bahawa PAS akan sokong usaha "melepaskan penyamun" daripada pertuduhan di mahkamah.

2) "Bukan isu besar" tidaklah bermaksud "melepaskan penyamun", ataupun "berusaha membuang kes" ke atas pemimpin UMNO yang telah dihadapkan pertuduhan di mahkamah. Budak UPSR pun boleh faham. Sengaja mahacai PH membuat tafsiran melencong. Sembang sesama sendiri rasa syok lah. Apabila rakyat umum baca, rakyat nampak ... apa laa hangpa ni noob sangat.

3) Maksud "bukan isu besar" adalah, ada isu lain yang lebih besar daripada isu pemimpin UMNO yang didakwa. Tidak bermaksud pendakwaan ke atas mereka digugur. Pendakwaan tetap akan berjalan. Bahkan DS Najib sendiri meminta jangan digugurkan walau satu pun pertuduhan ke atas diri beliau, biar beliau melawan sendiri di mahkamah untuk memberishkan namanya.

4) Koman sangatlah kerajaan kalau pulun berpuluh tahun nak pegang kuasa pemerintahan, hanya semata-mata fokus nak dakwa pemimpin UMNO. Koman sangat boh. Tapi itu lah yang PH buat kan? Sampai tak tahu priority. Terlalu fokus korek kesalahan pemimpin UMNO selama 22 bulan, sebab itulah rakyat nampak kerajaan PH tak perform.

5) Jadi, kerajaan yang lebih baru daripada Malaysia Baru PH pasti tidak mahu ulangi kesilapan PH ini. Lebih baik fokus isu lain yang lebih besar seperti ekonomi dan perpaduan rakyat terlebih dahulu. Tidak akan tergugur pun kes pemimpin UMNO walaupun fokus kepada ekonomi.

6) Berapa ramai rakyat dan pelabur yang mahu lihat kerancakan ekonomi negara berbanding bilangan rakyat yang nak tengok pemimpin UMNO masuk penjara? Rakyat marhaen lebih tertekan dengan ekonomi. Dapat berita pemimpin UMNO yang korup dah kena tangkap pun dah cukup dah bagi diorang. Yang diorang lebih perlukan adalah ekonomi, dan keharmonian hidup bermasyarakat.

7) Jangan tanya penyokong dan mahacai PH. Memang fokus mereka nak tengok Najib masuk jail. Rakyat nak merana, biar dulu. Lepas Najib kena jail baru fokus beralih kepada kehendak rakyat. Kecil sangat fokus mereka itu, dari pimpinan sampai ke mahacai kasta rendah, semuanya tak ada visi besar selain nak tengok Najib masuk penjara.

Sekian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo