COVID-19: Angka kematian di Itali meningkat mendadak


ANGKA kematian akibat penularan wabak COVID-19 di Itali kini meningkat kepada 366 orang.

Ia susulan 133 kematian yang direkodkan dalam masa satu hari pada Ahad.

Agensi Perlindungan Awam Itali turut mengumumkan kadar jangkitan positif COVID-19 meningkat 25 peratus kepada 7,375 kes, daripada 5,883 sebelumnya.

Peningkatan itu dicatat ketika jutaan rakyat Itali masih cuba menyesuaikan diri dengan pendekatan radikal yang dilaksanakan kerajaan bagi mengawal penularan wabak berkenaan.

Sehingga kini, lebih 16 juta penduduk di Lombardy dan 14 wilayah memerlukan kebenaran khas untuk keluar.

Langkah ini dilaksanakan di bawah peraturan kuarantin baru.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte turut mengumumkan penutupan sekolah, gimnasium, muzium dan lokasi tumpuan umum lain.

Larangan tersebut akan berkuatkuasa sehingga 3 April.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget