NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalau Tiada Majoriti, Tak Usah Mimpi


oleh: MFY

Konsep kerajaan minoriti hanya relevan bila sesebuah kerajaan yang sedang memerintah hilang sokongan majoriti.

Kerajaan minoriti sepatutnya tidak wujud dalam proses pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43.

Ini kerana perkara 43 secara jelas mensyaratkan PM yang ingin dilantik memiliki 'kepercayaan' majoriti anggota Dewan Rakyat.

Konsep 'kepercayaan' amat penting kerana ia diperlukan bagi menjamin kestabilan politik.

Kalau PM tiada sokongan majoriti dalam dewan, dia mungkin kecundang melalui undi tidak percaya.

Kerajaan pula berdepan masalah besar bila belanjawan tidak dapat diluluskan.

Dalam situasi tiada yang memperoleh kepercayaan majoriti, pilihan terbaik ialah memulangkan semula kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Sumber: https://www.facebook.com/fathiyusof/posts/10215692455241273

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo