NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Guan Eng berkuasa 4 hotel TH?



BANGI, 26 Jamadilakhir 1441H, Khamis – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dipercayai bakal menguasai empat buah hotel milik Tabung Haji (TH), dan bukannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa, perkara berkenaan dibangkitkan merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

"Kebetulannya, timbalan menteri kewangan menyatakan: "Bila hotel dapat dijalankan dengan baik nanti, kita akan beri TH untuk sama ada dia nak balik ke tidak masa itu. Kalau waktu itu TH kata kami rindulah, nak balik semula dengan anak dia semula, ya, kita boleh berunding." katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, kenyataan berkenaan menimbulkan tanda tanya sekiranya janji yang tidak bertulis itu boleh dipegang.

"Pertama, adalah begitu senang sekalikah pemindahan empat buah hotel ini dibuat kembali, sedangkan pemindahan ini adalah urus niaga rasmi yang lengkap dengan perjanjian bertulisnya, di mana Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) telah menerbitkan sukuk sejumlah RM19.6 bilion dan membayar RM300 juta tunai bagi melengkapkan transaksi ini?

"Kedua adalah kenyataan rasmi TH dan UJ memaklumkan bahawa, langkah pengambilalihan operasi hotel-hotel ini dari TH adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh UJ bagi memenuhi mandat yang telah diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan komitmen kerajaan.

"Soalannya pula adalah, mana satu mandat yang didakwa telah diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan komitmen kerajaan ini? Jika tujuannya adalah bagi mengurangkan komitmen kerajaan mengapa ia dipindahkan ke UJ, syarikat milik kerajaan, dan logikkah ia dipindahkan kembali ke kerajaan (TH)?," soalnya.

Terdahulu, tular di media sosial sepucuk surat bertarikh 17 Februari 2020 dari TH Hotel & Residences Sdn Bhd (THHR) mengenai penutupan operasi empat rangkaian hotel TH.



Bagaimanapun, TH dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) dalam kenyataan bersama berkata, operasi yang telah dipindah milik kepada UJ akan diteruskan di bawah UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM) iaitu anak syarikat milikan penuh pengurusan baharu itu.

Hotel yang terbabit ialah TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Bayan Lepas, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu dan akan kekal sebagai hotel patuh syariah dengan nama baharu iaitu Hotel Raia mulai 1 April ini.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2020/02/20/guan-eng-berkuasa-4-hotel-th/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo