UMMAH Sokong Tun Mahathir Kekal Sebagai Perdana Menteri


UMMAH SOKONG TUN MAHATHIR KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI

DEMI MELAYU DAN ISLAM

Kenyataan Tun Mahathir untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri pada bila-bila masa jika dikehendaki oleh Majlis Presiden empat parti dalam PH adalah tidak wajar sama sekali.

UMMAH berpendirian Tun Mahathir amat wajar kekal sehingga tamat tempoh sepenggal pilihan raya, dan tidak melepaskan jawatan tersebut kerana beliau mempunyai sikap dan pendirian yang tegas mempertahankan orang Melayu dan Islam daripada tekanan dan ancaman parti DAP.

Sekiranya pihak lain yang menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri, orang Melayu dan Islam sebagai kumpulan majoriti akan terancam dan tidak akan selamat kerana dasar yang dibawa oleh kerajaan PH semakin menghakis dan mempersendakan orang Melayu dan Islam termasuk Raja-Raja Melayu.

Ini akan menimbulkan suasana tegang dan bahaya kepada negara, keamanan akan tergugat dan ketenteraman negara akan bergolak.

Perpaduan ummah Melayu-Islam yang menjadi tonggak keamanan nasional pelbagai kaum adalah teras kepada keamanan negara yang sangat bernilai dan penting untuk dipelihara.

Dalam keadaan suasana perpaduan kaum yang semakin longgar dan rapuh serta semakin meruncing, umpama retak menanti belah dan seperti api dalam sekam, maka tindakan melepaskan jawatan Perdaana Menteri, seakan membawa kehancuran lagi kepada negara.

Sikap tegas Tun Mahathir sangat diperlukan dalam mengekang keadaan yang ada sekarang, kerana kebanyakan pemimpin politik Melayu dalam PH, mereka hanya bersedia menjadi ‘pak turut’ dan tali barut kepada DAP dan ini dapat dilihat apabila isu-isu yang melibatkan kepentingan Melayu dan lslam, mereka hanya mampu membisu dan tidak mempertahankannya.

Maka, ketegasan Tun Mahathir pada waktu ini sangat perlu dan penting, bagi terus menyelamatkan bangsa Melayu, Islam, Raja-Raja Melayu dan negara daripada terus terancam oleh dasar -dasar yang cuba menghakis orang Melayu dan Islam di negara ini.

UMMAH menyokong Tun Mahathir terus menjadi Perdana Menteri sehingga tamat penggal pilihan raya.

Mohd Zai Mustafa
Timbalan Pengerusi UMMAH
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget