NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ummah Selangor Menyokong Kerajaan Baru Yang Sejahtera


1) UMMAH Selangor mengucapkan tahniah diatas perlantikan semula Tun Dr Mahadir Mohamad sebagai Perdana Menteri (Interim) Malaysia

2) Ia seiring dengan sokongan yang diberikan oleh UMMAH Pusat kepada Tun Dr Mahadir Mohamad

3) Kami amat mengharapkan pembentukan kerajaan yang baru ini nanti dapat menjadi kerajaan yang berdaulat dalam menjunjung perlembagaan negara serta menjaga perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama.

4) Islam merupakan agama rasmi Malaysia, maka UMMAH Selangor mengharapkan kerajaan di bawah pimpinan Tun Mahadir dapat memberikan jaminan yang menyeluruh kepada umat Islam di negara ini dan bangsa melayu sabagai bangsa yang majoriti tanpa mengabaikan hak kepentingan bangsa dan agama lain.

5) UMMAH Selangor akan sentiasa memberikan dokongan serta sokongan diatas segala usaha murni yang akan dilaksanakan oleh kerajaan baru kelak

6) UMMAH Selangor juga mengharapkan kestabilan kerajaan Negeri Selangor dalam memberikan kerjasama yang baik kepada kerajaan pusat demi kepentingan rakyat dan negara.

Ust. Kamalhsyam & Farhan Suhut
Pengerusi Ummah Selangor
Presiden Geng Ustaz

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo