NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedah: Sokongan PH terhadap Mukhriz sementara


ALOR SETAR: Sokongan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU dan Pakatan Harapan (PH) terhadap Dato’ Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar negeri itu diyakini tidak mampu bertahan lama.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Mohammad Sanusi Mohd Nor berkata, di peringkat pusat mereka bergaduh, sebaliknya di negeri mereka mahu bersepakat.

Katanya biarpun masih sepakat namun situasinya tidak sejernih dahulu.

“Walau bagaimanapun segala keputusan dan tindakan PAS Kedah bergantung kepada PAS Pusat,” ujar beliau ditemui pemberita pada Kanival Muafakat Nasional di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

Semalam Mukhriz dilapor mengumumkan Kedah kekal di bawah pentadbiran PH apabila beliau mendapat sokongan kesemua ADUN BERSATU dan PH seperti dimaklum kepada istana.- HARAKAHDAILY 28/2/2020


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo