Ramai juga rakan-rakan yang bertanya: Mengapa pemberhentian prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan LTTE dibuat pada hari ini, Jumaat, 21 Februari 2020?
Saya tidak mahu terjebak untuk mengulas persoalan masa pemberhentian prosiding terhadap 12 tertuduh LTTE ini dibuat, tetapi sekadar mahu menyentuh implikasinya.
Membaca kenyataan 28 perenggan Peguam Negara seolah-olah membaca hujahan peguam-peguam bela kepada 12 tertuduh di mahkamah untuk membebaskan mereka.
Begitupun, selain daripada implikasinya ke atas nasib 12 tertuduh tersebut, keputusan mengejut Peguam Negara ini, pada hemat saya, memberi implikasi besar kepada:
(1) Wibawa Jabatan Peguam Negara: Tertuduh ditangkap pada 10 Oktober 2019 dan didakwa di mahkamah pada 29 Oktober 2019. Kertas pertuduhan dirangka, dan pendakwaan dibuat, oleh Jabatan Peguam Negara sendiri. Jika pertuduhan tidak kuat, mengapa pendakwaan masih dimulakan? Jika ada kesilapan, mengapa hanya setelah 4 bulan, iaitu 21 Februari 2020, baru kesilapan ini disedari dan mengapa kenyataan Peguam Negara langsung tidak mengandungi sebarang permohonan maaf atas kesilapan ini?
(2) Wibawa Polis Di-Raja Malaysia: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, menyebut polis mempunyai bukti kukuh menahan 12 tertuduh. Mengikut Datuk Ayob Khan, ada antara tertuduh yang merancang menyerang kedutaan Sri Lanka di Kuala Lumpur dan ada transaksi kewangan yang besar, tetapi kenyataan Peguam Negara langsung tidak menyebut aspek-aspek ini.
(3) Imej dan dana kerajaan: Keputusan dan hujah-hujah yang diberikan oleh Peguam Negara hari ini sudah pasti akan digunakan balik oleh sebahagian daripada mereka yang telah pernah atau sedang ditahan di bawah SOSMA untuk menuntut pembebasan mereka dan untuk menuntut gantirugi, yang jumlahnya pastinya bukan sedikit, daripada pihak kerajaan di atas dakwaan penahanan secara salah. Ia juga sudah pasti akan menyukarkan cubaan untuk menahan dan mendakwa di bawah SOSMA di masa hadapan.
Apakah pemberhentian prosiding terhadap 12 tertuduh LTTE ini, dua daripadanya adalah ADUN DAP, adalah kemenangan untuk DAP? Belum pasti, kalaupun bukan jauh sekali.
Pengasas Urimai P Ramasamy berkata, tugas utama partinya adalah memberikan ‘pengajaran yang menyakitkan kepada kerajaan Madani pimpinan PH’....
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment