LTTE: Tommy pilih bulu?



Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini menarik balik pertuduhan terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan kumpulan pengganas LTTE berkuat kuasa serta merta.

Hal ini sekaligus melepaskan segala pertuduhan terhadap exco Melaka G Saminathan dan ADUN Seremban Jaya P Gunasekaran iaitu pemimpin DAP yang menyokong kumpulan pengganas ini.

Peguam Negara mengatakan adalah tidak menjadi kesalahan untuk individu mempunyai idola yang diagungkan. Jadi adakah menganggungkan Osama bin Laden dan Abu Bakr al-Baghdadi tidak menjadi kesalahan di Malaysia?



Mana-mana tokoh yang terlibat dengan aktiviti keganasan tidak boleh diagungkan kerana akan mendorong ideologi terrorisme berkembang di Malaysia. Kestabilan politik dan ketenteraman awam adalah keutamaan pihak PDRM dan kerajaan.

Tindakan ini adalah berbahaya kepada negara dan juga rakyat Malaysia kerana selama ini kerajaan BN tidak pernah melepaskan mana-mana individu yang disabitkan dengan kumpulan pengganas.

Maruah Malaysia juga telah dicalarkan kerajaan PH kerana negara luar seperti India, Amerika Syarikat, Sri Lanka dan Kesatuan Eropah mengklasifikasikan LTTE sebagai kumpulan pengganas yang diharamkan di negara mereka. Di Malaysia, menyokong LTTE tidak menjadi satu kesalahan.

Kerajaan PH dan Peguam Negara telah mencabul kedaulatan undang-undang negara kerana tunduk dengan kepentingan politik DAP.

Tidak mustahil, Malaysia akan menjadi negara tumpuan pengganas seperti DAESH, Abu Sayaf dan juga LTTE menjadikan tanah air kita sebagai pusat operasi kerana kerajaan yang memerintah negara mengiktiraf kehadiran mereka.

#YaAllahSelamatkanlahNegaraku

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

https://www.facebook.com/590560096/posts/10158111992285097/?d=n
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget