TEPAT. TELUS. TERKINI.

March 2020
‘Ain Jalut #1MDB #BAJET2018 #BMF #COVIDー19 #H355 #HPU914 #HPWU913 #KLSummit2019 #PenyatuanUmmah #PRU14 #ROHINGYA #RUU164 #RUU355 1 lawan 1 13 Mei 1969 1MEDIA 1MediaTV 2020 3penjuru 5g 65 tahun 9 Zulhijjah 90 Juta A Kumaresan Abdul Rahman Malik ABIM Advertorial Advertorial Fastaqim 2.0 AES Affordable Housing Afghanistan AG AGAMA AIR AKTA 164 Akta Hasutan Akta Profesion Guaman Syarie Al-Quran Alam Sekitar Alang Ibn Shukrimun Algeria Aljazeera amalmedia Amanat Haji Hadi Amanat Kit Siang Amerika ANALISA Anwar Ibrahim Ar- Rahnu Arak ARC ARTIKEL ASB ASEAN Assabiqun AWAS Ayam Import Azwan-Azmin Bahasa BAITUL MAQDIS Bajet 2019 Bajet 2019 Terengganu Bajet2020 Baju Kebangsaan Bandar Tun Razak Banjir Bank Negara Bantah Hina Islam Bauksit Bayan Linnas Belanjawan 2019 Belanjawan 2020 bencana BERITA BERITA UMUM BERJASA BERNAMA Bersatu BIASISWA Big Data Bin Abdullah BN BOMBA BPMS BPN BR1M Brazil BRIM Bukit Kukus BUKU Calon Johor Calon Kelantan Calon Perlis Calon Selangor Calon SeMalaysia Calon Wilayah Persekutuan Cameron Highlands CAP Cars CCM Cikgu Azizan CIMB City COMANGO Coronavirus COVID-19 CPTPP Cuaca Cuba Cuepacs Cukai DAP Data Raya Dato' Iskandar A. Samad Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Datuk Ahmad Faris Abdul Halim Dawn Raid DBP Debat Piala Tun Razak DESAK Dewan Rakyat Dhia Hani DHPP DIESEL DITC DLP Dong Zong Dr Awang Azman Awang Pawi Dr Faris Marwan Dr Khairuddin Aman Razali Dr Mohd Zuhdi Marzuki Dr Muhammad Fathi Yusof Dr Riduan Mohamad Nor Dr Tanaka Mustafa Dr. Amini Amir Abdullah Dr. Fathi Yusof Dr. Kamarul Yusoff dunia DUNIA ISLAM e-sukan e-tunai Ebit Liew ECRL Editorial 1Media EKNOMI EKONOMI Elaun Kritikal ENGLISH Entertainment Etnik Chin Evangelis Faraid Fashion FELCRA Felda FGV Fikri Allaudin Fintech FOMCA Food Flotila for Arakan Mynammar(FFAM) Foods Forum Naratif Malaysia Baharu G25 G77 Gagasan OKU Muqarabun Gagasan Sejahtera GALERI Gallery GAMIS gaza GENERASI Geng Ustaz GERAKAN Gerakan Pengundi Sedar Geran Khas Prihatin (GKP) Getah GKP Global GMMF Golan Gombak GPMS GPS Grab Graphic Design GST H405 hadi awang Hari Arafah Hari Raya Harun Taib Herman Samsudeen HFMD HIDS Hijau.FM Himpunan 812 Himpunan Hari Wanita Himpunan Kebangkitan Ummah Hina Nabi HINDRAF Homoseksualiti HSR Hudud Hukum Syariah Ibrah Al-Kahfi ICAPP ICC ICCPR ICERD ICR IG iGuru Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah 2017 Ijtimak Kelantan 2017 Ijtimak Perpaduan Ummah 2017 Ijtimak Siber IKATAN IKSIM IMAMS India INDONESIA INFLUENZA INFO Inkues Adib insiden International Conference on Marawi (ICM) IPG IPTA IR 4.0 IRC IRI Islam Islamofobia ISMA Isra' dan Mikraj Israel Israk Dan Mikraj ISU Jabatan Amal JAKIM Jamal Khashoggi Jamal Khashoqqi Jawatan Kosong Jawi Jeddah World Fest Jeddah World Festival jenayah Jerebu JITP Johor Kabinet KAHWIN Kalam Perantau Kampung Baru kanada karya Kashmir Kedah Kelantan Kelapa Sawit kembara Kempen Beli Produk Muslim Kerajaan baru kerajaan pintu belakang Kerajaan Teknokrat kesihatan KESIHATAN DAN GAYA HIDUP Kewarganegaraan Khat Khazanah Khazanah Nasional Khutbah Jumaat KIRIMAN kiriman pembaca KL Summit 2019 KLIA komentar Komik BRI komunis Konferens Gender konflik Kongres Jawi Kebangsaan Kongres Maruah Melayu Kongres Muafakat NGO Terengganu Kongres Rakyat konspirasi Kontrak Sosial Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional Koperasi Korban Koronavirus KPM KPN KSN Kuala Lumpur KuHaraki Kuil Sri Mariamman USJ 25 KUIZM KWSP Langkah Kajang Laut China Selatan LEBAI Lee Chai Kee LEMBARAN SEJARAH LGBT Liberalisme Lif LIPATAN SEJARAH LPPSA LPT3 LRT 3 LTTE LUAR NEGARA Lubnan Lynas M. Kamal Affandi Mabuk MACMA MACSA Maghi Sining Nok Royak Mahamad Naser Disa Mahasiswa Majlis Dakwah Negara Malaysia Airlines Bhd (MAB) Malaysia Sejahtera Malaysiaku MAMPU Manifesto Mapim MAPPIM MARACorp Marawi Maritim MAS MASJID Masjid Jamek Sungai Nibong Besar Matrikulasi MCA Melaka Melayu MEMALI Memo Larangan Pekerja Solat MERDEKA Mesir meteor Geminids MH370 MIC Minda Presiden PAS Minyak Minyak Sawit mki MM2H (Malaysia My Second Home) Mohd Khairul Anwar al-Idrus Mohd Nor Hamzah Moratorium Motion Design Motivasi Movies MP/ADUN PAS MPK MRT MRT2 Muafakat Muafakat Nasional Muet Musa Awang Music Muslim Care MyAqsa MyBRAIN15 MyDeposit Mykad MyPPP N9 Nahas Lion Air Nakbah Palestin Naratif Malaysia Baharu’ nasional Nature Nazman Che Iberahim Negara Islam Negeri Nelayan NGO NGO Pendidik NGO-NGO Islam Nigeria Nik Abduh Nikkei Conference Normal baharu NUTP Nuzul Al-Quran Octoberfest OIC Oktoberfest OKU OSA Overnight Policy Rate (OPR) P.PINANG P165 Tanjung Piai PAC padi Pahang Pajak gadai PAKATAN HARAPAN Pakatan Nasional Pakistan PALESTIN PAN Pan Island Link Pantau Malaysia Baru PAPISMA Parlimen Parlimen Belia PAS Pasaraya Wakaf Ummah Pasir Gudang PASTI PAU2019 PBB PBS PCM PELAN perdamaian antara Palestin dan Israel Pelancongan PENA Penang South Reclaimation - PSR PENCEN Penceraman Toksik Pendidik PENDIDIKAN Peneroka PENGGUNA Penipuan nombor TAC People Perak Perang Ahzab Perang Badar Perang Khandaq Perang Ramadan PERANTAU Perbadanan Wakaf Pendidikan Tinggi Perhimpunan Agung UMNO 2019 Perikatan Nasional Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan PERKASA PERKESO PERLIS Perpaduan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia. PERSONALITI Pertanian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Pesta Pongal PETROL Petronas PGSM PH PHM Phone Piagam Madinah Piagam UMNO-PAS' Piala Malaysia pilihan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT) Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pintar PITAS PKP PKPB PKR PKS Plastik PLUS PM8 PNB POCA Poligami POLITIK POTA PPBM PPIM PPMM PPR PPSMI PRIHATIN PRIHATIN PKS Print Design PRK Balakong PRK Cameron Highlands PRK DUN Chini PRK DUN Rantau PRK DUN Semenyih PRK Kimanis PRK Port Dickson PRK Rantau PRK Sandakan PRK Seri Setia PRK Sg Kandis PRK Tanjung Piai PRK Tg Piai PRM Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz PRU14 PRU15 PSM PSR PSRA PT3 PTMP PTPTN Puasa Puasa 2020 Pulau Natuna Pulau Pinang Putra Radiohead Rajaluddin Ahmad Ramadan Ramadhan Ramadhan Dan Perjuangan RASUAH Rawai FC resepi RHB RMK-11 RMK11 RON97 Roslan SMS ROYALTI Rusuhan bantah pindah kuil RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis Sabah SABAH & SARAWAK Sarawak Sarawak Report Sebatan Syariah SeIPTI SEJARAH Sekolah Vernakular Sekularisme SELANGOR semasa Seni dan Kebudayaan Seniman Serambi Dunia Islam Serangan Christchurch Server Sg Kandis Short Shuhaimi Al-Maniri Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 SIS SKMM Solat Witir Sosialis SOSMA SPM Sports SPR sprm SPV Sri Lanka SRIDI SST Statut Rom STPM Stress Suara Pengguna Prihatin Malaysia (SPPM) Suaram SUBKY LATIF Subsidi Sugar Daddy Sugarbook sukan Sukan Olimpik Tokyo 2020 Sukan SEA ke-30 Surat Pembaca Surat Terbuka Swaziland Syahir Sulaiman Syawal Syed Ahmad Fadhli Syria T'mart Tabung Haji Tahfiz Tahukah anda Takbir Muqayyad: Takbir Mursal Taliban Tan Sri Jins Shamsudin Tanah Runtuh TATiUC tatu Technology TEKNOLOGI TEKNORAT TEKSI Telaga Jejari Teras TERENGGANU Test TGNA TH tips Tips/Motivasi Title TM tmp TNB Tol TPPA Tragedi Christchurch Tragedi Rakhine Tragedi Sungai Kim Kim 2 Transgender Travel Trump TSIS Tsunami Selat Sunda Tun Abdul Hamid Tun Abdul Hamid Mohamad tun m Tun M letak jawatan TURKI UbahTV UCP UEC UIAM ULASAN UMMAH UMNO Umrah Umt Dan Unisza UNDANG-UNDANG Undi 18 Undi tidak percaya UniSZA UniSZA - UMT Update UPKK USNO Ustaz Ismail Kamus: Usul undi percaya Utusan Uyghur Vaksin Video Wakaf Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain WANITA waran tangkap Warisan WARKAH MERDEKA Web Design Wilayah Persekutuan Xinjiang Yayasan Amal Malaysi Zakat Zakat Fitrah Zakir Naik ziarah kubur Zimbabwe Zin Mahmud خطبة جمعة



Berikutan Pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh negara, Parlimen sedang merangka langkah-langkah yang perlu diambil sebagai persiapan untuk Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual pada 18 Mei depan.

Beberapa pendekatan juga turut diambil-kira berdasarkan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di beberapa lokasi.

Tumpuan utama Kerajaan kini adalah memastikan semua rakyat, Anggota Parlimen terjamin keselamatan. Oleh itu, semua pihak perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas yang bertungkus-lumus memerangi wabak ini dengan mematuhi segala arahan pihak berkuasa.

Dato' Takiyuddin Haji Hassan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
31 Mac 2020

#PerintahKawalanPergerakan
#COVID19 #StayAtHome
#myLaw #JPM

https://www.facebook.com/112510087040722/posts/120130579612006/


Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Kinta di sini, hari ini.

Tiga daripadanya adalah daripada UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan); Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin (Kampong Gajah) dan Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup).

Turut mengangkat sumpah dua ADUN PAS iaitu Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria (Gunung Semanggol) dan Mohd Akmal Kamaruddin (Selama).

Dua lagi ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tualang Sekah) dan Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau).

Majlis berlangsung di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah secara tertutup dengan hanya dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Hakim Utama Mahkamah Tinggi (1) Ipoh Datuk Hashim Hamzah.

Ahmad Faizal pada 13 Mac telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-13 di hadapan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Pada 10 Mac, Sultan Nazrin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak ke-12.

Sehari sebelum itu, Ahmad Faizal mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada BN yang semuanya UMNO, PAS dan Bersatu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat sokongan 32 daripada 59 ADUN.

Komposisi terkini DUN Perak terdiri daripada BN (25); DAP (16); Amanah (lima); Bersatu (empat); dan masing-masing tiga daripada PKR, PAS dan Bebas. – BERNAMA



Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Pantas masa berlari meninggalkan kita semua seperti mengejar garisan penamat , tanpa sedar telah enam tahun almarhum Tuan Guru Ustaz Harun Taib meninggalkan kita. Tempoh enam tahun ini, kita kehilangan ramai tokoh besar perjuangan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Tuan Guru Dr Haron Din serta puluhan yang lain. Pimpinan gerakan Islam berbeza dengan mana-mana parti politik, jasa mereka disertai dengan usaha membina peradaban ilmu serta mencetak kader-kader dakwah. Mereka hidup bukan untuk mengkayakan diri namun mewariskan perjuangan Islam kepada generasi muda. Aku teringat kembali kenangan enam tahun lepas sewaktu menerima berita kepulangan maestro dakwah yang berpengkalan di Markas Tarbiah Kubang Lembek Terengganu.

Panggilan telefon yang ringkas daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah , mengkhabarkan kepulangan Tuan Guru Ustaz Dato Harun Taib ke rahmatullah seperti percikan petir yang mengoncang sukma. Sosok besar gerakan Islam semenjak pulang dari Ardhul kinanah pada tahun 1981 itu tak terhitung baktinya kepada medan amal Islami di tanahair ini. Anak didik Ikhwanul Muslimin semenjak di bumi Nabawi, serta melanjutkan kesarjanaannya di kampus al Azhar bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau antara tokoh kaderisasi dakwah yang unggul dalam PAS, selain almarhum Ustaz Yahya Othman dan Tuan Guru Presiden PAS. Semenjak pulang ke Terengganu daripada pemukiman ilmu di Asia Barat , beliau secara sepenuh masa mewakafkan diri beliau dalam perjuangan, membangunkan PAS yang mula mendapat tempat direlung hati anak-anak muda di awal dekad 80an akibat kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti dunia Islam. Ustaz Harun antara sarjana PAS yang terkenal alim, haraki dan sentiasa subur dengan majlis pencerahan, juga tokoh tajnid yang sentiasa berlanglangbuana ke serata dunia untuk mengkaderkan amilin parti.

Beliau bersama Ustaz Yahya Othman dan murabbi muda PAS yang lain telah menyusun manhaj tarbiah PAS pada tahun 1982 , seterusnya mendapat reputasi cemerlang dalam dunia pendidikan PAS. Dalam pertengahan dekad 1980an, beliau membentangkan kertas kerja tentang pendidikan pra sekolah di bawah PAS dan akhirnya PASTI telah muncul sebagai produk pendidikan jamaah yang sangat piawai dan membanggakan gerakan Islam tertua di negara ini. Bersama teman- teman pimpinan yang lain dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah mengasaskan Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bahkan turut menjadi tenaga pengajar yang awal. Sekolah kader terbesar PAS ini juga telah melahirkan ribuan alumni daripada rahimnya, bahkan mampu mengilangkan tenaga pakar PAS sehingga mampu duduk di Majlis Syura Ulama PAS seperti Ustaz Zaharuddin Mohamad.

Tokoh tarbiyah ini juga telah membangunkan jihad taalim di kawasan pedalaman Terengganu,iaitu di Kampung Kubang Lembek sehingga terbangunnya markas tarbiah, sekolah rendah Islam Darul Ehsan, KUDQI. Kesan pentarbiahan kepada masyarakat Hulu Terengganu juga menyaksikan DUN Manir menjadi kubu kuat PAS sejak zaman berzaman dan kini anakandanya , Hilmi mewakili konstitusi tersebut.

Ustaz Harun mula menjadi nama besar apabila memenangi Pilihan Raya Kecil Teluk Pasu pada tahun 1989 dengan menewaskan Haji Abdul Rahman, seterusnya menang dalam PRU pada tahun 1990 di DUN Manir. Beliau antara 10 orang calon APU yang dihantar ke Wisma Darul Iman dalam pilihanraya umum 1990 yang menyaksikan aksi serpihan UMNO, Semangat 46. Beliau antara nama besar dalam gerakan Islam yang juga melahirkan banyak karya-karya haraki seperti ' muslimat Pembangun Ummah', 'berbilang-bilang jemaah' serta puluhan kertas kerja yang menjadi teks usrah dalam PAS.

Murabbi ini telah menunjukkan keteladanan yang indah di jalan dakwah, membentuk keluarganya untuk sama-sama berjuang dan mengucur keringat di medan amal Islami. Isterinya , Ustazah Zainab pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, anak- anak lelaki beliau, Ustaz Hilmi dan Ustaz Hamdi menjadi tokoh penting dalam pemuda PAS . Yang paling penting beliau melahirkan ribuan anak didik di medan perjuangan dengan pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan. Markas Tarbiah Kubang Lembik, menjadi saksi sejarah bagaimana gigihnya sosok ini membangunkan tarbiah serta menjadi kilang tajnid.

Peranan paling besar almarhum ialah apabila dilantik menjadi Exco kerajaan Terengganu dalam penggal 1999 sehingga 2004, beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Dakwah Negeri Terengganu. Lilitan serban merah putih dan wajah jernih itu tidak pernah gagal untuk memberikan idea yang terbaik bagi membangunkan pendidikan Islam dan dakwah. Terengganu akhirnya menubuhkan pelbagai institusi pendidikan seperti SRAB, KOSTAQ, KOSPINT, pemerkasaan KUSZA sebagai sebuah universiti, serta menubuhkan Unit Pembinaan Insan dan Unit Mubaligh untuk merancakkan dakwah di negeri Tok Ku Paloh itu.

Malam merangkak sepi dan sayu apabila saya meluncurkan tulisan belasungkawa ini kerana almarhum seperti bapa saya. Semenjak ditamrinkan dalam Ikatan Pelajar Islam Terengganu di Kubang Lembik di alam kampus, sehinggalah saya menjadi aktivis Dewan Pemuda. Beberapa kali disergah kerana itulah cara beliau mendidik supaya anak muda tak lalai . Malah paling manis almarhum adalah saksi majlis pernikahan saya serta sering bertanya khabar melalui orang tengah . Murabbi ini mampu mengikat dan menjinakkan hati kita supaya terus menerjang badai perjuangan dan jangan berpaling tumit. Saya mencium tangannya kali terakhir dalam mesyuarat PAS Pusat dua bulan yang lepas, sorotan matanya bening dan terpancar kasih sayang yang tulus. Selamat jalan sang murabbi, berpulang ke negeri abadi setelah seluruh hidupmu diabadikan di atas jalan dakwah ini. Untaian kata- kata nasihatmu tetap kami sematkan di relung dada kami, kami akan terus menggalang tugas dakwah ini...alfatihah.

( Penulis ialah AJK Dakwah PAS Pusat)

Sumber: https://www.facebook.com/ustazriduan/posts/3397454956948049

Genom virus tenggiling mempunyai 99 peratus persamaan dengan genom COVID-19 - Saintis. - Sumber: Reuters

SEKUMPULAN saintis antarabangsa mendapati virus SARS-CoV-2 atau lebih dikenali sebagai COVID-19 berkemungkinan berasal daripada gabungan semula antara virus yang menjangkiti dua binatang liar, tenggiling dan kelawar, lapor World Economic Forum.

Perkara itu terbukti oleh beberapa hasil kajian oleh penganalisis genom, yang menunjukkan virus COVID-19 berasal daripada kumpulan Betakoronavirus iaitu hampir sama dengan SARS-CoV yang telah dikenalpasti menyebabkan epidemik Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) sekitar tahun 2002 hingga 2003.

Sejak bermulanya epidemik SARS yang tercetus di Guangdong, China dan kemudian merebak ke 29 buah negara, Betakoronavirus turut dikesan pada kelawar serta manusia.

Kajian membuktikan bahawa sejenis spesis kelawar, Rhinolophus affinis (R. affinis) merupakan satu mod penyebaran jangkitan SARS-CoV dan COVID-19.

Apabila pihak penyelidik mengasingkan genom R. affinis, RaTG13, hasil kajian mendapati ia mempynai persamaan 96 peratus dengan genom COVID-19.

Namun pada 7 Februari 2020 lalu, saintis membuktikan persamaan yang lebih tinggi, iaitu 99 peratus antara genom COVID-19 dengan virus yang didapati pada tenggiling.

Menurut hasil kajian susulan itu, virus yang didapati pada kelawar tidak dapat menjangkiti manusia secara sendiri, manakala virus yang didapati daripada tenggiling pula boleh menjangkiti manusia.

Ini menyebabkan berlakunya penggabungan semula antara kedua-dua virus kelawar dan tenggiling yang akhirnya dipercayai menjangkiti manusia sebagai COVID-19.

Penyebaran virus COVID-19 dikatakan tercetus di bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China sejak Disember 2019.

Virus korona dipercayai berasal daripada sebuah pasar hidupan laut yang juga merupakan antara salah satu pasar di China yang menjual hidupan liar seperti tenggiling, ular dan kelawar.

Setakat ini, COVID-19 telah menjangkiti lebih 700,000 dan meragut lebih 30,000 nyawa seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut layari laman World Economic Forum

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-hasil-gabungan-dua-jenis-virus-penganalisis-genom-235970



Saya terbaca di FB ada yang menyatakan bahawa wabak Covid-19 ini sebenarnya adalah senjata biologi yang dilancarkan oleh kuasa besar. Sejauh mana kebenarannya Wallahu A'lam. Ada baiknya kita berhati-hati dalam menyebarkan berita takut-takut ia dapat menimbulkan keresahan umum.

Namun begitu, penggunaan senjata biologi bukanlah satu persepsi semata-mata. Jika kita membaca sejarah-sejarah perang di Alam Melayu, maka kita akan mendapati bahawa antara kepintaran strategi perang tempatan ialah menggunakan senjata biologi.

Salah satu contoh ialah penggunaan senjata biologi oleh angkatan tentera Kesultanan Islam Mataram yang dipimpin oleh Sultan Agung ketika berperang menentang Belanda pada tahun 1629. Dalam perang ini, Sultan Agung telah mengarahkan angkatan tenteranya untuk mencemari sumber air Belanda yang berpusat di Betawi. Dengan itu, angkatan tentera Kesultanan Islam Mataram telah mengempangi Sungai Ciliwung lalu mencemarinya dengan bahan-bahan yang tidak diketahui (masih lagi misteri bahan apa yang digunakan).

Kesan dari itu, orang-orang Belanda di Betawi mendapat serangan wabak taun hasil pencemaran Sungai Ciliwung. Ramai di kalangan orang-orang Belanda terkorban akibat wabak taun termasuk Gabenor Jeneral Belanda yang bernama J.P Coen.

Kisah ini ada saya nyatakan dalam buku terbaru saya, Raudhatus Salatin. Jika tuan-tuan dan puan berminat untuk memiliki buku-buku penulisan saya, bolehlah klik link yang disertakan http://www.wasap.my/+600136670263/order1511

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

Sumber:https://www.facebook.com/hasan.yusof.5/posts/10213494586797760

ADUN Gunung Semanggol merangkap Pesuruhjaya PAS Perak Tuan Hj. Razman Zakaria dan ADUN Selama YB Mohd Akmal bin Kamaruddin tiba di Istana Kinta untuk mengadap KDYMM Tuanku Sultan Perak bagi upacara mengangkat sumpah perlantikan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.



Majlis diadakan secara tertutup dengan hanya ADUN dan seorang pengiring dibenarkan masuk kerana mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg, Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan

Sepertimana YBhg, Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan sedia maklum bahawa DOSM sedang melaksanakan Survei Khas (Online) Kesan COVID19 kepada Ekonomi dan Individu – Pusingan 1 bermula 23 Mac 2020-31 Mac 2020. Atas bantuan semua pihak, survei ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan jumlah respon sehingga pukul 12.00 tengahari, 24 Mac 2020 adalah seramai 112,919 orang.

2. Bagi memenuhi tujuan survei ini dan memastikan liputan maklum balas adalah lebih menyeluruh, pengurusan DOSM telah mensasarkan agar minimum 500,000 responden dapat dicapai dalam tempoh survei pusingan 1 ini berlangsung.

3. Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama YBhg, Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan untuk terus sama-sama menyebarkan pemakluman pelaksanaan survei ini yang telah dimuat naik dalam medium Facebook/Twitter/IG DOSM seperti pautan di bawah.

Survey: http://bit.ly/SurveiCOVID19DOSM

FB :
https://web.facebook.com/StatsMalaysia/photos/pb.406952412659718.-2207520000../3055493554472244/?type=3&theater

Twitter :
https://twitter.com/StatsMalaysia/status/1242000761380163589

Instagram :
https://www.instagram.com/p/B-EbI9JnCi7/

4. Kerjasama YBhg, Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan dan seluruh warga DOSM dimohon untuk menyebar luas pemakluman ini melalui aplikasi whatsapp/Facebook/Twitter/IG masing-masing . Pihak Sekretariat akan berkongsi pelaporan respon survei ini dari semasa ke semasa seperti yang disertakan di bawah untuk makluman/rujukan bersama.

Sekian, terima kasih.

#COVID19
#WorkFromHome
#StayAtHome
#StatsMalaysia
#PrayForAll


Assalamua’laikum rakan2 sekalian.

1. Terdapat pelbagai reaksi terhadap Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri petang semalam. Ramai yang menyahut baik pakej menyeluruh berjumlah RM250b ini. Walaubagaimanapun ada juga yang mempertikaikan jumlah yang disebut memandangkan jumlah suntikan fiskal secara langsung adalah berjumlah RM25b . Bagi saya pakej ransangan ini memang prihatin rakyat dan menyeluruh. Memandangkan telah ramai yang memberikan ulasan terhadap langkah2 terperinci, Izinkan saya memberikan ulasan dalam konteks pengurusan Kewangan/ fiskal secara keseluruhan.

2. Dalam mentadbirkan sesebuah negara, selain daripada suntikan fiskal langsung melalui bajet Kerajaan Persekutuan, mana2 Kerajaan perlu menggembling dana daripada pelbagai sumber untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Ini termasuklah dana2 daripada agensi2 Kerajaan, syarikat2 berkaitan Kerajaan dan sektor swasta. Lagipun kira2 dua pertiga daripada ekonomi negara kini dipacu oleh sektor swasta.

3. Pada 27hb Februari 2020 yang lalu Mantan PM7 telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) bernilai RM20b. Daripada jumlah ini, hanya RM3.5b adalah suntikan fiskal langsung daripada Kerajaan Persekutuan. Selebihnya adalah dari sumber luar bajet iaitu RM10b daripada suntikan pengurangan kadar 4% caruman pekerja KWSP, RM3.5b dana pinjaman BNM, BSN dan lain2 agensi, dan RM3b daripada sumber lain.

4. Dalam Bajet 2020 yang telah dibentangkan di Parlimen pada 11 Oktober 2019, Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan berjumlah RM297b berbanding jumlah hasil RM244.5b . Ini bermakna setelah mengambil kira terimaan balik pinjaman RM0.8b, Kerajaan akan mengalami defisit fiskal sebanyak RM51.7b, atau 3.2% daripada KDNK pada nilai semasa RM1,608b. Suntikan langsung RM3.5b yang diumumkan dalam PRE 2020 akan meningkatkan defisit fiskal tahun 2020 kepada 3.4% daripada KDNK.

5. Krisis ekonomi global akibat wabak Covid-19 akan mengurangkan hasil Kerajaan dengan ketara. Sebagai contoh, seingat saya, setiap USD1 kejatuhan harga minyak mentah Brent setong akan mengakibatkan pengurangan hasil Kerajaan sebanyak kira2 RM300j setahun. Bajet 2020 telah disediakan berdasarkan andaian purata harga minyak mentah Brent USD62 setong. Harga minyak Brent terkini adalah USD25 setong dan purata harga untuk bulan Mac adalah USD35 setong. Ini bermakna sekiranya purata harga minyak Brent untuk tahun 2020 adalah pada harga USD35 setong, hasil Kerajaan akan berkurangan sebanyak kira2 RM8b . Hasil cukai pendapatan juga dijangka berkurangan akibat penurunan pendapatan bercukai individu dan korporat. Jika diandaikan hasil Kerajaan keseluruhannya akan berkurangan sebanyak RM22b, ia akan meningkatkan defisit fiskal kepada kira2 RM74b atau 4.6% daripada KDNK.

6. Dalam pembentangan Pakej rangsangan PRIHATIN, YAB PM telah mengumumkan pakej rangsangan berjumlah RM250b iaitu RM20b daripada PRE 2020 yang terdahulu dan RM230b rangsangan tambahan. Daripada jumlah RM230b ini, RM22b adalah suntikan fiskal langsung, RM100b dalam bentuk moratorium pinjaman, RM55b dalam bentuk jaminan, RM40 pengeluaran KWSP dan RM13b lain2 sumber. Ini menjadikan jumlah keseluruhan suntikan fiskal langsung sebanyak RM25b, 1.6% daripada KDNK (pada nilai semasa yang sama).

7. Dengan tambahan RM25b ini, defisit fiskal akan meningkat kepada RM99b atau 6.2% daripada KDNK. Saya difahamkan terdapat beberapa langkah peningkatan hasil dan pengurangan perbelanjaan operasi yang dapat mengurangkan defisit fiskal kepada RM74b atau 4.6% daripada KDNK.

8. Defisit 4.6% daripada KDNK ini adalah lebih rendah daripada defisit 6.7% yang pernah dicatatkan pada tahun 2009 semasa negara Malaysia mengalami krisis kewangan global. Ini selaras dengan kenyataan PM bahawa Kerajaan akan memastikan kedudukan fiskal dan hutang negara sentiasa mampan dan Kerajaan perlu kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dalam jangka masa sederhana bagi mewujudkan ruang fiskal untuk jangka masa panjang.

9. Defisit di bawah paras 5% ini akan mengurangkan tekanan terhadap penarafan kredit antarabangsa Malaysia semasa A3/A- . Ia juga akan memberikan ruang untuk Kerajaan melaksanakan langkah2 tambahan sekiranya wabak Covid-19 berlarutan melangkaui tempoh 6 bulan.

10. Secara keseluruhan, pakej rangsangan yang bermatlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi yang telah diumumkan adalah bertepatan (appropriate) dalam keadaan yang amat sukar, tidak pernah dilalui (unprecedented) dan tidak menentu ini. Marilah kita bersikap membina dan bersama-sama memainkan peranan masing2 mengatasi krisis global ini yang mengancam nyawa, kehidupan dan kesejahteraan kita.

Sekian, terima kasih & Salam hormat.
AWO
28.03.20.



MAZLI NOOR
2 Syabaan 1441H
27 Mac 2020

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini adalah amat komprehensif. Jesteru Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri dan mengucapkan syabas atas tindakan yang amat tepat ini.

Kami berpandangan Pakej Prihatin ini mengambil kira semua elemen-elemen penting dalam kitaran ekonomi yang sudah pasti mampu untuk terus menyokong agregat penawaran dan permintaan, seterusnya mengekalkan keseimbangan. Ini nyata sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Pakej yang komprehensif ini juga menepati komen kami pada 3 Mac 2020 lalu iaitu bagi memastikan kesan maksima bantuan yang ditawarkan melalui pakej rangsangan harus merangkumi semua sektor dan bukan terhad kepada sektor pelancongan sahaja. Ini bagi memastikan wujud kesan rantaian dalam sistem ekonomi yang seterusnya menghasilkan kesan gandaan yang akan menyokong pertumbuhan.

Langkah positif Kerajaan yang turut mengadakan bantuan sokongan bagi menyokong aktiviti ekonomi juga dilihat amat tepat. Ini dalam bentuk kerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi bagi menyediakan internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta. Selain itu, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan. Ini sudah pasti akan terus memperkasa ekonomi digital sebagai enjin pertumbuhan baharu dalam suasana krisis sekarang.

Disamping pengumuman Pakej Prihatin ini, faktor lain yang juga penting adalah langkah pengoptimuman kos yang juga perlu dilakukan dengan komprehensif di semua peringkat, samada di pihak penawaran dan juga permintaan, terutama dalam paras minyak mentah yang merudum sekarang. Semua pemain industri dan pengguna harus berjimat cermat untuk mengelakkan pembaziran sumber. Ini termasuk menyemak semula struktur kos masing-masing bagi memastikan harga boleh diturunkan dengan penurunan harga minyak, yang seterusnya menyokong pelaksanaan Pakej Prihatin. Penguatkuasaan di pihak Kerajaan perlu dilakukan bagi memastikan ini berlaku.

Apa yang lebih penting sekarang adalah pelaksanaan yang berkesan. Kami yakin dalam suasana seluruh rakyat dan negara yang terkesan dengan krisis Covid-19 ini, maka seluruh lapisan jentera Kerajaan dan juga rakyat keseluruhannya akan berganding bahu dan bekerja keras untuk memastikan Pakej Prihatin berjaya.

Semasa mengulas pakej terdahulu kami menyatakan keyakinan bahawa sekiranya pelaksanaan dapat dilakukan dengan berkesan maka sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.8% untuk tahun 2020 masih boleh dicapai. Jesteru kami masih mengekalkan sasaran tersebut buat masa ini. Namun begitu kami akan terus meneliti angka-angka semasa ekonomi, terutama bagi suku pertama 2020 nanti sebagai asas sebelum mengeluarkan sasaran baharu.

MAZLI NOOR islah Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan PAS Pusat.




oleh:Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

"Kerajaan PN pembohong. Sembang pakej RM 250 bilion tapi suntik dana RM 25 bilion sahaja. Lain semua duit rakyat. Langsung tak bantu majikan untuk kuatkan ekonomi" - Economist pro PH.

Masalah utama hidup saya dan tuan-tuan semua hari ini adalah orang bodo sangat suka bercakap. Kemudian konfiden. Oleh itu, saya sediakan point-point untuk tuan-tuan lawan falasi hujah di atas sepertimana berikut:

1. Memang betul suntikan daripada dana kerajaan hanya RM25 bilion. Tetapi itu adalah dana secara terus. Kerajaan juga terpaksa menanggung secara tidak langsung (indirect) peruntukan lain melalui kehilangan hasil.

Sebagai contohnya, walaupun sekali imbas moratorium penangguhan bayaran ansuran bank (nilaian +-RM100bilion) akan ditampung oleh institusi kewangan negara, tetapi kerajaan terpaksa menanggung kehilangan hasil cukai akibat kekurangan hasil yang dipungut oleh bank2 terlibat.

Begitu juga dengan penangguhan PTPTN dan PTPK. Memanglah nampak sekali imbas kerajaan tak keluar duit. Tetapi kerajaan terpaksa menyalurkan dana yang lebih tinggi kepada tabung-tabung ini bagi membolehkan keduanya terus berkemampuan menyalurkan pinjaman kepada pelajar pada tahun hadapan

2. Mengatakan bahawa 90% peruntukan pakej stimulus ini datang daripada duit rakyat pun tak tepat. Mana ada 90%. Sebenarnya 100%. Duit dalam perbendaharaan negara tu semua duit rakyat. Awak semua hilang akal ke?

Dalam ekonomi, bukan sesuatu yang utama bagaimana duit datang. Tetapi bagaimana sebenarnya duit itu dibelanjakan bagi memberikan hasil optimum kepada semua

3. Peruntukan kepada majikan memang tidak datang dalam bentuk tunai. Ia lebih kepada insentif cukai serta subsidi utiliti. Tetapi mengatakan bahawa ia tidak mengembangkan ekonomi adalah salah.

Dalam sistem hari ini, perkara paling utama adalah aliran tunai. Apabila rakyat mempunyai lebihan dan berbelanja, ia akan meningkatkan hasil dan keuntungan peniaga. Peniaga itu majikanlah. Majikan mendapat manfaat secara tidak langsung daripada perbelanjaan rakyat

Sebab itu adanya bayaran khas kepada penjawat awam dan pesara. Ikutkan kelompok ini mana perlu sangat kerana gaji mereka tidak terjejas. Tetapi kerajaan tahu bahawa apabila seseorang individu itu mempunyai 'financial security', maka dia akan cenderung untuk berbelanja daripada menyimpan di bank.

4. Memang pakej kali ini lebih kepada menjaga kebajikan dan survival rakyat. Sebab isu yang paling utama adalah bagaimana rakyat mahu menyambung hidup dan bukannya bagaimana orang kaya nak beli Mercedes baru untuk dipakai pada Hari Raya nanti.

Kalau rakyat tak boleh survive, siapa nak tolong beli produk awak semua? Siapa nak upah kontraktor tambah awning depan rumah sebelum hari raya? Siapa nak pergi bazar Ramadan untuk beli makanan pada bulan puasa?

Hari ini adalah persoalan survival. Untung kita tu cerita tahun depan.

5. Orang nampak kerajaan cuma suntik dana RM25 bilion. Tapi ramai tak sedar disebabkan model bajet kita sebelum ini berteraskan hasil petroleum, maka kerajaan telah kehilangan hasil yang sangat banyak.

Jika sekiranya harga minyak terus kekal pada kadar USD30 berbanding unjuran asal USD62, maka negara akan kehilangan pendapatan RM26 bilion

Hilang ni siapa tanggung? Makcik Kiah ke tanggung?

Yang gatal sangat buat bajet syok sendiri tu pasal apa

6. Akhirnya kita semua kembali kepada zaman 2009. Zaman di mana sistem ekonomi kita diteraskan kepada kepentingan perbelanjaan rakyat dan kesejahteraan hidup.

Yang paling penting sebenarnya dan sesuatu yang orang PH lupa adalah, ini adalah pakej yang dirangka untuk menenangkan rakyat. Untuk menaikkan moral rakyat. Untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan tidak pernah sesekali meninggalkan mereka

Di dalam mana-mana perang, kerajaan tidak akan menang jika menghayun pedang sendirian

Ia memerlukan kepercayaan rakyat untuk terus mara ke hadapan

Kerana ini adalah perang yang kita wajib menang.

Dan kita sentiasa akan menang

#KitaPastiMenang

Sumber: https://www.facebook.com/abdulrahimhilmi.zakariya/posts/3128457663870902

Doa Memohon Keselamatan Rakyat Malaysia Daripada Wabak Covid-19


Semua pihak bertanggungjawab cegah wabak Covid-19, patuhi arahan


3. Elakkan mudarat jangkitan Covid-19 terhadap diri sendiri dan orang lain



4. Gunakan nikmat akal yang diberi Allah untuk menolak bala bencana

5. Covid-19: Berusaha dan berikhtiar bukan tunggu takdir Allah


6. Langkah mencegah diutamakan di samping merawat


7. Fahami agama dengan sepenuhnya bukan sekerat-sekerat


8. Serah diri kepada Allah tanpa usaha dan ikhtiar adalah ajaran Jabariyah


9. Maqasid syariah dan rukhsah di waktu darurat


10. Ilmu perubatan dalam hadith


11. Rujuk mereka yang berilmu dalam dunia perubatan


12. Lari dari qadar Allah (wabak) menuju kepada qadar Allah (pencegahan)


13. Patuhilah arahan pemerintah dan ulama


14. Wajib menjaga nyawa diri sendiri dan orang lain


Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kemalangan berlaku ketika mereka menaiki van Toyota Hiace dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang.

Menurutnya, van dari Hospital Kuala Krai itu dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang (HGM) bagi menjalankan tugas rawatan berikutan penularan wabak Covid-19.

Katanya, sebaik sampai ke lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum seorang mangsa tercampak keluar dari van berkenaan.

“Dr Nooranisah meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan, manakala bayinya meninggal dunia pada 11.02 pagi di HGM akibat kecederaan dalaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tujuh mangsa lain yang cedera bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra menerima rawatan di HGM dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Katanya, mayat dua beranak itu dihantar ke Bilik Forensik HGM untuk bedah siasat.

“Saya bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan rasa sedih di atas kejadian itu kerana mangsa pergi ke HGM untuk menjalankan tugasnya,” katanya.


KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah meluluskan RM12.1 juta peruntukan zakat tambahan bagi menyantuni asnaf dan menampung keperluan perubatan susulan situasi wabak Covid-19 yang melanda negara kini.

Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien AlHabshee menyatakan selaras dengan seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri agar kebajikan asnaf sentiasa dipelihara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Berikutan itu, MAIWP telah meluluskan bantuan tambahan zakat khas kepada 24,196 orang asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Setiap asnaf akan menerima RM500 dan penyaluran bantuan ini akan melibatkan perbelanjaan dana zakat keseluruhan sebanyak RM12.1 juta yang akan disalurkan awal April nanti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya, MAIWP sebelum itu telah mempercepatkan penyaluran Bantuan Zakat Kewangan Bulanan bagi bulan Mac pada 19 hari bulan kepada bilangan penerima yang sama dengan perbelanjaan sebanyak RM9.67 juta.

Menerusi kenyataan itu, bantuan bulanan pada kebiasaanya disalurkan pada setiap 25 hari bulan.

Selain itu, katanya bagi menampung keperluan peralatan kesihatan dan perubatan di hospital ekoran Covid-19, MAIWP telah meluluskan peruntukan berjumlah RM3.27 juta yang akan disalurkan kepada 7 buah hospital di Wilayah Persekutuan.

Bantuan yang diberikan berbentuk peralatan pernafasan seperti BIPAP Machine (ICU) bernilai RM80,000 setiap satu, ventilator ICU bernilai RM150,000/unit, home ventilator bernilai RM90,000/unit dan peralatan-peralatan lain yang bernilai antara RM5,000 hingga RM20,000 setiap satu.

“MAIWP dari semasa ke semasa akan sentiasa melihat keperluan yang timbul bagi menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran semasa tempoh Covid-19 ini selari dengan misi #musaadahCOVID19 oleh Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan. Dengan zakat yang dibayar, asnaf di Wilayah Persekutuan dapat disantuni sebaik mungkin terutamanya ketika berhadapan situasi Covid-19 ini,” katanya.- HARAKAHDAILY 21/3/2020



Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dato Seri Ismail Sabri semalam (28 Mac 2020), yang menyatakan bahawa, peranan dan sokongan daripada NGO2 untuk mengagihkan bantuan makanan tidak dibenarkan dan hanya diserahkan melalui pusat JKM setempat dengan dibantu oleh anggota Rela dan JPAM serta Pejabat Daerah.

UMMAH yang mempuyai rangkaian lebih 650 NGO diseluruh negara dibawah UMMAH Negeri2 menghormati kenyataan ini, walau bagaimana pun elok juga perkara ini diteliti dengan sebaiknya, kerana sehingga kini banyak sokongan dan bantuan kepada rakyat dapat disampaikan melalui usaha dan sokongan daripada sukarelawan NGO-NGO.

UMMAH mencadangkan agar diwaktu yang getir ini, NGO-NGO dilibatkan peranan mereka sebaik mungkin bersama-sama dengan agensi kerajaan seperti JKM dan Pejabat Daerah dengan diberikan taklimat mengikuti SOP kerajaan MKN dan KKM, kerana ini akan banyak membantu kerajaan bagi menenangkan keluh kesah rakyat yang tidak boleh keluar dalam perentah PKP ini disamping dapat membantu juga rakyat yang terputus bekalan.

Selain itu sukarelawan NGO juga dapat berperanan sebagai pihak kaunselor yang dapat menyampaikan risalah dan hasrat kerajaan, bagi mendapatkan sokongan penuh rakyat kepada arahan kerajaan pada waktu yang sukar ini.

UMMAH berharap kerajaan lebih terbuka dan perihatin dengan peranan dan penglibatan pihak NGO dalam melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat yang sangat terdesak memerlukan bantuan dan sokongan.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

29 MAC 2020/4 Syaaban 14417H

Sumber: https://www.facebook.com/ummah.official/photos/a.136743256990211/512451359419397/




KUALA LUMPUR, 4 Syaaban 1441H, Ahad – Bekalan ubat Klorokuin,Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain, boleh digunakan dalam rawatan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Beliau berkata, bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir (ubat antiviral) akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan COVID-19.

"Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal 'Multicenter Adaptive Solidarity trial – COVID-19' yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan.

"NPRA akan menyediakan laluan 'expedited review' untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin manakala bagi ubat Favipiravir, KKM sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Dr Noor Hisham berkata, dalam situasi pandemik COVID-19 ketika ini, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM.

KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan ubat-ubatan adalah terjamin demi kepentingan pesakit, katanya. – Bernama

Sumber: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1826229


KUALA LUMPUR, March 28 — Kepong and Klang are now officially red zones or Covid-19 hotspots with more than 40 cases each, and Lembah Pantai continues to record the highest number of Covid-19 patients while Hulu Langat has overtaken Petaling Jaya in terms of Covid-19 case numbers, the latest data released yesterday showed.

In the latest available numbers as of March 26 noon in new maps released by the health director-general yesterday, Lembah Pantai in Kuala Lumpur continues to be in the top two spots at 208 cases out of 2,031 cases, followed by Hulu Langat in Selangor at 186 cases, Petaling Jaya in Selangor at 176 cases, Seremban in Negri Sembilan at 85 and Kluang in Johor at 83.

This is in comparison to previous maps released, with March 21 noon figures showing Petaling Jaya (96), Lembah Pantai (90), Hulu Langat (75), while March 23 noon figures showed Lembah Pantai (176), Petaling Jaya (158), Hulu Langat (103), and March 25 noon figures showing both Lembah Pantai and Petaling Jaya at 167 cases each while Hulu Langat's recorded cases then were 132 cases.

These three areas had always been in the top three districts in terms of Covid-19 cases in the past four releases, but the March 26 figures released yesterday is the first time that Hulu Langat has occupied the second highest spot.


According to the Health Ministry's designation of hotspots, districts with the colour code of orange is for those where between 20 and 40 Covid-19 cases have been recorded, while those known as the red zones are where more than 40 cases have been reported.

As the days go by, the number of hotspots designated as red zones has continued to grow in tandem with the increase in the total cumulative confirmed Covid-19 cases every day.

For example, on March 21, there were only six Covid-19 red zones nationwide (including Johor Baru, Seremban, Titiwangsa) and 12 orange zones nationwide (including three in Sabah and Sarawak), but this then increased on March 24 to 10 red zones (with the additions of Gombak, Kota Bahru, Tawau, Kuching) while there were 10 orange zones nationwide (as Gombak, Tawau, and Kuching were recategorised as red zones while Kota Kinabalu was added on).

As of March 25, the number of red zones nationwide further increased to 13 (with the additions of Kluang, Hilir Perak, Kinta that were originally orange zones) and there were nine orange zones nationwide (with Timur Laut and Rembau added on).

Based on the March 26 figures released yesterday, there are now 15 red zones throughout Malaysia, while there are eight orange zones (with the addition of Kota Setar) throughout the country.

This is due to Kepong in Kuala Lumpur and Klang in Selangor joining the list of red zones as of March 26, with Kepong at 45 cases up from 38 cases on March 25, while Klang is at 44 cases up from 35 cases on March 25.

Source: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/28/covid-19-kepong-klang-now-red-zones-lembah-pantai-and-hulu-langat-top-two-d/1850980



March 27, 2020

BUKIT GANTANG: PAS akan berusaha menyalurkan sumbangan termampu mungkin kepada golongan yang sangat terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, walaupun pelbagai inisiatif dan bantuan telah disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan negeri waktu ini, namun mungkin masih ada golongan yang tercicir dan memerlukan bantuan.

“Semua Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Cawangan perlu cakna dengan jiran-jiran sekeliling kampung dan taman perumahan agar tiada yang menanggung kesempitan hidup sepanjang PKP ini dilaksanakan.

“Jika ada yang memerlukan sumbangan, sila maklumkan dengan segera agar kita boleh menyalurkan bantuan sekadar yang termampu,” gesa beliau.

Ustaz Idris yang juga Penasihat Jawatankuasa Bantuan COVID-19 PAS Kawasan Bukit Gantang menegaskan, derita ditanggung oleh mereka sangat berat apabila PKP yang dimulakan sejak 18 Mac lalu dilanjutkan lagi sehingga 14 April nanti.

Sementara itu, sebanyak 315 pek beras dengan jumlah 3.15 tan telah diedarkan ke seluruh Parlimen Bukit Gantang diketuai Pengarah Jawatankuasa Bantuan COVID-19 PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman.

“Sebanyak 105 penerima masing-masing di DUN Sepetang dan Changkat Jering, 90 penerima di DUN Trong manakala 15 penerima lagi di kalangan ahli-ahli Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP).



“Bagi memenuhi arahan PKP, kami terpaksa menghadkan jumlah sukarelawan yang bertugas, mengetatkan peraturan kebersihan dan melakukan agihan dengan pantas. Alhamdulillah, dengan kerjasama daripada PAS Cawangan-cawangan, operasi hari ini berjalan lancar dan akan diteruskan lagi sepanjang tempoh PKP.

“Kami mewujudkan Bilik Gerakan khas bagi mengumpulkan sumbangan makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan sebagainya, selain menyelaraskan agihan sumbangan yang disalurkan oleh wakil rakyat di peringkat Parlimen, DUN dan oleh kerajaan negeri.

“Orang ramai boleh berhubung dengan Bilik Gerakan ini di talian 019-9110192, 019-5797466 dan 013-5204412 dan PAS Kawasan turut mengalu-alukan sumbangan ahli-ahli dan para dermawan di mana mereka boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk makanan asas atau kewangan,” serunya.

Sebarang sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank 5580 5130 4442 di atas nama Tabung Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang (Rujukan: Bencana COVID-19). – HARAKAHDAILY 27/3/2020

https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/27/pkp-cakna-jiran-sekeliling-kita-ustaz-idris/


Oleh: Abdul Muein Abadi

1. Ketika seluruh dunia sibuk dengan wabak COVID-19, Amerika baru sahaja melancarkan satelit Advanced Extremely High Frequency keenam (AEHF-6) yang cukup kritikal untuk perang nuklear dan angkasa lepas pada jam 4.18 pagi tadi (waktu Malaysia).

2. Satelit AEHF-6 ini juga merupakan pelancaran pertama oleh US Space Force sejak ditubuhkan pada 2019. Pelancaran ini menandakan sempurnanya sistem satelit AEHF buatan Lockheed Martin – yang lain dilancarkan sejak 2010 – bukan sahaja kritikal untuk komunikasi Amerika dan sekutunya sewaktu Perang Nuklear, tetapi ia juga mampu bertahan (survive) dari impak serangan senjata nuklear (Info lanjut: https://www.lockheedmartin.com/en-us/products/aehf.html).

3. Untuk rekod, pelancaran satelit AEHF-6 ini hadir dalam tiga konteks: pertama, Amerika keluar daripada Perjanjian Intermediate-Range Nuclear Forces (INF) pada Ogos 2019; kedua, kekalahan Amerika kepada Rusia dalam perlumbaan mencipta peluru berpandu nuklear ‘hypersonic’ (apabila Rusia berjaya menguji Avangard pada Disember 2019); dan ketiga, apabila ‘Konfrontasi’ antara satelit Amerika dengan Rusia dilaporkan pada Februari 2020.

4. Pada 10 Februari 2020 buat pertama kali dalam sejarah ‘konfrontasi’ antara satelit Amerika dengan satelit Rusia di angkasa lepas telah dilaporkan portal terkemuka TIME dengan tajuk ‘Exclusive: Strange Russian Spacecraft Shadowing U.S. Spy Satellite, General Says’ (https://time.com/5779315/russian-spacecraft-spy-satellite-space-force/). ‘Konfrontasi’ itu terjadi apabila satelit Rusia yang dikenali sebagai Cosmos 2542 dan Cosmos 2543 yang dilancarkan sekali gus pada 25 November 2019 kemudiannya menghimpit satelit ketenteraan Amerika, USA 245 yang juga dikenali sebagai KH-11.

5. Menariknya, kedua-dua satelit Rusia itu dilancarkan dalam satu roket yang sama iaitu Soyuz-2.1v sebelum mereka berpisah menjadi dua satelit yang berasingan di angkasa lepas; bahkan gerakan tersebut menyamai gerakan sistem persenjataan, menurut Jeneral John "Jay" Raymond, Komander Angkatan Angkasa Lepas Amerika.

6. Hakikatnya, satelit KH-11 Amerika itu sendiri ialah satelit ketenteraan dengan kod nama Keyhole/CRYSTAL yang dioperasikan oleh National Reconnaissance Office (NRO) berfungsi untuk merisik kelengkapan ketenteraan asing.

7. Ternyata, perlumbaan senjata kini telah memasuki peringkat yang serius di angkasa lepas di mana menurut Jeneral Raymond, setakat ini tiada struktur diplomatik yang boleh menghalang ‘Mutually Assured Destruction’ (MAD) antara Amerika, Rusia, dan juga China.

8. Hakikatnya, Amerika juga giat membina sokongan dari negara-negara sekutu yang lain – meski pun hakikatnya Washington yang lebih mendominasi. Sebagai contoh, Sistem AEHF yang baru disempurnakan ini – sejak pelancaran AEHF-1 pada 2010 – melibatkan lima kuasa dunia iaitu Amerika, United Kingdom (UK), Australia, Kanada, dan Belanda.

9. Misi pelancaran satelit AEHF-6 ini ialah misi Keselamatan Nasional pertama Angkatan Tentera Angkasa Amerika Syarikat (US Space Force) sejak diwujudkan secara rasmi oleh Presiden Donald Trump pada 20 Disember 2019. Satelit ini dilancarkan oleh United Launch Alliance melalui roket Atlas V (https://www.ulalaunch.com/missions/atlas-v-aehf-6).

10. Secara jelas, Lockheed Martin menerangkan sistem satelit AEHF ini berfungsi ‘memberikan talian komunikasi yang kukuh kepada para pemimpin angkatan tentera senior di setiap peringkat konflik, termasuklah ketika perang nuklear’ (gives senior leadership a survivable line of communications to military forces in all levels of conflict, including nuclear war).

11. Satelit AEHF-6 ini melengkapkan keseluruhan sistem satelit AEHF yang menjadikannya sukar untuk ditembusi mahu pun diceroboh – paling kritikal daripada impak elektro-magnetik senjata nuklear: ‘The system features encryption, low probability of intercept and detection, jammer resistance and the ability to penetrate the electro-magnetic interference caused by nuclear weapons to route communications to users on land, at sea or in the air’.

12. Satelit ini juga memberikan lonjakan lima kali ganda dari segi kadar data, sekali gus memberi transmisi komunikasi taktikal ketenteraan yang jauh lebih baik seperti video masa sebenar, peta-peta pertempuran, serta data yang disasarkan: ‘Individual user data rates will be increased five-fold, permitting transmission of tactical military communications, such as real-time video, battlefield maps and targeting data. In addition to its tactical mission, AEHF assures the critical protected communications links for national leaders, such as the President and Joint Chiefs of Staff, in all levels of conflict’. Kemampuan ini menjadikan sistem satelit AEHF lebih berkuasa berbanding sistem satelit sebelumnya iaitu ‘Military Strategic and Tactical Relay’ (MILSTAR).

13. Konfigurasi lima kuasa AEHF ini adalah berbeza dengan lima negara yang menganggotai perjanjian perisikan Anglophone UKUSAA (United Kingdom-United States of America Agreement) yang digelar sebagai ‘Five Eyes’ atau FVEY. Belanda menyertai AEHF, tetapi tidak Five Eyes. New Zealand pula ialah anggota Five Eyes, tetapi tidak terlibat dengan AEHF ini.

14. Ternyata, persaingan untuk menguasai ruang angkasa lepas kini memasuki fasa baru dengan Amerika jelas bersedia dengan sistem satelit untuk perang nuklear – diiringi sokongan kuat empat sekutunya di penjuru dunia yang berbeza.

15. Jika Kanada berada di benua Amerika, UK dan Belanda pula di Eropah Barat manakala Australia di Indo-Pasifik.

16. Apa yang pasti, langkah Amerika melancarkan satelit kalis senjata nuklear ini selari dengan tindakannya yang keluar daripada Perjanjian Intermediate-Range Nuclear Force Treaty (INF) pada 2 Ogos 2019. Sebagai tindak balas, Rusia telah membangunkan dan berjaya menguji peluru berpandu Avangard ‘hypersonic glide vehicle’ (HGV) pada Disember 2019.

17. Kuasa ‘hypersonic’ Avangard Rusia ini bukan sahaja mampu mencapai kelajuan 27 kali ganda kelajuan bunyi serta bertahan pada suhu setinggi 2 ribu darjah Celsius, tetapi juga berupaya untuk mengubah haluan di atmosfera, menjadikannya hampir mustahil untuk dipintas.

18. Pastinya, Amerika cukup tidak selesa dengan kemenangan Rusia dalam perlumbaan menghasilkan senjata ‘hypersonic’ yang mampu mengirim peluru berpandu nuklear ke mana-mana kawasan di Amerika sedangkan hakikatnya Amerika yang terlebih dahulu keluar daripada perjanjian INF.

19. Maka, pelancaran satelit yang kalis impak senjata nuklear seperti AEHF ini cukup penting bagi Amerika – sama ada untuk mereka menguasai ruang angkasa mahu pun bagi menghadapi perang nuklear yang mereka sendiri seolah-olah tidak sabar untuk mulakan.


***Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sumber: https://www.facebook.com/muein.abadi/posts/10216061863208886

oleh: Muhammad Khalil Abdul Hadi

Dunia seolah – olah berhenti berputar saat ini. Tidak pernah sekalipun terlintas bahawa fenomena wabak covid-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini telah menghentikan semua aktiviti manusia. Hampir satu pertiga penduduk dunia samada dipaksa “ lock down “ atau dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti Malaysia bertujuan untuk mengelak virus ini daripada terus merebak.

Walaupun bencana wabak seperti Covid-19 bukanlah kali pertama melanda umat manusia tetapi apa yang dihadapi oleh dunia pada ketika ini adalah yang paling teruk dalam sejarah manusia. Ini adalah kerana penularannya yang cukup pantas dan begitu juga dari sudut skala serta lokasi tempat ianya merebak yang merangkumi hampir keseluruhan benua dan sudah mencapai 2/3 dunia.

Biarpun jumlah kematiannya masih lagi sedikit berbanding dengan bencana-bencana wabak sebelum ini seperti Spanish Flu pada tahun 1918 - 1919 yang meragut jutaan nyawa manusia, Covid-19 tidak boleh dipandang ringan malah lebih merbahaya daripada wabak sebelumnya. Saintis malah pakar – pakar perubatan mengakui tidak pernah menjumpai virus sebegini rupa yang cukup bahaya buat manusia.

Bahayanya Covid-19 kerana kepantasannya bermutasi sebelum menjangkiti manusia lain. Kadar penyebarannya juga begitu cepat dan mudah dimana sebenarnya manusia juga menjadi penyebab utama tularnya wabak ini dengan meluas sebegitu pantas.

Di era zaman globalisasi terdapat pelbagai kemudahan untuk manusia berhubung antara satu sama lain terutamanya kemudahan pengangkutan seperti kereta, keretapi, bas dan pelbagai medium pengangkutan lain yang menyebabkan virus ini begitu mudah merebak dengan pantas akibat dari pergerakan manusia.

Seperkara yang pasti, merebaknya wabak ini adalah jangkitan antara manusia. Oleh itu tanpa pengawalan yang ketat ke atas pergerakan manusia seperti perhimpunan, pergerakan orang awam tanpa kawalan mahupun pergerakan rentas negeri atau negara, Covid-19 mampu menjangkiti malah menular tanpa mengenal negeri, negara mahupun benua.

Hampir semua negara di Dunia Islam terkesan dengan Covid-19 khususnya Iran yang mencatat jumlah kematian paling tinggi berbanding dengan negara-negara Islam lain. Namun langkah-langkah awal telah diambil demi untuk mengelak musibah yang lebih besar berlaku, antara lainnya seperti pemerintah Arab Saudi yang telah mengantung ibadah umrah dan haji pada tahun ini bagi mengelak wabak ini tersebar.

Bagi umat Islam, melihat dua kota suci iaitu Mekah dan Madinah kosong tanpa manusia adalah satu fenomena yang sangat pelik kerana saban tahun kita melihat jutaan umat Islam berpusu-pusu mengunjungi dua kota suci ini untuk menunaikan ibadah kepada Allah SWT.

Begitu juga suasananya sekarang di Malaysia yang tidak pernah melalui situasi sebegini. Agak janggal apabila masjid-masjid ditutup daripada didirikan solat jemaah samada lima waktu mahupun solat Jumaat yang menjadi fardhu ain ke atas umat Islam.

Kerajaan telah mengambil tindakan yang tepat dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) demi menjaga maslahah umum untuk mengelak mudharat lebih besar kerana jika ianya merebak, ia mampu menyebabkan korban nyawa yang amat besar.

Jika diteliti dalam sejarah Islam, fenomena kekosongan masjid akibat wabak bukanlah kali pertama ianya berlaku. Di sini disertakan beberapa wabak yang pernah membawa malapetaka kepada manusia khususnya di Dunia Islam seperti :

⁃ Wabak ‘Amwas yang berlaku pada tahun 18 Hijrah yang mengorbankan sebilangan para sahabat - sahabat Nabi SAW. ‘Amwas adalah nama tempat di dalam Palestin yang menjadi tempat merebaknya wabak ini.

⁃ Wabak Tunis yang berlaku pada tahun 395 Hijrah mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan kedai-kedai kosong termasuk masjid-masjid di Qairawaan yang merupakan pusat universiti tertua dalam sejarah Islam juga dikosongkan untuk mengelak wabak tersebut merebak.

⁃ Pada tahun 448 Hijrah berlaku bencana wabak di Andalusia khususnya di bandar Esybiliya ( Sevilla ) dan Qordoba sehingga menyebabkan masjid-masjidnya kosong.

⁃ Pada tahun 449 Hijrah merebak wabak di wilayah Asia Tengah sehingga mengorbankan hampir dua juta nyawa. Wabak ini merebak sehingga sampai ke Timur Tengah. Ibnu Aljawzi menyifatkan kedahsyatan wabak ini sehingga dalam sehari tidak kurang 17 ribu nyawa terkorban dan menyebabkan masjid-masjid tidak dapat mendirikan solat jamaah kerana semua orang sibuk menguruskan jenazah.

⁃ Wabak taun pada tahun 749 Hijrah yang melanda Eropah dan kemudian merebak ke Dunia Islam khususnya Mesir sehingga meragut banyak nyawa dan mengosongkan masjid-masjid daripada jemaah.

⁃ Bencana Mekah yang berlaku pada tahun 827 Hijrah sehingga menyebabkan masjid-masjid kosong tidak didirikan solat jemaah termasuk Masjid Al-Haram. Sehingga diriwayatkan pada satu-satu ketika hanya imam dan seorang makmum sahaja yang solat di dalam Masjid Al-Haram.

Wabak-wabak di atas adalah sebahagian daripada apa yang pernah dilalui dalam sejarah Islam di samping peristiwa-peristiwa lain seperti peperangan dan bencana alam yang menghalang umat Islam untuk menghidupkan rumah Allah SWT.

Jika diteliti dalam kitab-kitab sejarah Islam termasuk kitab-kitab fiqh, ada yang membincangkan masalah penangguhan ibadah khususnya solat jemaah dan ibadah haji kerana sebab-sebab tertentu. Justeru itu, aspek sejarah adalah sangat penting untuk diteliti kerana ianya menjadi salah satu sebab satu-satu hukum itu berlaku.

Terdapat juga dalam kitab-kitab sejarah Islam dan fiqh yang menyebut tentang pendekatan yang diambil oleh umat Islam apabila berdepan dengan musibah wabak, antaranya ialah membaca Al-Quran dan berzikir beramai-beramai.

Bahkan dalam sejarah masyarakat Melayu Islam sendiri pun melalui cerita orang tua-tua ada menyebut bahawa apabila berlaku wabak taun dan seumpamanya, diadakan ratib beramai-ramai sehingga dinamakan dengan ratib taun bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah serta untuk menghindarkan malapetaka dan musibah.

Justeru saranan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya baru-baru ini wajar diberikan perhatian oleh masjid- masjid dan surau – surau untuk memasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sekurang-kurangnya supaya dapat mengingatkan masyarakat kepada masjid-masjid yang kosong agar dapat diimarahkan dengan lebih meriah selepas ini.

Oleh itu sama – samalah kita berzikir, bermunajat serta berdoa kepada Allah SWT moga – moga kita semua dilindungi dan dihindarkan dari wabak Covid-19. Sebenarnya ia juga adalah sebagai peringatan daripada Allah akan kekuasaannya serta mengingatkan kita semua kepada kematian yang akan kita tempuhi satu hari nanti.

Namun jangan pula kita lupa dan ingkar akan arahan Kerajaan dan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) kerana ia adalah untuk kebaikan kita semua serta ia adalah salah satu usaha untuk menghalang wabak Covid-19 daripada merebak.

Setelah kita berusaha maka bertawakkallah kepada Allah SWT, semoga kita semua diampuni, dikurniakan rahmat serta dilindungi dari malapetaka dan bencana. Kepada Allah SWT kita berserah, moga – moga ada sinar yang gemilang disebalik ujian yang amat berat ini.

Islam Memimpin Perpaduan.

YB Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk.



PUTRAJAYA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memilih Malaysia sebagai pusat penyelidikan rawatan wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penyelidikan tersebut akan bertumpu di Hospital Sungai Buloh dan beberapa hospital lain yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (KKM) .

“Pada malam ini, terdapat perbincangan dengan WHO dan antara agenda yang dibincangkan adalah penyelidikan bersama oleh WHO dan KKM.

“Kami akan mengkaji ubat terbaharu dalam penyelidikan dikenali sebagai Remdesivir yang digunakan pada pesakit COVID-19.

“Penyelidikan ini akan bertumpu di Hospital Sungai Buloh dan hospital yang dikenal pasti sebagai hospital COVID-19,” katanya pada sidang media harian KKM pada Jumaat.

Kata Noor Hisham, salah satu kriteria menyebabkan Malaysia dipilih sebagai pusat penyelidikan rawatan COVID-19 oleh WHO ialah kemampuan dan keupayaan KKM untuk menjalankan kajian.

“Malaysia mempunyai platform untuk menjalankan penyelidikan klinikal dan penyelidik kita telah dilatih untuk menjalankan penyelidikan (seperti ini).

“Antara sebab Malaysia dipilih adalah kerana kita dikenal pasti sebagai satu negara yang mempunyai sistem penyelidikan yang baik.

“Itu mungkin menjadi sebab WHO memilih KKM untuk melaksanakan penyelidikan ini bersama,” katanya.

Untuk rekod, ubat Remdesivir sebelum ini digunakan bagi merawat penyakit Ebola.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham mengesahkan terdapat empat lagi kes kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 26 kes.

Katanya, setakat 12 tengah hari Jumaat, terdapat 130 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 2,161 kes.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/who-pilih-malaysia-jadi-pusat-penyelidikan-rawatan-covid-19-235590



“Unprecedented situation requires unprecedented measures”

Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion bagi membantu kehidupan rakyat, menyokong kelangsungan perniagaan dan memacu aktiviti ekonomi yang terjejas dengan wabak COVID-19.

Daripada jumlah tersebut, RM128 bilion (51%) disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat dan keluarga, RM100 bilion (41%) untuk menyokong kelangsungan peniaga dan majikan, serta tambahan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara di samping pakej rangsangan RM20 bilion yang diumumkan sebelum ini.

Termasuklah juga penangguhan bayaran pinjaman dan pembiayaan selama enam bulan (moratorium) secara automatik oleh institusi perbankan, yang disifatkan sangat membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung rakyat dan peniaga dalam tempoh kritikal ini.

SIAPA YANG BEROLEH MANFAAT TERBESAR?

Secara umumnya pakej PRIHATIN ini bersifat menyeluruh, dan benar-benar prihatin terhadap kesusahan dan keresahan rakyat, peniaga, majikan dan petugas barisan hadapan yang terjejas dengan wabak COVID-19.

Ini berdasarkan komitmen YAB Perdana Menteri yang berpegang dengan prinsip ‘tiada golongan yang akan tercicir’ (no one will be left behind), malah prinsip agihan juga dilaksanakan mengikut kaedah ‘semakin rendah pendapatan, semakin besar bantuan yang diterima (the lower your income, the higher you will get).

Melalui pakej PRIHATIN, Perdana Menteri mengumumkan pelbagai bentuk bantuan tunai secara ‘one-off’ sebagai pendapatan tambahan kepada segmen B40 dan M40 (buat pertama kali), melibatkan keluarga, individu bujang, penjawat awam, pesara, OKU, pelajar IPT serta pemandu teksi dan ‘e-hailing, di samping penangguhan dan pengecualian bayaran yang dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat.

Ini dapat dilihat daripada pengiraan manfaat yang bakal diterima oleh keluarga ‘Makcik Kiah’, dengan anggaran penerimaan bantuan tunai secara ‘one-off’ berjumlah RM4,200 dan penjimatan bayaran berjumlah RM4,464, menjadikan keseluruhan manfaat berjumlah RM8,664 yang pastinya membuatkan ‘Makcik Kiah’ tersenyum dan boleh menarik nafas lega.

APAKAH SOKONGAN KERAJAAN TERHADAP PENIAGA DAN MAJIKAN?

Terlalu ramai peniaga dan usahawan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (SME) kini berdepan dengan aliran tunai yang terhad dan tanggungan kos yang tinggi, sehingga menjejaskan kelangsungan (survival) perniagaan mereka akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Justeru pengumuman Perdana Menteri untuk menyokong golongan peniaga dan majikan dalam bentuk diharapkan dapat memberikan kelegaan kepada segmen terpenting ekonomi negara ini untuk terus bertahan, antaranya:

- subsidi upah RM600 sebulan yang memberi manfaat kepada 3.3 juta pekerja berpendapatan bawah RM4,000 (RM5.9 bilion)

- tabung bantuan kemudahan khas (RM3 bilion), akses pembiayaan (RM6.8 bilion) dan skim bantuan mikro (RM700 juta) kepada SME di semua sektor

- jaminan 70%-80% pembiayaan perniagaan kepada sektor SME (RM5 bilion) dan sektor korporat (RM50 bilion) oleh Danajamin.

- bantuan aliran tunai kepada SME melibatkan penangguhan bayaran cukai pendapatan, penjadualan caruman KWSP majikan dan penangguhan bayaran wajib yang lain.

APAKAH PENANTIAN YANG TIDAK DIPENUHI?

Banyak pihak mengharapkan kerajaan dapat memberikan pengecualian cukai pendapatan dan potongan cukai yang lebih meluas, seperti yang diumumkan di Singapura, Indonesia dan beberapa negara yang lain.

Namun kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan dilihat belum mampu untuk menanggung pelepasan cukai yang tinggi dalam tempoh terdekat ini.

Malah kerajaan turut berdepan dengan kemerosotan pendapatan apabila harga minyak dunia jatuh ke paras bawah USD30 setong, berbanding unjuran dalam Belanjawan 2020 pada harga USD62 setong, yang dijangka menyumbangkan RM50.5 bilion atau 20.7 peratus daripada keseluruhan pendapatan.

APAKAH CABARAN PAKEJ RANGSANGAN INI?

Secara umumnya, pakej rangsangan ekonomi adalah tindak balas biasa apabila sesebuah negara berdepan dengan kelembapan ekonomi kerana pihak kerajaan berperanan untuk merancakkan aktiviti ekonomi (pump-priming) ketika pihak swasta dan pengguna cenderung untuk tidak berbelanja.

Faktor yang menjadi penentu keberkesanan sesuatu pakej rangsangan ekonomi adalah ‘kesan gandaan’ yang terhasil daripada setiap perbelanjaan kerajaan terhadap penjanaan pendapatan dalam ekonomi, yang turut bergantung kepada sentimen pengguna, keyakinan pelabur, dan harga komoditi, serta kecekapan di pihak kerajaan.

Justeru cabaran terbesar pakej rangsangan RM250 bilion ini adalah dalam aspek pelaksanaan yang efisyen dan pengagihan yang saksama.

Ini ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri yang telah mengarahkan Unit LAKSANA untuk memastikan pakej PRIHATIN ini dapat disalurkan ke segenap lapisan masyarakat dengan segera, serta dibantu oleh Kerajaan Negeri, institusi Baitulmal, sektor korporat dan badan NGO prihatin.

Dengan suntikan langsung fiskal kerajaan berjumlah RM25 bilion dan anggaran kesan gandaan (multiplier effect) yang sederhana, pakej rangsangan PRIHATIN berjumlah RM250 bilion ini dijangka dapat menampung penjanaan aktiviti ekonomi negara secara meluas, di samping melindungi kebajikan rakyat yang terjejas dengan wabak COVID-19.

Keutamaan perlu diberikan untuk mematahkan rantaian jangkitan wabak COVID19 dengan segera, supaya negara dapat memasuki fasa pemulihan kesihatan (health recovery) yang menjadi penentu utama kepada pemulihan ekonomi negara dan rakyat (economic recovery).

Segalanya bergantung kepada kerjasama dan kepatuhan kita dalam tempoh kawalan pergerakan sehingga 14 April 2020 ini.

- Syahir Sulaiman, Day#10 MCO-extended



ALOR SETAR - Gerakan Pembela Ummah Kedah (UMMAH Kedah) mendesak “Adun Angkat” dari kalangan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) yang dipertanggungjawab dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan wabak Covid -19 supaya membuat agihan bantuan secara saksama bukannya semata-mata kepada penyokong-penyokong Pakatan Harapan sahaja.

Pengerusi Ummah Kedah, Zulkifli Che Haron berkata, pemantauan yang di buat oleh pihaknya di kesemua tujuhbelas kawasan “Adun Angkat” tersebut mendapati agihan bantuan dilakukan kebanyakan dilakukan secara pilih bulu serta bertumpu kepada penyokong Pakatan Harapan.

Katanya lagi, rungutan dari rakyat juga mendapati gerak kerja agihan bantuan kepada asnaf yang memerlukan juga agak lembab dan tidak tersusun, menyebabkan mereka yang memerlukan bantuan tersebut berada dalam kesulitan dan kebanyakan asnaf terlepas pandang.

Zulkifli menambah, jika benar dakwaan bahawa agihan hanya bertumpu kepada kroni dan penyokong PH semata-mata, ia adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan amat mendukacitakan serta perlu dihentikan segera.

“Perlu difahami bahawa wang bantuan yang diumumkan oleh Menteri Besar, Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir adalah dari wang kerajaan, bukannya dari sumber kewangan parti PH, maka ia tidak sewajarnya digunakan untuk kroni dan penyokong PH bagi tujuan kepentingan politik, ujarnya.

Ummah Kedah mendesak “Adun Angkat” yang telah dipertanggungjawab tersebut menjalankan tugas tersebut dengan jujur dan profesional supaya rakyat yang terkesan dengan wabak Covid-19 dapat pembelaan sewajarnya.

“Laksanalah tugas dengan jujur dan bertanggungjawab, bukannya ingin menangguk “political millage” dalam situasi sukar begini, tegasnya.



MARANG, 27 Mac - Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi dijangka dapat merangsang kitaran ekonomi negara untuk segera pulih.

Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, inisiatif terbaharu kerajaan pusat itu juga memberi kelegaan kepada kepada petugas barisan hadapan, peniaga dan rakyat di segenap lapisan.

"Ia sangat menyeluruh, dan benar-benar prihatin terhadap kesusahan dan keresahan rakyat yang terjejas dengan wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau yang juga Presiden PAS, pakej Prihatin tersebut akan berjaya dilaksanakan melalui kesungguhan Jemaah Menteri yang telah ditunjukkan dan mendapat dukungan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

"Semoga Allah memberi petunjuk-Nya kepada para pemimpin untuk menghadapi cabaran kesihatan, ekonomi dan sosial yang melanda tanah air tercinta ini," tambah beliau.

Sumber: https://www.teganukita.net/2020/03/pakej-prihatin-ransang-kitaran.html


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan tsunami gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara ini berikutan jumlah besar rakyat Malaysia bercuti ke luar negara semasa tempoh cuti sekolah awal bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan kini merupakan sebahagian daripada persediaan menghadapi gelombang ketiga.

"Kami menjalankan PKP ini sebagai persiapan untuk ekspektasi kami, di mana tiga minggu lalu kami fikir akan ada gelombang ketiga, atau apa yang kami panggil tsunami," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa kesihatan mendapati ramai rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk bercuti sepanjang tempoh itu, termasuk ke Jepun dan Korea.

Ini katanya walaupun negara-negara berkenaan dikenal pasti sebagai berisiko tinggi untuk dilawati bersama Itali dan Iran.

Beliau mendedahkan terdapat kementerian memberi kelulusan kepada 8,000 kakitangannya untuk bercuti di luar negara



Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN.

Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.

Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesarasebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4200.



Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.

Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak
RM1200.

Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.

Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.

Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan
ialah sebanyak RM8,664. Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat.

#terimakasihpmmalaysia


oleh:Abdul Mu'izz Muhammad
27 Mac 2020.

Dalam beberapa hadith, Nabi menjelaskan bahawa surah al-Kahfi adalah bekalan untuk melindungi diri dari fitnah Dajjal. Ia merupakan kemuncak ujian ke atas manusia. Terkandung di dalam surah al-Kahfi, kaedah-kaedah mendepani bencana, sekalipun di waktu sebelum munculnya Dajjal.

⚫ Bersembunyi, Jangan Keluar.

Ketika Ashabul Kahfi terancam, Allah mengilhamkan mereka agar bersembunyi. Mereka mendiam di dalam gua dalam tempoh 309 tahun. Uzlah mereka berpahala, kerana ingin menjaga keselamatan diri.

Dalam beberapa petunjuk hadith-hadith Nabi, terdapat juga pesanan agar bersembunyi ketika munculnya fitnah yang dahsyat. Nabi menjelaskan bahawa yang duduk lebih baik dari yang berdiri, yang berdiri lebih baik dari yang berjalan & yang berjalan lebih baik dari yang berlari.

Sekalipun pesanan Nabi itu terkait dengan fitnah konflik kekacauan. Namun kefahaman yang perlu diambil adalah, ada ketikanya sikap pasif itu perlu.

⚫ Jika Perlu Keluar, Seorang Wakil Sahaja.

Saat Ashabul Kahfi disedarkan dari tidur yang lama, mereka terasa lapar. Lantas mereka mewakilkan hanya seorang sahaja dari mereka untuk keluar dari gua bagi mendapatkan makanan.

Wakil itu pula dikirimkan dengan duit yang telah disediakan & dipesan agar cari makanan-makanan keperluan yang terbaik, yang sesuai dengan kondisi mereka. Bukan sekadar itu, wakil tersebut diingatkan agar berwaspada. Dia perlu sentiasa beringat bahawa pemergiannya bukan untuk berlibur.

فَابْعَثُوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا

"Maka suruhlah salah seorang dari kamu semua agar pergi ke kota dengan membawa duit & hendaklah dia mencari makanan yang terbaik. Maka bolehlah dia bawa pulang kepada kamu rezeki itu. Dan hendaklah dia berjalan secara cermat, berwaspada agar tidak sekali-kali menceritakan hal kamu semua kepada seorang pun" - al-Kahfi 19.

⚫ Tidak Meninggalkan Faktor Asbab.

Kisah terakhir dalam surah al-Kahfi, Allah menceritakan perihal seorang maharaja yang adil & hebat. Zulqarnain dikurniakan kekuasaan oleh Allah, menakluk Timur & Barat.

Di awal penceritaan, Allah menggambarkan bahawa Zulqarnain seorang yang kuat berusaha. Sikap mengambil asbab merupakan syarat bagi melengkapi tawakkal yang benar. Islam tidak mengajar umatnya berserah pada takdir tanpa usaha.

إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِن كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا

"Sesungguhnya Kami telah kurniakan buatnya kekuasaan ke atas dunia. Dan Kami telah datangnya bersamanya bagi setiap sesuatu, sebab" - al-Kahfi 84.

⚫ Komunikasi Antara Rakyat & Pemerintah.

Dalam kisah Zulqarnain, Allah menceritakan aduan rakyatnya yang sedang berdepan dengan ancaman Ya'juj & Ma'juj. Sekalipun bahasa rakyatnya sukar difahami, namun Zulqarnain tetap memenuhi permintaan mereka & tidak menjadikan masalah komunikasi sebagai alasan.

وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوْمًا لَّا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًا

"Dia (Zulqarnain) berjumpa dengan kaum antara dua (lereng bukit) yang hampir tidak difahami kata-kata mereka" - al-Kahfi 93.

⚫ Kerjasama Antara Rakyat & Pemerintah.

• Rakyatnya memilik kesedaran yang tinggi. Mereka yang mengambil langkah awal, mengadu kepada Zulqarnain akan bahaya yang datang dari Ya'juj & Ma'juj. Bukan sekadar itu, rakyatnya menawarkan diri untuk dikutip bayaran khas bagi mendepani ancaman tersebut.

يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا

"Wahai Zulqarnain, sesungguhnya Ya'juj & Ma'juj merupakan perosak di atas muka bumi ini. Maka apakah perlu kamu berikan kepadamu bayaran untuk kamu binakan antara kami & mereka tembok pemisah?" - al-Kahfi 94.

• Zulqarnain pantas memberi respon positif dengan tidak mengambil kesempatan untuk menambah beban rakyatnya. Bahkan beliau menyatakan apa yang sedia ada dalam perbendaharaan negara sudah memadai. Zulqarnain meminta kerjasama rakyatnya agar dapat sama-sama membina tembok pertahanan yang memisahkan mereka dengan Ya'juj & Ma'juj.

مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا

"Apa yang telah dianugerahkan oleh Tuhanku adalah lebih baik. Maka bantulah aku dengan kekuatan tenaga agar aku buatkan tembok penghalang antara kamu semua & mereka" - al-Kahfi 95.

Sememangnya apabila berlaku bencana, komunikasi & kerjasama antara rakyat & pemerintah mesti diurus sebaik mungkin. Bahkan, pemerintah perlu terlebih dahulu mengeluarkan belanja & menunjukkan contoh pengorbanan bagi mendepani bencana.

⚫ Berkongsi Semangat Positif & Berdoa.

Allah telah berpesan kepada Nabi & kita semua agar terus berhubung dengan orang-orang baik. Mudah-mudahan kebaikan mereka, termasuk semangat ketaatan dari mereka dapat dikongsi bersama.

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ

"Dan bersabarlah kamu (wahai Muhammad) agar tetap bersama dengan golongan yang sentiasa mengadu kepada Tuhan mereka di waktu pagi & petang dengan mengharapkan keredhaanNya" - al-Kahfi 28.

Begitu juga Allah telah mengajar kita akan doa Ashabul Kahfi yang sesuai dipanjatkan ketika waktu sukar & tertekan. Doa ini sebagai permintaan kepada Allah agar Dia kurniakan rahmat buat kita & agar Dia kurniakan petunjuk. Sememangnya di waktu panik, kita sangat perlukan petunjuk.

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

"Wahai Tuhan Kami, kurniakan buat kami dari sisimu rahmat & sempurnakanlah petunjuk yang lurus dalam urusan kami" - al-Kahfi 10.

⚫ Sebuah Pedoman.

Al-Quran merupakan kitab petunjuk. Walaupun bencana Covid-19 yang melanda dunia hari ini, belumlah sampai ke tahap fitnah Dajjal sepenuhnya yang terkait dengan pedoman surah al-Kahfi.

Namun melihat kaedah-kaedah umum yang termuat di dalam surah tersebut, menyedarkan kita bahawa al-Quran telah awal-awal mengajar umat Islam agar menjadi golongan yang pandai mengurus diri ketika datangnya bencana.

Semoga Allah selamatkan kita, di dunia & di akhirat. Amin.


Sumber: https://www.facebook.com/100000623571778/posts/3073054572725298

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget