NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Baru Tanpa Pilihan Raya Umum

Gambar sekadar hiasan*
oleh: MFY

Ada yang bertanya, boleh ke tubuhkan kerajaan baru tanpa melalui pilihan raya umum?

Jawapannya, boleh.

Sistem pilihan raya Malaysia berasaskan individu calon bukan berasaskan parti.

Walaupun seseorang Ahli Parlimen bertanding dan menang menggunakan lambang parti, dia tetap bebas untuk menentukan pendirian yang berbeza dengan partinya.

Penubuhan sesebuah kerajaan adalah berdasarkan kehendak individu Ahli Parlimen, bukannya kehendak parti.

Parti dan gabungan parti adalah entiti yang menghimpunkan Ahli-ahli Parlimen dalam menentukan sokongan kepada sesebuah kerajaan yang ditubuhkan.

Jika terdapat perubahan sokongan, maka boleh wujud gabungan baru atau parti baru, atau penyertaan dalam parti atau gabungan lain bagi menubuhkan kerajaan baru.

Soal nama tidak penting. Nak namakan sebagai Pakatan Nasional, Muafakat Harapan dan Gagasan Harmoni atau apa saja nama, terpulang kepada mereka yang berkenaan.

Apa yang penting ialah angka. Siapa yang ada sokongan 112 daripada 222 Ahli Parlimen, maka dia berhak memegang tampuk pemerintahan.

Sebagai rakyat kita doakan agar apa sahaja perubahan politik yang berlaku mendatangkan kebaikan buat semua.

Sumber: https://www.facebook.com/fathiyusof/posts/10215668654446268


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo