NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M sebagai PM8, PAS dan Umno tolak Kerajaan Perpaduan bersama DAP


Ahmad Fadhli Shaari,
Ahli Parlimen Pasir Mas.

25 Februari 2020

Alhamdulillah, telah selesai melaksanakan tugasan sebagai Ahli Parlimen apabila dititahkan mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung sebentar tadi bersama-sama kesemua ahli Parlimen PAS di Istana Negara. Kali pertama di dalam sejarah tanah air apabila ahli parlimen dipanggil seorang demi seorang untuk mengadap bagi mempersembahkan cadangan nama Perdana Menteri seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Pendirian PAS ialah jelas sebagaimana yang diumumkan oleh Dato Setiausaha Agung PAS di dalam sidang media selepas proses tersebut tadi ; iaitu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri namun tanpa penyertaan DAP. Pada PAS, DAP ialah satu bentuk virus yang boleh merosakkan pentadbiran negara sekalipun penyertaan parti itu hanya dalam bentuk minima.

Justeru, apabila Tun Dr Mahathir tetap bercadang mahu membentuk kerajaan Unity Government iaitu kerajaan tanpa pembangkang dengan penyertaan DAP, ia merupakan cadangan yang terpaksa ditolak oleh PAS bersama-sama UMNO di dalam Muafakat Nasional.

Tuntutan kami berikutnya ialah parlimen harus dibubarkan semula bagi memberikan laluan kepada satu pilihanraya umum dengan kadar yang segera. Semoga SPB Yang Dipertuan Agung diberikan petunjuk untuk membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo