NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jenazah mangsa COVID-19 selamat dikebumi



JOHOR BAHRU: Jenazah mangsa wabak COVID-19 yang meninggal di Hospital Sultanah Aminah (HSA) tengah hari Selasa selamat dikebumikan kira kira pukul 9 malam tadi di tanah perkuburan Islam di Johor Bahru.

Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu tiba di tanah perkuburan pukul 8.15 malam pada Selasa.

Hasil tinjauan mendapati kira kira 10 petugas dipercayai kakitangan hospital dilihat lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika urusan jenazah dilakukan.

Isteri dan anak allahyarham tidak dibenarkan terlibat dalam pengurusan pengebumian itu kerana masih lagi dikuarantin di Hospital Permai, di sini.


Pengamal media yang hadir juga tidak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan dan diminta menjarakkan diri pada kedudukan 50 meter.

Allahyarham merupakan pesakit ke-178 di Malaysia daripada kluster jangkitan perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

Dia mula mengalami gejala demam pada 5 Mac lalu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Permai pada 12 Mac lalu.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jenazah-mangsa-covid-19-selamat-dikebumi-234097

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo