NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syed Saddiq Lari Lompat Pagar: Mohon Maaf Kepada Ahli Umno Atau Disaman!


Saya telah minta Pergerakan Pemuda UMNO Johor yang diketuai Saudara Mohd Hairi Mad Shah untuk membuat laporan polis terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana memfitnah UMNO yang dituduh mencetuskan huru hara dalam program Armada PPBM sehingga beliau terpaksa melompat pagar meninggalkan ibunya tercinta dan penyokong-penyokong Armada yang lain malam tadi.

Diharapkan pihak polis dapat segera menyiasat YB Syed Saddiq di bawah Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan kerana memiftnah dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salahguna kemudahan komunikasi untuk sebaran maklumat jelik.

Susulan daripada itu juga Barisan Peguam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai Ketua Sekretariat Peguam Muda PPUM Saudara Nik Saiful Adli Pok Nik Li akan menghantar notis tuntutan kepada Syed Saddiq untuk meminta beliau mengeluarkan perkataan fitnah terhadap UMNO daripada status Facebook dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli umno di Facebook. Jika gagal, Pemuda UMNO akan memfailkan saman fitnah di mahkamah.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

1 Februari 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo