Usul undi percaya amat wajar


Usul undi percaya kepada Perdana Menteri yang akan dicadangkan PAS pada sidang Parlimen akan datang adalah sangat wajar dan bertepatan dengan klimaks politik terkini negara. Kecelaruan dan ketidakstabilan politik yang melanda negara harus diperbetulkan malah ketidakstabilan politik yang berpanjangan akan merugikan negara terutamanya dari segi pembangunan, ekonomi, kehidupan sosial seharian rakyat dan pertumbuhan jangka panjang negara.

Isu peralihan kuasa yang digembar – gemburkan sekarang sebenarnya tidak harus berlaku dan Perdana Menteri wajar diberi peluang untuk mentadbir negara sehingga habis penggal. Namun isu ini sudah menjadi permasalahan kepada negara dan menjadi perdebatan hangat di kalangan rakyat hingga mengusutkan lagi keadaan. Kita tidak mahu ia menjadi beban dan menyebabkan negara menjadi kucar-kacir kerana kuasa adalah kemuncak segalanya.

Kuasa pemerintahan negara harus diletakkan pada tangan yang betul, pemimpin yang baik, benar dan jujur. Percakaran politik yang berpanjangan yang tidak akan menguntungkan sesiapa malah lebih banyak mengundang masalah. Kekusutan politik sekarang juga mampu memberi kesan negatif kepada rakyat kerana ia menjejaskan produktiviti mereka kerana terlalu memikirkan masa depan mereka.

PAS juga tidak mahu sistem pentadbiran negara menjadi kucar – kacir akibat kekusutan politik ini. PAS juga tidak mahu ada anasir – anasir luar yang mengambil kesempatan dengan ketidaktentuan politik negara sekarang seperti apa yang berlaku di banyak negara di dunia sekarang. PAS juga tidak mahu berlaku sabotaj mahupun tindakan luar jangka yang mampu melemahkan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Oleh itu PAS memberikan satu solusi yang bertepatan dengan keadaan politik sekarang kerana tidak mahu negara terjerumus dalam pelbagai masalah. Mengusulkan undi percaya kepada Perdana Menteri dalam sesi Palimen akan datang adalah satu tindakan tepat dan wajar. Apabila usul ini dikemukan kelak, rakyat jelata mampu melihat dengan jelas siapa sebenarnya yang menyokong Perdana Menteri dan siapa yang tidak terutamanya di kalangan ahli Parlimen PH. Dengan usul ini juga kita mampu menjangkakan siapa yang berpura-pura menyokong Perdana Menteri dan mempunyai agenda belakang tabir untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Parlimen adalah kemuncak kuasa dalam negara. Jika ada di antara ahli Parlimen yang secara berselindung bertindak mencatur untuk menjatuhkan Perdana Menteri seperti yang digembar – gemburkan, maka sudah tentu mereka akan mengundi untuk tidak menyokong usul tersebut dan berkemungkinan akan mengemukan usul susulan seperti undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Di pentas Dewan Rakyat pada sessi Parlimen akan datang inilah kita akan kenal siapa yang hipokrit dan siapa yang jujur. Biar seluruh rakyat tahu siapa ahli Parlimen mereka terutamanya dari PH yang benar-benar menyokong Perdana Menteri atau tidak. Kerana jika mereka tidak menyokong, mereka sebenarnya hanya berpura-pura menyokong Tun Dr. Mahathir selama ini dan bolehlah dirumuskan mereka hanya menggunakan Tun Dr. Mahathir untuk agenda politik mereka.

Sesudah mereka berkuasa dan menjadi kerajaan, mereka sebenarnya sedang mencari jalan untuk mengeluarkan Tun Dr. Mahathir dari PH mahupun kerajaan. Itulah yang boleh kita simpulkan jika usul undi percaya dilakukan dan melihat keputusannya. Saya pasti setiap pengundi mahupun rakyat jelata tidak mahu wakil rakyat yang dipilih mereka bersikap bermuka-muka dan hipokrit. Jika dengan Tun Dr. Mahathir boleh dilakukan, apalah sangat dengan kita rakyat biasa.

Saya percaya rakyat sedar keadaan politik sekarang tidak membawa apa-apa manfaat kepada mereka. Malah saya juga percaya rakyat tidak mahu keadaan seperti ini berpanjangan. Sudahlah berbagai janji tidak ditunaikan serta menyusahkan rakyat, kita tidak mahu ketidakstabilan politik yang berpanjangan akan menyusahkan lagi rakyat.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget