NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Usah Pertikai Budibicara YDPA


oleh: DR MUHAMMAD FATHI YUSOF

Ketetapan YDPA tidak boleh dipersoal dan dirayu. Perkara 40(2) secara jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:(a) melantik seorang Perdana Menteri.
YDPA mempunyai kuasa yang amat luas dalam melaksanakan budibicara ini. Dalam Perkara 43(2) (a) disebut bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang “pada hematnya mungkin” mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri;

Perkataan “pada hematnya” dan perkataan “mungkin” menggambarkan betapa luasnya budibicara YDPA.

Rakyat sudah bosan dengan polemik dan pergolakan politik. Rakyat mahukan pentadbiran yang lancar bagi memacu pembangunan negara. YDPA telah membuat keputusan yang jelas. Oleh itu, dinasihatkan agar semua pihak menerima dengan hati yang lapang dan tidak mempersoal ketetapan YDPA.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo