Airbnb, Booking.com antara 112 syarikat yang berperanan menghapuskan Pal.estin


oleh: Nadir Al-Nuri,
Bandar Gaza.

UN baru sahaja mengeluarkan senarai 112 syarikat yang mempunyai hubungan dengan penempatan haram Israel di tanah jajahan Pale.stin.

Ia adalah dapatan kajian yang dibuat hasil undian resolusi UN yang didesak empat buah negara pada tahun 2016 iaitu Senegal, New Zealand, Venezuela dan negara kita yang tercinta Malaysia.

Antara syarikat yang disenaraikan adalah gergasi-gergasi dunia travel dan pengembaraan AirBnB, TripAdvisor, Booking.com, Expedia, syarikat telekomunikasi Motorola dan syarikat makanan General Mills yang antara lain menghasilkan 'cereal' jenama Cheerios.

Dianggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram Zionis tinggal di sekitar 140 penempatan haram yang dibangunkan di Tebing Barat dan Kota Al-Quds Timur.

Penempatan haram ini dipersetujui majoriti negara termasuk UN sebagai melanggar undang-undang antarabangsa.

Walaubagaimanapun pelan Deal Of The Century Trump yang diumumkan minggu lepas cuba menghalalkan penempatan ini yang selepasnya, akan meninggalkan Pal.estin dengan baki hanya 15% daripada negara asal.

Syarikat-syarikat yang disenaraikan samada
1. Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk membangunkan penempatan haram Zioni.s baru,
2. Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk memusnahkan rumah, tanah pertanian, pohon zaitun dan harta milik penduduk Palestin bagi memberi ruang kepada penempatan haram,
3. Menyediakan perkhidmatan bagi memastikan kesinambungan penempatan haram, atau
4. Memberikan bantuan kewangan dan pinjaman supaya ia dapat dibina.

Secara peribadi, saya akan membuang semua aplikasi yang disebutkan dari telefon. Saya lebih rela tidak menikmati tawaran penerbangan, hotel dan kemudahan yang ditawarkan syarikat-syarikat tersebut, mencari satu demi satu hotel yang hendak diduduki secara manual, malah membayar lebih untuk tidak menggunakan khidmat AirBnB misalnya, daripada menjadi agen dan alat Zion.is merampas saki-baki tanah P.alestin yang ada, dan wang yang dibayar digunakan untuk memusnahkan rumah dan harta saudara seagama.

Sebarkan seluasnya, agar ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan kita tidak menjadi sebahagian jenayah antarabangsa dan jenayah perang ke atas saudara-saudara kita di Pa.lestin.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post