Spekulasi PRU Baru Dari Mereka Yang Sedang Lara


oleh: Dr Kamarul

Banyak spekulasi yang sengaja ditiupkan kononnya Yang di-Pertuan Agong lebih berkenan supaya Parlimen dibubarkan bagi membolehkan satu pilihan raya umum baru dilangsungkan.

Spekulasi ini, pada hemat saya, sengaja ditiupkan oleh sesetengah pihak bagi mengubat hati mereka yang sedang lara sedangkan ia boleh mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong.

Kedudukan sebenarnya adalah begini:

(1) Mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, pembubaran Parlimen hanya boleh berlaku jika Perdana Menteri yang tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat meminta Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Pembubaran Parlimen tidak berbangkit dalam keadaan Perdana Menteri tidak berhadapan dengan masalah di dalam mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

(2) Mengikut Perkara 40 (1) dan Perkara 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan, pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat, dan, apabila dinasihati, hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

(3) Mengikut Perkara 43 (5) dan Perkara 43 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan, pelantikan mana-mana Menteri boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan pelantikan mana-mana Menteri lain boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Kita masih ada Perdana Menteri yang masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong yang, apabila dinasihati, hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

Jadi di mana masalahnya sehingga kononnya perlu kepada satu pilihan raya umum baru?

Takkanlah penasihat undang-undang Yang di-Pertuan Agong tidak arif akan perkara ini.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget