NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perletakan Jawatan: Tun Dr Mahathir Catat Rekod Jadi Perdana Menteri Tiga Kali?



Bacaan saya ialah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi menunjukkan sikap kebertanggungjawaban beliau kepada parti-parti komponen Pakatan Harapan.

Dengan meletakkan jawatan maka Tun Dr Mahathir akan terlepas dari bebanan tuduhan bahawa beliaulah punca kepada runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan yang menaikkan beliau dahulu.

Sekarang terpulanglah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang Perdana Menteri baru yang “pada hemat Baginda” mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Jika “pada hemat Yang di-Pertuan Agong” Tun Dr Mahathir masih mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat maka Tun Dr Mahathir lah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri baru.

Satu lagi rekod menunggu untuk tercatat, iaitu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sebanyak tiga kali, sekali gus melempar terus peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo