Sidang Media Setiausaha Agong Umno Dan Setiausaha Agong PAS


SIDANG MEDIA SETIAUSAHA AGONG UMNO DAN SETIAUSAHA AGONG PAS

PENDIRIAN PEMBANGKANG - KEJATUHAN KERAJAAN PH

1. Semua Ahli Parlimen blok pembangkang telah diperkenan mengadap dan ditemuduga oleh YDPA pada petang ini.

2. Blok pembangkang menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih diatas perkenan YDPA.

3. Mengesahkan pada hari Ahad yang lalu Presiden-Presiden parti pembangkang telah diperkenan untuk mengadap YDPA dan menyampaikan suatu deklarasi (SD) bersedia untuk menyokong Tun Dr Mahathir sekiranya beliau membentuk sebuah gabungan yang baru dengan syarat tidak melibatkan DAP.

4. Tiada isu pintu belakang atau depan kerana setelah PPBM dan Team Azmin mengumumkan keluar dari PH, secara jelas kerajaan PH telah runtuh.

5. Terdapat beberapa proses perundingan tetapi sesuatu diluar jangkaan berlaku iaitu Perdana Menteri meletakkan jawatan.

6. Perdana Menteri Interim dilantik dan ada cadangan baru untuk membentuk “Unity Government” dimana UMNO, MCA, MIC, PAS dan PBRS mendapati ia banyak bercanggah dengan dasar parti masing-masing.

7. Dalam keadaan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri di bawah kerajaan PH yang hanya mempunyai 4 parti pun tidak mampu untuk mengurus dengan baik sehingga kerajaan PH telah runtuh inikan lagi "Unity Government" yang mempunyai berbelas parti.

8. "Unity Government" juga dilihat tidak sesuai dengan sistem demokrasi berparlimen yang sekian lama diamalkan di negara ini.

9. Tun Mahathir cuba untuk mewujudkan kerajaan tanpa pembangkang yang terlalu jauh dari amalan kebiasaan negara ini kerana kita memerlukan pembangkang untuk "check and balance" kerajaan sedia ada.

10. "Unity Government" ini juga sebenarnya memberikan kuasa mutlak kepada Tun Mahathir untuk melantik sesiapa sahaja yang beliau suka tanpa merujuk kepada mana-mana parti.
Pendirian blok pembangkang telah dipersembahkan kepada YDPA bahawa sokongan kepada Tun Dr Mahathir mestilah tanpa DAP sepertimana deklarasi (SD) yang jelas terhad kepada pembentukan gabungan baru tanpa DAP. Selain dari itu ia tidak terpakai. (tidak valid)

11. Blok pembangkang mempersembahkan kepada YDPA supaya mandat diserahkan semula kepada rakyat melalui pilih raya. Blok pembangkang sebulat suara memohon perkenan YDPA untuk MEMBUBARKAN PARLIMEN.

12. Kegagalan PH selama 22 bulan ini memperjudikan nasib rakyat. Kembalikan semula kepada rakyat untuk memilih parti mana yang mampu menjadi kerajaan yang baik.

"KEMBALKAN KUASA & MANDAT KEPADA RAKYAT"
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget