NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Berkuasa Penuh?



Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara hari ini menyebut: “BAHAWASANYA menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan”.


Warta ini juga menyebut: “Diberitahu bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad, adalah dipertanggungkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan Kerajaan Persekutuan dan perkara yang baginya jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan Menteri lain dalam Jemaah Menteri.”

Amat menarik untuk diteliti ayat-ayat yang digunakan di dalam Warta ini, khususnya:
(1) Ketiadaan istilah “interim” selepas istilah “Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan” yang menimbulkan pertanyaan apakah kuasa-kuasa yang dipunyai oleh Tun Dr Mahathir adalah kuasa-kuasa sama yang dipunyai oleh Perdana Menteri biasa.
(2) Kewujudan ayat “sehingga pelantikan Menteri lain dalam Jemaah Menteri” sahaja yang menimbulkan pertanyaan mengapakah ayat ini tidak menjadi “sehingga pelantikan Perdana Menteri dan Menteri lain dalam Jemaah Menteri”.

Bandingkan kandungan Warta ini dengan kandungan kenyataan media Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, pada 24 Februari lalu yang menyebut: “Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk melantik Tun Dr Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan”.

Kenyataan media ini juga menyebut: “Justeru dalam tempoh ini beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik dan kabinet dibentuk”.

Di saat kritikal begini, perkara-perkara yang mungkin dianggap kecil sekalipun mungkin boleh memberi perbezaan, dan bila ada perbezaan, pastilah Warta yang akan terpakai.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo