NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sarawak: Dr Tiki sertai PSB


BAU: Datuk Dr Tiki Lafe yakin Parti Sarawak Bersatu (PSB) mampu menang dan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

Dr Tiki yang merupakan calon PSB di kerusi Tasik Biru berkata parti yang disertainya ini dibentuk oleh anak-anak Sarawak dan untuk anak-anak Sarawak.


“Ada yang bertanya mengapa saya menyertai PSB? Apa yang saya lihat dalam PSB ialah parti ini berpotensi untuk menang.

“Malah parti ini mempunyai wakil rakyat dan calon dari semua kaum yang akan berjuang untuk semua serta membawa Sarawak ke masa depan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Khidmat PSB N.2 Tasik Biru di Kampung Suba Bandar di sini, hari ini.

Dr Tiki yang juga bekas ahli parlimen Mas Gading menambah kemunculan kembali beliau dalam politik selepas lima tahun berehat turut menjadi persoalan ramai pihak.

Namun bagi Dr Tiki beliau mempunyai sebab sendiri untuk kembali semula dalam politik di bawah PSB.

Salah satu sebab utama katanya adalah kebimbangan beliau terhadap masa depan generasi baharu disebabkan perkembangan politik semasa yang kurang sihat.

“Jika tidak sekarang bila lagi kita harus berjuang. Sebab itu saya membuat keputusan untuk kembali dalam politik.

“Berdasarkan pengalaman yang saya miliki sebelum ini, saya berharap saya dapat menyumbang kepada rakyat dan parti,” ujarnya.

Dr Tiki turut berharap parti yang disertainya PSB akan dapat menguasai kerajaan negeri pada pilihan raya negeri yang akan datang.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo