NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laungan Takbir Iringi Pengumuman Muhyiddin Sebagai PM


KUALA LUMPUR – Suasana di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin bertukar ceria sebaik masing-masing mendapat maklumat bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan pelantikannya sebagai Perdana Menteri.


Penyokong dan Ahli Parlimen BERSATU dilihat saling berpelukan dan bersalaman sambil mengucapkan tahniah sesama mereka.

Turut kedengaran jeritan kegembiraan, sebelum disusuli laungan takbir serta linangan air mata beberapa individu.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang tiba di kediaman itu ketika maklumat kemenangan Perikatan Nasional mula diperoleh, hanya tersenyum, namun enggan memberi sebarang komen.

Wartawan dan jurugambar yang berada di hadapan kediaman Muhyiddin masih menunggu bakal Perdana Menteri kelapan itu keluar daripada rumah untuk mendapatkan komen berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong itu.

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Perkara itu diputuskan baginda selepas mendapat representasi daripada semua ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta Ahli Dewan Rakyat yang bebas. – BH Online

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660644/laungan-takbir-iringi-pengumuman-muhyiddin-sebagai-pm

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo